Tuduhan serangan seksual: Penyokong kata harapan Anwar jadi PM makin tipis



PETALING JAYA: Penyokong Anwar Ibrahim berkata peluang untuk mereka melihat presiden PKR itu menjadi perdana menteri semakin kabur susulan kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad bahawa peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), November tahun depan.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, ia ditambah pula dengan tuduhan terbaru terhadap Anwar membabitkan serangan seksual, yang menipiskan lagi harapan untuk melihat peralihan kuasa tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata segala kenyataan dan janji Mahathir tidak boleh dipercayai.

“Apa perkataan daripada Mahathir langsung kami tak boleh percaya sebab mengikut perundingan awal, bulan Mei ini dia akan lepas jawatan, tapi nampaknya kenyataan terbaru kata sampai selepas APEC pula pada November, ini pun tak boleh dipercayai,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Mahathir semasa ditemubual Reuters yang berjanji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, walaupun presiden PKR itu berdepan dakwaan serangan seksual terbaru.

Perdana menteri berkata, beliau tidak akan menyerahkan kuasa sebelum APEC di Kuala Lumpur pada November tahun depan, tetapi akan berbuat demikian selepas itu.

Bukit Aman semalam mengambil keterangan Anwar selepas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther mendakwa presiden PKR itu melakukan salah laku moral terhadapnya.

Mengulas lanjut, Razak berkata pihaknya merasakan Anwar mungkin dipenjarakan sebelum APEC.

“Macam cara mereka ambil sekarang ini, siasatan yang begitu cepat tentang kes Anwar tak sampai seminggu, padahal kes Mohamed Azmin Ali berhubung video yang pernah Otai bangkitkan begitu lama siasatan diambil, sedangkan bukti jelas dengan video dan sebagainya, kenapa tak diambil tindakan tapi Anwar begitu cepat.

“Saya lihat begitu (cubaan menghalang Anwar menjadi perdana menteri), ia (skandal terbaru) sebagai langkah pembunuh karektor. Ia akan memberi tanggapan bahawa Anwar tidak layak menjadi perdana menteri, jadi ada alasan untuk Mahathir kekal sepenggal,” katanya.

Razak menambah, Otai Reformis tidak menolak untuk turun ke jalanan jika nasib Anwar terus teraniaya termasuk usaha menghalangnya menjadi perdana menteri.

“Kami sebenarnya sedang kumpul kekuatan, besar kemungkinan kita turun, sebab rakyat masih ada lagi yang semangat walaupun ada yang tua daripada kalangan Otai.”

CALON-CALON AJP NAFAS YANG DIGANTUNG.


CALON-CALON AJP NAFAS YANG DIGANTUNG.

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan berlangsung tidak lama lagi.

Mereka ini majoritinya adalah AJP NAFAS lama yang terlibat dengan pelbagai skandal dan korupsi yang sedang disiasat SPRM & PDRM Bahagian Jenayah Komersil.

Mereka pernah digantung, kerana lebih 42 kesalahan besar yang dilakukan, antaranya;

1. Pembelian Ladang Sg Karap, Miri, Sarawak melebihi harga pasaran.

2. Pembelian Kilang Dedak di Muar, Johor melebihi harga pasaran.

3. Pembelian bangunan Pejabat NAFAS HQ di Damansara melebihi harga pasaran.

4. Pembelian Baja Subsidi dari India dan Vietnam yang tidak menepati standard Kerajaan bernilai lebih 90 juta.

5. Anak syarikat NAFAS banyak rugi, hampir bungkus.

6. Duit Zakat NAFAS diberikan kepada UMNO Bahagian di Sabah.

7. Sewa Bangunan untuk Pejabat Staf NAFAS yang di miliki oleh Isteri AJP NAFAS.

8. Ladang Sawit milik anak syarikat NAFAS di Indonesia, Perak, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak semuanya rugi. 

Pemilihan kali ini akan memilih seramai 5 orang AJP NAFAS, mohon Perwakilan seluruh Negara boleh pilih selain daripada mereka.

Kami mendesak Kerajaan Malaysia, terutamanya MOA iaitu YB Dato Seri Salahuddin Ayub dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, iaitu Datuk Mazlan Aliman mengantung keahlian mereka, kerana sangat jelas mereka telah memudaratkan Pertubuhan Peladang dan kes-kes mereka masih dalam Siasatan SPRM & POLIS BAHAGIAN JENAYAH KOMERSIL.

APAKAH MEREKA BOLEH BERTANDING LAGI ?

LIWAT 3.0: ‘DARI SERABUT KE JAMBU’

PH TERIMA SOKONGAN MINIMUM

Oleh Azrul Hakimie Anuer



BANGI,, Jumaat – Sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini berada pada tahap sangat minimum dalam kalangan rakyat.
Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali mendakwa, keadaan berkenaan berlaku ekoran daripada kegagalan kerajaan didominasi DAP itu melaksanakan manifesto yang dijanjikan terutama berkaitan kos sara hidup.
Dakwa beliau, ketika ini pihak yang benar-benar menyokong PH hanyalah golongan kelas pertengahan dan ahli akar umbi parti politiknya.
“Situasi sekarang boleh dikatakan memang paling rendah tahap sokongan rakyat, selepas lebih setahun berkuasa dia (PH) boleh kata tidak berjaya menunaikan janji-janji.
“Sebenarnya orang atas pagar ini ramai, yang bising di media sosial mewakili kumpulan kecil sebenarnya.
“Buat masa sekarang memang susah sikit sebab rakyat ketika ini sedang merasakan persembahan PH tidak begitu memberangsangkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Badan pemikir, EMIR Research semalam mengeluarkan hasil penyelidikan mengenai sokongan dan pandangan rakyat terhadap parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
Daripada 1,992 responden yang terdiri daripada 104 latar belakang berlainan mendapati PH mendapat 41 peratus kerusi Parlimen.
Sokongan daripada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah mendapati 45 peratus memilih Muafakat Nasional, manakala PH pula mendapat 40 peratus undian diikuti 15 peratus bagi parti Bebas.
Mengulas lanjut, Dr Mazlan berpendapat, kerajaan PH ketika ini berada dalam tekanan susulan daripada kemerosotan sokongan yang mereka hadapi.
Katanya lagi, keadaan menjadi bertambah buruk dengan berlakunya pelbagai kemelut politik melibatkan parti komponen seperti PKR dan DAP.
“(Tekanan) sudah pasti ada, Konvensyen Amanah baru-baru ini kemudian PKR soal kongres dia sendiri pun banyak perkara-perkara seperti ini dibangkitkan.
“Mereka dalam situasi sedar bahawa sokongan tidak berpihak kepada PH sekarang ini,” katanya.
Dr Mazlan turut memberi peringatan sekiranya PH masih berdepan dengan masalah sama seperti kemelut siapa Perdana Menteri dan gagal mempertingkatkan ekonomi negara untuk tempoh masa setahun lagi usaha mengekalkan tampuk pentadbiran mungkin menjadi sukar.

EKONOMI MALAYSIA PERLU BERUBAH


Saya meluangkan masa membaca dan menelaah dapatan oleh Bank Dunia melalui laporannya “21st Malaysia Economic Monitor — Making Ends Meet” yang baru diterbitkan awal bulan ini.

Laporan itu mendapati Malaysia kini sedang dirundung senario muram ekonomi global. Dalam usaha untuk mendepani tantangan-tantangan ini, kerajaan harus lebih tuntas dan tegas dalam memenuhi janji-janji manifesto Pakatan Harapan dalam membela mereka yang miskin dan terpinggir.

Kesemua isu yang disentuh oleh laporan tersebut mampu ditangani dengan dasar-dasar ekonomi Pakatan Harapan jika diberi fokus dan iltizam yang jitu untuk menanganinya kerana ia ternyata mengesankan ramai warga terutamanya golongan B40.

Saya yakin keadaan lebih suram di kawasan desa seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu, serta di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Dapatan-dapatan dalam laporan tersebut sewajarnya meningkatkan kesedaran kita sebagai kerajaan pemerintah dalam menyelesaikan isu kos sara hidup, memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dengan gaji yang munasabah serta program-program kebajikan untuk mereka yang terpinggir rentas kaum.

Nisbah tiga dalam sepuluh warga berasa kurang yakin dalam keupayaan mereka mendapatkan bekalan makanan. Laporan tersebut juga menyatakan harga rumah ternyata ‘parah’ dan ‘membimbangkan’ di banyak wilayah di Malaysia. Tambahan pula, kadar hutang yang tinggi serta kekurangan simpanan menambahkan lagi rasa gawat pada ramai rakyat Malaysia.

Laporan ini termasuk yang dilaporkan oleh Pelapor Khas PBB Philip Alston beberapa bulan yang lalu selari dengan pemerhatian dengan keluarga-keluarga di Port Dickson dan juga di banyak kawasan lain di Malaysia.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa cadangan oleh laporan Bank Dunia tersebut bahawa perhubungan dan komunikasi yang berkesan tentang kejayaan-kejayaan kerajaan Pakatan Harapan adalah aspek yang penting dalam membina keyakinan serta memastikan kejayaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan.

*ANWAR IBRAHIM*



I have had the opportunity to read and reflect on the findings of the World Bank's '21st Malaysia Economic Monitor — Making Ends Meet' report which was published earlier this month.

The report clearly demonstrates that Malaysia faces a challenging global economic scenario. In order to overcome these challenges, the government must be more focused and more decisive in fulfilling the Pakatan Harapan manifesto promises to uplift the poor and marginalized segments of society. 

Many issues raised in the report are addressed by Pakatan Harapan economic policies, which, if pursued vigorously and with determination could begin to alleviate the burdens felt by many Malaysians, particularly those who are most vulnerable in the B40 group.

The scenario is more bleak for the rural poor in Kelantan, Kedah, Terengganu and the rural heartland of Sabah and Sarawak.

The findings in these reports should increase the sense of urgency that we in the ruling coalition have to resolve cost of living issues, stimulate the economy, create good paying jobs and increase the social safety net for the most marginalized groups from all races.  Importantly – I urge the government to monitor development projects carefully to ensure that funds are being directed towards and ultimately reach their intended recipients.

Three in ten Malaysians feel insecure about their ability to buy food. The report states that housing prices are “severely” and “seriously” unaffordable in various parts of Malaysia. Furthermore, high indebtedness and inadequate savings exacerbate the sense of financial dread felt by many hardworking Malaysians.

These findings, as well as those expressed in the report authored by the UN Special Rapporteur on extreme poverty and human rights, Philip Alston, echo conversations I have had with Malaysian families in Port Dickson and around the country.  The people are struggling.

I would also highlight the World Bank report’s recommendation that effective communication of the progress the PH government has made with the rakyat is essential for us to build trust and ensure policy success.

*ANWAR IBRAHIM*

https://www.facebook.com/16194831839/posts/10159925505161840?d=n&sfns=mo

JUMPA AZMIN UNTUK KONTRAK 53 JUTA.



Kumpulan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput mengadakan perjumpaan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali di rumahnya baru-baru ini dikhabarkan sudah pun mula menerima habuan masing-masing.
Habuan yang diterima dikatakan adalah dalam bentuk kontrak pembangunan infrastuktur bagi kawasan Parlimen masing-masing.
Difahamkan salah seorang Ahli Parlimen UMNO itu telah diberikan kontrak bernilai RM53 juta.
Dengan perkembangan ini, beberapa persoalan kini harus diberi perhatian, baik oleh PH, mahupun UMNO.
Pertama, mengapakah Azmin yang merupakan menteri kerajaan PH begitu bermurah hati terhadap Ahli-Ahli Parlimen pembangkang daripada UMNO?
Apakah tujuannya jika bukan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu?
Kalau begitu, tidakkah ini sebenarnya suatu pengkhianatan kepada PH oleh menteri PH sendiri?
Kedua, adakah Ahli-Ahli Parlimen PH pernah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak itu daripada kerajaan PH sendiri untuk memastikan kesejahteraan pengundi di kawasan yang mereka wakili?
Jika tidak, apa istimewanya Ahli-Ahli Parlimen UMNO atau pembangkang itu berbanding Ahli-Ahli Parlimen PH atau kerajaan?
Inikah yang dinamakan “kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiar mati tak makan?
Selain itu, ketika era BN memerintah dahulu, pernahkah Ahli-Ahli Parlimen pembangkang diberi layanan istimewa dan disediakan peruntukan pembangunan seperti itu?
Ketiga, dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, Presiden UMNO, Ahnad Zahid Hamidi telah meminta kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu untuk berdiri serta berikrar tidak akan terlibat dalam sebarang percubaan menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang, sebaliknya hanya melalui pintu depan serta sentiasa bersama dengan keputusan parti.
Tetapi, dengan kontrak juta-juta dan peruntukan pembangunan yang diberikan oleh Azmin kepada sebahagian daripada 38 Ahli Parlimen UMNO itu, apakah ikrar taat setia mereka masih boleh dipakai?
Apakah mereka masih benar-benar setia kepada UMNO atau lebih setia kepada orang yang dapat memberikan projek serta habuan?
Dalam hal ini, sementara UMNO harus sentiasa berhati-hati, apakah PH masih mahu berdiam diri?
Atau, barangkali ada yang memberi restu? (ShahbudinHusin 13/12/2019

AGENDA KARTEL LAGI?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam REFORMASI!

Berdasarkan artikel ini,(Sivarasa) kumpulan sebelah sana (baca: Kartel) akan melancarkan jelajah seluruh negara mengumpul kekuatan akar umbi meraih sokongan agenda pintu belakang.

Kita semua berada di belakang Presiden, kita patuh dan akur untuk berhenti menyemarakkan sebarang unsur perbalahan dalaman ini.

Jadi, walaupun marah meluap-luap, jangan kita gaduh dengan puak sebelah sana (baca: Kartel). Ini sentimen yang mereka cuba mainkan. Pihak luar akan nampak PKR parti gaduh. Presiden cakap jangan gaduh, tetapi gaduh jugak. Jadi, di manakah mereka yang dengar cakap Presiden?

Kitalah orang yang dengar nasihat Presiden tu. Kita takkan mudah gaduh sebab kita tahu apa yang mereka canang itu semuanya dusta.

Kalau sebelah sana (baca: Kartel) ajak gaduh dengan menghina Presiden dan cubaan-cubaan lain dan kita semua terus maintain cool dan takmau gaduh, puak sebelah sana nak gaduh dengan siapa? Biarlah mereka melalak sendiri.

Kalau kita join gaduh, sebelah sana akan dapat poin - iaitu pengikut tidak dengar cakap Presiden.

Yang dengar cakap Presiden seharusnya jangan gaduh, tetapi ikut saluran yang betul.

Buang masa je gaduh ni.

Biarkan diorang terus menjaja cerita, kita kumpul bukti, dan hantar aduan kepada Lembaga Disiplin. Kita orang yang berdisiplin. 

Apa pula langkah kita?

InsyaAllah, PRO98 Reformis Malaysia akan memperkemaskan gerakan. Kita juga akan adakan siri Jelajah Penerangan memberi fokus kepada Memperkasa REFORMASI.

Akar umbi perlu diingatkan kembali asas-asas paksi perjuangan dan seharusnya faham makna Deklarasi Permatang Pauh. Ini penting dan perlu dicapai supaya kita mempunyai gelombang untuk kuasa kebangkitan rakyat menjelang Mei 2020. 

Inilah fokus utama dan bukan sibuk melayan Kartel yang sudah tersasar jauh tu.

Paksi kita - Anwar PM ke-8

1. Jangan kita gaduh dengan Kartel. Kita tahu cerita Kartel semua tu tipu dusta belaka. Biar diorang je tipu dan percaya sendiri. Diorang nak gaduh, kita tak nak. Padan muka diorang.

2. Kita tangkis semua percubaan nak memburukkan Presiden kita. Kita lawan konspirasi ketidakadilan. Inilah masa nak membuktikan reformasi institusi terutamanya badan kehakiman.

3. Kita juga akan mendesak Majlis Presiden PH agar bersikap tegas berkenaan penetapan tarikh peralihan kuasa. Tarikh peralihan kuasa mesti tidak melebihi 9hb Mei 2020.

REFORMASI!

ALHAMDULILLAH, RAFIZI BEBAS SEPENUHNYA


Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang diputuskan pada 15 November lalu.

Ini setelah Timbalan Pendakwaraya (TPR) memaklumkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ditarik balik.
Rafizi diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid kelihatan sihat dan ceria sepanjang proses rayuan dibuat.
Doakan beliau terus cekal berjuang bersama rakyat.

MB N SEMBILAN BANTAH HASRAT BERSARA RAFIZI

HAD PM DUA PENGGAL BOLEH TINGKAT SOKONGAN KEPADA PH?

HENTI PERGADUHAN PKR, RAKYAT SEMAKIN JEMU

HENTIKAN GUTTER POLITIK ATAU LETAK JAWATAN PENGERUSI PERDA



1. Umum mengetahui bahawa perlantikan jawatan Pengerusi PERDA Dato Mohamed Hanif Khatri Abdula  adalah lantikan YAB Menteri KPLB Rina Harun setelah dipersetujui oleh PM Tun Mahathir.

2. Sebagai seorang profesional tentulah beliau faham akan tugasan dan tanggungjawab selaku Pengerusi PERDA adalah terutamanya mengembalikan imej dan kredibiliti PERDA yang terpalit dengan pelbagai isu dan skandal di zaman UMNO/BN dahulu.

3. Malangnya , hala tuju PERDA makin tenggelam dalam arus perubahan semasa terutama isu kemahiran, ekonomi , pendidikan serta perumahan kaum Melayu  Pulau Pinang.

4. Kegagalan tersebut tidak lain adalah kerana beliau lebih banyak memberi tumpuan terhadap  kerjaya guamannya serta terlibat di dalam mainan politik tempatan.

5. Beliau nampaknya lebih rela menggunakan kepakarannya guamannya untuk menjadi alat perkakas pimpinan tertentu.

6. Amatlah mendukacitakan bahawa beliau sengaja melibatkan diri di dalam mainan politik kotor terhadap tokoh Reformasi DSAI dengan tanpa segan dan silu mewakili Yusoff Rawther.

7. Walhal beliau sebenarnya boleh memilih untuk tidak berbuat demikian dan penafian beliau adalah satu justifikasi bersifat defensive.

8. Amatlah menghairankan apa lagi yang dikejarkan oleh beliau padahal jawatan Pengerusi PERDA itu adalah amat besar sekali maknanya untuk Kaum Melayu Pulau Pinang.

9. Adakah beliau ingin jawatan yang lebih besar dari pimpinannya?

10. Penglibatan beliau di dalam kes tersebut kini telah memberi tanggapan buruk masyarakat terhadap Tun Mahathir atau apakah ini sebenarnya yang dirancangkan iaitu menjatuhkan nama dan reputasi DSAI.

11. Oleh yang demikian Pro98 Reformis Pulau Pinang menuntut amalan gutter politik ini dihentikan segera dan adalah lebih baik tumpuan terhadap PERDA diutamakan.

Sekian. Terima kasih 
12 Disember 2019 

Amir Haji Ghazali
Setiausaha Pro98 Reformis Pulau Pinang


RAMPAS HARTA AHLI PARLIMEN HIDUP MEWAH MELEBIHI PENDAPATAN - SPRM



PARLIMEN perlu mengambil tindakan susulan selepas mewajibkan pengistiharan harta dengan tindakan tegas bagi memastikan semua ahli parlimen tidak hidup mewah melebihi pendapatan, kata Ketua Pengarah SPRM Latheefa Koya.

Menurut Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), buat masa ini undang-undang mewajibkan pengistiharan harta di Dewan Rakyat hanya memerlukan ahli parlimen, pasangan dan anak-anak berumur di bawah 21 tahun untuk mendedahkan harta DAN pendapatan mereka namun tidak ada langkah susulan bagi mengekang salah laku.

"Langkah Dewan Rakyat untuk meluluskan pengistiharan harta adalah sesuatu yang patut diwar-warkan. Namun ia tidak patut berhenti di situ."

"Di negara-negara lain, pengistiharan harta termasuklah langkah dimana sekiranya seseorang ahli parlimen itu didapati hidup mewah melebihi harta yang diistiharkan, harta-harta mereka akan dirampas," katanya dalam program Soal Rakyat terbitan TV3, malam tadi.

Latheefa berharap kerajaan boleh mengambil langkah yang sama sebagai tindakan susulan selepas ahli parlimen mengistiharkan harta-harta mereka.

Buat masa ini, daripada 222 ahli parlimen, hanya sejumlah 160 telah mengistiharkan harta-harta mereka kepada SPRM dalam satu kenyataan bersumpah bertarikh 5 Disember, sebagaimana tarikh akhir yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Kesemua 139 ahli parlimen dari kerajaan pemerintah, Pakatan Harapan telah mengisytiharkan harta mereka, termasuk tiga ahli parlimen Barisan Nasional, DAN 14 dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAN 3 lagi dari Parti Sarawak Bersatu, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, kata menteri undang-undang, Datuk Liew Vui Keong.

Speaker Tan Sri Muhamad Ariff Md Yusof, telah melanjutkan tarikh akhir kepada tiga lagi ahli parlimen dari GPS, untuk mengistiharkan harta lapor sumber berita Bernama malam tadi.

Majoriti ahli parlimen dari pihak pembangkang, iaitu 38 dari BN, dan 18 dari PAS serta satu dari STAR dan 2 wakil bebas tidak mengisytiharkan harta.

Ahli-ahli parlimen Umno dan Pas menolak untuk mengistiharkan harta dengan alasan kerajaan tidak ada asas undang-undang untuk meminta mereka berbuat demikian.


BERHENTI CORAK KETEGANGAN.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam REFORMASI!

Berikutan tercetusnya peristiwa-peristiwa yang mencemarkan parti baru-baru ini, PRO98 Reformis Malaysia menyatakan kemarahan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku. 

PRO98 Reformis Malaysia tetap berpendirian untuk berpegang teguh dengan saranan DSAI agar berhenti mempamerkan corak ketegangan pergeseran dalaman parti memandangkan jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap golongan yang terbukti terlibat setelah siasatan oleh Lembaga Disiplin selesai dijalankan.

Fokus PRO98 Reformis Malaysia ketika ini adalah memberikan sepenuh sokongan kepada DSAI dalam menangkis serangan pertuduhan terbaharu salahlaku fitnah jijik bertujuan mencemarkan kredibiliti beliau. Ahli PRO98 Reformis Malaysia harus sentiasa berwaspada dan bijak menilai membaca situasi semasa.

PRO98 Reformis Malaysia adalah sebuah NGO berdaftar yang mendukung sepenuhnya kejayaan Parti Keadilan Rakyat juga ingin memohon supaya pemimpin-pemimpin tertinggi PH membuat ketegasan menuntut PM7 (sementara) menetapkan TARIKH peralihan kuasa kepada DSAI selaku PM8. 

Tarikh peralihan kuasa ini adalah tidak melepasi TARIKH 9hb Mei 2020.

Salam hormat.

REFORMASI!

Aliza Hasan
Setiausaha
PRO98 Reformis Malaysia
13 Disember 2019

Haniff Khatri didesak lepas jawatan pengerusi Perda


KREDIT FOTO: AMAN SYAH 2
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Desakan dan kritikan ke atas peguam, Haniff Khatri Abdulla, terus muncul selepas dia menjadi peguam Yusoff Rawther, iaitu lelaki yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual Anwar Ibrahim.
Hari ini kumpulan penyokong presiden PKR itu mempertikaikan tindakan Haniff Khatri dan menggesa peguam terbabit berhenti daripada terlibat dalam amalan politik keji.
Jika tidak, kata Setiausaha Pro 98 Reformis Pulau Pinang, Amir Ghazali, berkata jika masih mahu terlibat sebagai peguam Yusoff, Haniff Khatri perlu melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (Perda).
Menurut Amir, peguam terbabit sepatutnya memberi perhatian kepada agensi kerajaan persekutuan dan bukannya terlibat dalam permainan "politik kotor" dengan Yusoff.
"Haniff boleh memilih untuk tidak melakukannya," kata Amir.
Yusoff, 26, ialah individu terbaru yang membuat tuduhan berkaitan salah laku seksual ke atas Anwar. Dia melakukan dakwaan tersebut melalui perakuan berkanun (SD) baru-baru ini.
Anwar menafikan tuduhan tersebut dan sudah membuat laporan polis mengenainya serta menyatakan kesediaan untuk disiasat.
Haniff Khatri sebelum ini dikenali kerana aktif menjadi peguam kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Beberapa hari lalu Haniff Khatri menyatakan sebagai seorang peguam dia tidak boleh menolak sebarang anak guam kecuali dalam keadaan tertentu.
Dia juga menarikan berlaku konflik kepentingan dengan pembabitannya sebagai peguam Yusoff.
Malaysiakini sudah menghubungi Haniff berhubung kenyataan Amir dan sedang menunggu reaksinya.
Diminta mengulas penjelasan Haniff Khatri, Amir berkata peguam terbabit dilihat menjadi alat "pemimpin tertentu" untuk memusnahkan reputasi Anwar.
"Siapa yang diwakili Haniff? Dia ialah pengerusi Perda. Perda itu pula agensi kerajaan pusat. Adakah dia boleh bertindak sebegini?" katanya.

SENYAP-SENYAP.... 8 PERKARA YANG DICAPAI OLEH KERAJAAN SECARA SENYAP-SENYAP


Senyap-senyap.. syukur alhamdulillah...

1. SENYAP-SENYAP SAHAM FGV NAIK 104.69% (LEBIH SEKALI GANDA)

Saham-saham FGV di mana pemegangnya 100% peneroka dan pemegang taruh golongan Bumiputera Muslim naik dari RM0.64 setahun yang lalu kepada RM1.31 pada 26 November 2019, sekaligus mengukuhkan penglibatan golongan Bumiputera Islam dalam bidang ekonomi.
(https://www.majalahlabur.com/…/harga-saham-fgv-naik-100-ta…/)

2. SENYAP-SENYAP TABUNG HAJI CATAT UNTUNG BERSIH RM500 JUTA DALAM Q3 2019
Tabung Haji yang membantu berpuluh ribu orang Islam menunaikan hasrat mengerja Haji kini mempunyai untung bersih sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh Jan-Sep 2019, sekaligus meningkatkan nilai caruman para pencarum.
(https://www.bharian.com.my/…/tabung-haji-catat-untung-bersi…)

3. SENYAP-SENYAP PETRONAS CATAT KEUNTUNGAN RM36.4 BILION DALAM SEMBILAN BULAN PERTAMA 2019
Meskipun keuntungan bersih Petronas dalam tempoh Jan-Sep 2019 susut 11% berbanding Jan-Sep 2018, prestasi ini menunjukkan keberdayasaingan Petronas dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Perlu faham, pasaran minyak dikawal oleh major players dari negara asing, dan Malaysia (Petronas) hanya small player di peringkat global. Namun Petronas masih mampu bertahan melalui cara tadbir urus yang lebih cekap, berhemah dan bijak.
(https://www.bharian.com.my/…/petronas-catat-untung-bersih-r…)

4. SENYAP-SENYAP TELEKOM MALAYSIA RAIH UNTUNG BERSIH RM261.3 JUTA DALAM Q3 2019
Meskipun harga internet telah diseparuhkan (agar pengguna internet yang mana majoritinya Bumiputera Muslim mampu menikmati kelajuan internet yang sama pada harga yang lebih murah berbanding zaman BN), TM masih mampu mencatat turnover dari kerugian RM175.59 juta dalam Q3 2018 kepada keuntungan RM261.3 juta dalam Q3 2019. Pelik bukan? Harga internet telah diseparuhkan, jadi pendapatan TM pun sepatutnya berkuranglah. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pihak pengurusan TM berjaya meningkatkan untung bersih TM sebab cekap dan kurangkan pembaziran.
(https://www.bharian.com.my/…/tm-raih-untung-bersih-suku-ket…)

5. SENYAP-SENYAP MAHB CATAT UNTUNG BERSIH LEBIH TINGGI RM197.87 DALAM Q3 2019
MAHB adalah pihak yang mengurus operasi lapangan terbang, berbeza dengan syarikat penerbangan MAS. MAHB berjaya meraih keuntungan bersih RM197.87 juta dalam Q3 2019, peningkatan daripada RM168.49 juta dalam Q3 2018. Peningkatan jumlah ini didorong besar oleh peningkatan jumlah penumpang di Malaysia sebanyak 8.9%. Maksudnya, penumpang-penumpang seperti businessmen, pelancong dan sebagainya yang menaiki kapal terbang semakin ramai.
(https://www.bharian.com.my/…/mahb-raih-untung-bersih-rm1978…)

6. SENYAP-SENYAP RHB BANK CATAT UNTUNG BERSIH LEBIH TINGGI (RM615.8 JUTA) DALAM Q3 2019
RHB adalah bank swasta. Namun, kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan saham yang terbesar di dalam RHB. Penglibatan kerajaan Malaysia adalah melalui KWSP (41.4%), PNB (10.1%) dan 3.24% (KWAP), yang mewujudkan blok kerajaan Malaysia sebagai "pihak paling berkepentingan" dengan saham majoriti 54.74% dalam RHB. RHB untung, kerajaan melalui KWSP, PNB dan KWAP pun untung. KWSP, PNB dan KWAP untung, akhirnya golongan yang paling untung adalah golongan Bumiputera Muslim yang dibela oleh GLC.
(https://www.bharian.com.my/…/rhb-bank-raih-untung-suku-keti…)

7. SENYAP-SENYAP DRB-HICOM MENCATAT KEUNTUNGAN RM40.08 JUTA DALAM BULAN JUL-SEP 2019
DRB-HICOM adalah ibu syarikat yang memiliki 49.9% Proton, 70% Bank Muamalat, Puspakom, Pos Malaysia dan sebagainya. Pemegang saham terbesarnya seorang Bumiputera Muslim, dan pemegang saham lainnya termasuk GLC-GLC seperti KWSP dan Lembaga Tabung Haji. DRB-HICOM telah berjaya mencatat turnover sebanyak RM51.5 juta bagi mencapai keuntungan RM40.08 juta dalam Q2 2019 (Jul-Sept 2019) berbanding kerugian RM11.42 juta dalam Q2 2018 (Jul-Sept 2018).
(https://bebasnews.my/2019/11/28/24367/)

8. SENYAP-SENYAP TNB RAIH KEUNTUNGAN LEBIH DUA KALI GANDA
TNB telah berjaya meriah keuntungan bersih RM1.2 bil dalam Q3 2019 berbanding RM501 juta dalam Q3 2018, sekaligus merekodkan peningkatan lebih dua kali ganda. Antara pemilik-pemilik saham TNB adalah Khazanah Nasional (27.3%), KWSP (15.2%), PNB (14.1%), KWAP (5.4%), Amanah Raya dan sebagajnya.
(https://headtopics.com/…/tnb-catat-keuntungan-bersih-rm1-2-…)
------------------

Memangpun ini bukan prestasi terbaik seperti yang dihasut oleh pembangkang, namun hakikat ini menunjukkan we are on track. Kita dalam landasan yang betul.

Ibarat orang yang patah kaki tangan selepas kemalangan, ataupun sakit demam batuk selesema. Macam mana nak suruh mereka lari, berenang, lompat, kerja jalan sini sana macam orang biasa? Sudah tentunya mereka tidak akan secergas dengan orang lain.

Itulah realiti negara Malaysia. Negara tercinta kita diperkosa dengan macam-macam kerosakan yang dibuat oleh pentadbiran yang lalu. Tapi orang tak nampak sebab disorok di masa yang lalu.

Apabila PH mengambil alih pada 9 Mei 2018, masalah ini satu persatu disuluh oleh kerajaan baharu. Rentetannya, ada tangan-tangan ghaib yang berkepentingan bersama pentadbiran lama bersubahat memburukkan lagi keadaan agar nampak PH tidak perform. Pembangkang UMNOPAS pula ambil kesempatan cari modal politik.

Kini selepas setahun lebih, selepas dimaki hamun sebab bersikap jujur, selepas kerja-kerja membersihkan institusi kerajaan daripada najis rasuah dibuat, selepas reformasi institusi-institusi pentadbiran dijalankan, hasil positifnya mula nampak. Perjalanan pemulihan itu jelas. Pembangkang janganlah cuba putar belit dan hidup dalam sindrom penafian.

C&P