OWHHH...BELI MERCEDES TAKUT MAMPOIH RUPANYA...KAN ADA KAD AHLI, JIHAD MASUK SYORGA...



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, kerajaan negeri memilih Mercedes sebagai kenderaan rasmi adalah atas faktor keselamatan.
Beliau mengakui pembelian kereta Mercedes Itu bukan sahaja untuk kegunaan rasmi Menteri Besar,
tetapi juga membabitkan pimpinan lain dalam kerajaan negeri.
Katanya, Mercedes itu turut dibeli untuk kegunaan barisan Exco Kerajaan Negeri dan Seriausaha Kerajaan Negeri dengan jumlah pembelian keseluruhan sebanyak 14 buah.
“Faktornya, seperti saya katakan, iaitu faktor keselamatan itu paling besar.
“Tak sepatutnya ia jadi isu. Tapi sudah menjadi isu, kita nak kata macam mana,” kata beliau.
Dalam hal ini, apakah kereta Proton Perdana atau Toyota Camry yang digunakan oleh pimpinan kerajaan negeri lain sebagai kenderaan rasmi tidak selamat berbanding Mercedes?
Pernahkah selama ini kita mendengar Menteri Besar atau Exco di lain-lain kerajaan negeri terlibat dalam kemalangan, mati dalam nahas jalanraya atau hangus dalam kebakaran kereta?
Lebih daripada itu, dengan menjadikan faktor keselamatan sebagai faktor penggunaan Mercedes, apakah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan lebih takut mati berbanding pemimpin kerajaan negeri yang lain?
Kenapa pimpinan Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam lebih takut dengan kematian?
Bukankah mati dalam perjuangan adalah syahid dan ada syurga sedang menunggu?
Apakah pimpinan Pas Kelantan lebih sayangkan syurga di dunia iaitu bermewah dengan Mercedes berbanding syurga sebenar yang kekal lagi abadi? (ShahbudinHusin 25/01/2020)