My Hypothesis of May 2020



My Hypothesis of May 2020

Semalam Saifuddin Abdullah keluar statement yang transisi PM tak akan berlaku pada May 2020 dah kalau berlaku juga paling awal lepas sidang APEC dan ini menunjukkan indikasi yang Tun berhasrat untuk untuk menjadi PM lebih lama despite lower rating dan backlash dari public.

Tapi saya tak hairan dengan statement Saifuddin tersebut sebab dari dulu saya consistant kata mana geng2 kartel adalah kaki bodek dan bukan reti buat kerja. Benda yang kelakar, Saifuddin cuba coverline dengan kata jangan bising pasal transisi tapi fokus pada laksanakan manifesto; tapi bukankan hari tu Tun sendiri kata manifesto bukan kitab suci?

Pemecatan Dr Maszlee juga turut memburukkan nama Tun di mata masyarakat, lebih 95% at rakan2 Facebook saya bersolidariti dengan Dr Maszlee dan majoriti guru-guru yang bi-partisan juga sokong Dr Maszlee. Lepas itu ada yang bagi teori merapu kata Dr Maszlee dipecat sebab terima duit dari Yayasan King Salman etc, nanti takut jadi macam Pakistan atas alasan Dr Maszlee itu wahabi, bagi saya itu satu teori sampah yang tiada asas.

Apa yang bukan sampah ialah Dr Mazslee dikritik oleh Daim beberapa hari lepas dan Kadir Jasin, sebab letak poster gambar sendiri dan cuba menerapkan nilai2 islamisasi di sekolah dan ini selain dari kes kapitalis menjadi punca dia dipecat. Tapi bila mak lampir letak gambar sendiri kat billboard, kenapa Kadir Jasin tak suruh pecat? Double standard macam kes Sandakan la...

Ini pembacaan saya, just take it with a grain of salt.

Dulu saya pernah kata yang Anwar takkan pecat Azmin despite all the malice yang Azmin buat dan Alhamdulillah hipothesis saya betul. Nampak nya kita sudah kembali pada era PM-4 dengan penguasaan melampau penasihat2 PM seperti Daim dan Kadir Jasin. I say pemecatan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan adalah final nail to Bersatu reform and progresive agenda; kalau berlaku snap election, most likely Bersatu akan kalah di semua kerusi yang semi-urban. I love if someone could prove me wrong, please bring the latest and greatest 3rd party survey yang kata Bersatu makin kuat lepas pemecatan Dr Maszlee.

Dan kalau Menteri Pendidikan baharu dilantik dari kalangan katak yang baru melompat dari UMNO, regardless Tok Pa ke, its another nail to the coffin as well. Ingat politik adalah sentimen. Rakyat undi PH/Bersatu untuk reform bukannya nak undi UMNO 2.0. Lagi satu, ada yang kata akan ada cabinet reshuffle etc; bagi saya cabinet reshuffle dalam masa 5 bulan nak buat apa? Unless Tun plan to stay longer than what is being promised? And for side note, Anwar tak akan sekali2 join cabinet Tun (walau itu yang diharap oleh Daim) hanya untuk jadi scapegoat nak tarik pelabur asing masuk, the only cabinet yang dia akan masuk adalah his own cabinet.

Sebagai PH supporter yang pro-rakyat, matlamat besar saya ialah memastikan LONGEVITY/HAYAT of Pakatan Harapan. Dulu saya kritik PAS dan TGHH sebab mereka khianat PR dan cuba bersama dengan UMNO dalam gelap. Jadi saya akan kritik sesiapa sahaja yang cuba mengagalkan Pakatan Harapan; sebab PH adalah lebih besar dari Tun M atau Anwar, PH adalah cetusan hati dan jiwa rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Berbalik semula pada transisi May 2020, saya yakin In Shaa Allah pasti akan berlaku. Anwar says he has the numbers dan saya tak terkejut kalau numbers tersebut ada di kalangan pembangkang. Ingat, siapa yang cuba beli MP UMNO di rumah Azmin bersama Hishamuddin H20 dan juga MP PAS? Ini yang Lobakman marah sangat sebab memang ada niat nak tubuh backdoor goverment dengan UMNO dan PAS. Sebab itu Apandi marah letak jawatan jadi lembaga dispilin UMNO bila tak dapat panggil Hishamuddin H20 ke muka pengadilan.

Yang merencatkan kerajaan pintu belakang ada kes Sandakan dan juga Najib Razak belum lagi dipenjara; which is a blessing in disguise as well sebab team Najib memang tak akan bersama dengan kerajaan pintu belakang. In politics, anything can happen, even friend can be foes and vice versa.

Bila May 2020 cukup 2 tahun yang telah ditetapkan oleh perjanjian Majlis Presiden PH, transisi In Shaa Allah akan berlaku. Bubar Parlimen is not an option for Tun and even with UMNO support (H20 fraction), kartel (Bersatu + PKR) dan PAS still does not have the numbers.

When Anwar makes a move during this time, tak akan ada orang yang boleh kata dia rakus dan gelojoh macam mana yang difitnah oleh tok peti utara. Saya tak setuju dengan ada yang kata Majlis Presiden PH bacul etc, sebenarnya bagi saya mereka hanya menunggu masa dan menjaga air muka Tun. Sebab itu kita lihat Anwar kurang komen apa2 pun yang berlaku dengan pentadbiran sekarang and let it fly on auto pilot.

And if nothing happen on May 2020? Worst case scenario PH will collapse and going down the hill on GE-15.

Nauzubillahiminzalik...

Mohd Mukhlis Mohd Sharif