Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
13 Januari 2020
JINGGA13 DESAK KERAJAAN PH WAJIBKAN UJIAN SARINGAN DADAH KEPADA SEMUA PEGAWAI KERAJAAN LANTIKAN POLITIK
Jingga13 Malaysia benar-benar rasa kecewa dengan berita penangkapan oleh pihak polis pada 12 Januari 2020 melibatkan beberapa orang pegawai kerajaan lantikan politik di tangkap sewaktu mengadakan 'Private Party ' terlibat dengan najis dadah setelah di buat ujian saringan dadah oleh pihak polis.
Kejadian ini benar-benar memalukan dan mengecewakan kerana sewajarnya mereka adalah Pegawai Khas yang seharusnya mempunyai moral dan integriti yang tinggi , malah mungkin telah dikenalpasti moral dan akhlak mereka sebelum dilantik ke jawatan tersebut . Tetapi malangnya disebaliknya berlaku dan benar-benar mendukacitakan .
Justeru itu Jingga13 Malaysia mendesak Kerajaan PH mengambil tindakan positif dengan MEWAJIBKAN ujian saringan dadah kepada semua pegawai-pegawai lantikan politik samada di kementerian atau kerajaan negeri agar pegawai-pegawai yang dilantik adalah mereka yang benar-benar bebas daripada najis dadah serta mempunyai moral akhlak yang terpuji .
Mana-mana Pegawai Kerajaan lantikan politik yang didapati positif dadah wajar dipecat dengan serta merta dan diambil tindakan undang-undang .
Muafakat × Prihatin × Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia