Sokong Iran tidak diserang bukan sokong syiah
Ipohmali
Ramai yang kata, Pendirian aku dalam kes pembunuhan Qasem Sulaimani dan Konflik Iran-US sama dengan pendirian TG Hj Hadi.. sebenarnya tidak.. TG Hj Hadi menyokong Iran atas kecenderungan dia kepada Syiah sebagaimana dia adalah salah seorang tokoh Majma’ Taqrib baina Mazahib yang berpengkalan di Tehran Iran.. iaitu badan penyatuan Sunni-Syiah yg berpengkalan di tehran..
sedangkan aku seorang Muslim demokrat yang menentang sebarang bentuk kebencian kaum dan Agama… Kebetulan dalam soal Politik Iran-US, melibatkan Harakah Al Muqawamah.. pendirian aku sama dengan TG Haji Hadi..
Kelompok Takfiri ,Kebencian Agama, Bukan saja menyentuh Soal Syiah.. Siapa yang ikuti penulisan aku..Aku menentang kebencian hatta kepada kelompok Kristian.. mahupun menyentuh idealogi Komunisme..atau mana mana Mazhab dan Agama..
Masa sambutan krismas sebelum ini aku terbitkan Video menolak kebenciaan dan salah pandang agama dikalangan asatizah, yang mengharamkan ucapan krismas.. apakah kerana aku mempertahankan Kristian ,aku ini diikat dengan Aqidah Kristian? tidak..aku sampaikan salam damai diantara Agama dan kaum, Sebagaimana kata Mufti Syria, membangunkan hadharah Insaniah..
Pendirian aku jelas.. Kelompok Takfiri, Ashabiyah dari kelompok Agama,mazhab dan Kaum mana pun aku tentang.. aku mempertahankan mana yg haq..menentang mana yg bathil..
Haji Hadi tidak, Apa saja yang bukan melibatkan kecenderungan mazhab dan parti Politiknya akan difitnah dan diburukkan..tak kira melibatkan DAP di dalam Politik atau Komunisme..pendirannya berubah ubah hanya disebabkan kebencian dan kecenderungan Politik dan Mazhab..
sama lah dengan sebahagian kelompok Salaf dan kebencian mereka kepada Syiah….Lihat Dr Maza, Dia menyebarkan kebencian kepada slogan ” Rahmatan A’alamin..” hanya kerana mempertahan Zakir naik yg seaqidahnya.. lalu memburukkan Agama Hindu dan penganutnya..
Bila kita ada kecenderungan, Kita tidak akan dapat berlaku adil.. ini yang aku mahu Ummat Islam keluar dari semangat Ashabiyah dan kebencian ini, samaada melibatkan soal Cina,Komunisma,Kristian hatta yahudi.. itu sebab aku menentang mereka.. aku menentang kelompok Ashabiyah.. biar siapapun mereka..