Ibrahim Md Isa.
Syaitan yang didoakan syahid oleh presiden parti BULAN itu!
Siapakah Qasim Suleymani?
Mejar Jeneral Qasim Suleymani adalah pegawai tertinggi kepada IRGC atau Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran dan juga Briged Quds (Iran). Dia aktif sejak perang Iran-Iraq sebagai pengawal khas tentera revolusi yang menjadi pasukan elit bagi kerajaan Iran atau pembela kerajaan Walayatul Faqih.
Jenayah yang dilakukannya ialah membekalkan tentera bantuan (upahan) kepada rejim Assad semasa awal kebangkitan rakyat Syria pada tahun 2011. Dia antara penggerak utama kepada rejim Assad dengan taktik kekerasan. Cara tersebut digunakan dalam rangka usaha melumpuhkan kebangkitan rakyat Syria yang sunni demi mempertahankan ideologi syiah di kalangan pimpinan Syria.
Dia juga bertanggungjawab membekalkan rejim Assad dengan senjata dari Iran, memberikan bantuan pasukan ketenteraan di medan dan juga secara logistik serta dana kewangan dari Iran pada tahun 2012.
Pada masa yang sama dia turut membantu rejim Iraq dengan secara langsung membawa campur tangan IRGC, Hezbollat dan militia ke dalam politik Iraq dan Syria. Mereka memburu sunni, menahan, mendera dan membunuh tanpa sebab yang akhirnya membangkitkan gerakan mujahidin sunnah di sekitar wilayah sunnah seperti di al-Anbar dan selainnya. Akhirnya, mereka terpaksa membentuk beberapa kekuatan kecil di bawah Styura Mujahidin Sunnah serta Alqaeda dan selanjutnya berpecah kepada beberapa kumpulan yang lebih besar termasuk IS.
Dia telah menggempur pejuang Syria di beberapa tempat seperti Latakia, Homs dan Aleppo. Malah kota Aleppo dan beberapa buah kota Sunni yang lain hampir lenyap sama sekali akibat pengeboman yang dilakukannya. Ratusan ribu masyarakat Sunni sama ada menjadi korban, gelandangan atau pelarian atas nama kempen memerangi pengganas yang dilaksanakan.
Dikatakan lebih 70 ribu militia dari Iran, Iraq, Afghanistan, Tajikistan, Lubnan dan Pakistan yang dibawa masuk untuk menjadikan masyarakat Sunni sebagai sasaran dalam proses memadamkan revolusi rakyat Syria. Namun apa yang berlaku adalah persengitan dalam merebut kuasa politik atas kepentingan kelompok tertentu atas kemaslahatan politik Iran di rantau tersebut.
Seorang yang amat disayangi oleh pemimpin agung Iran dengan digelarkan sebagai 'sang syahid yang masih hidup' dan 'lambang bagi negara walayatul faqih' kerana ketokohannya.
Jenayahnya adalah dengan membawa 100 ribu tentera sukarelawan syiah yang diupah menurut sumber Amerika, semata-mata untuk 'memadamkan' pemberontakan sunni di Iraq dan Syria yang mengorbankan ratusan ribu nyawa muslim yang tidak berdosa.
Selain itu dia juga ditugaskan membersihkan tokoh2 yang memberi ancaman kepada negara Iran di dalam atau pun di luar negara.
Sepanjang 2012-2013 dia telah merancang beberapa plot serangan kepada individu sejauh Thailand, India, Nigeria dan Kenya yang melebih 30 percubaan bunuh.
Di samping itu, dia memainkan peranan penting dalam membantu kelompok teroris Syiah di seluruh dunia dan antara penggerak dalam usaha membunuh beberapa orang tokoh diplomatik seperti duta dan menteri luar Saudi yang berjaya digagalkan sekitar tahun 2011.
Selain itu, dia juga antara orang yang sedia membekalkan senjata kepada gerakan Syiah di luar negara seperti gerakan Syiah Houthi di Yaman, Bahrain, Kuwait dan selainnya.
Moga Allah Taala mengamankan dunia dengan kematiannya. Amin!
#SharingIsCaring