ISYARAT JELAS BUAT MAHATHIR



Dalam bahasa yang paling mudah, kemenangan bergaya BN di Tanjung Piai adalah disebabkan “pengundi Melayu undi calon Cina dan pengundi Cina pun undi calon Cina”.
Bermakna, pilihan pengundi kali ini terkeluar sama sekali daripada faktor kaum, walaupun dalam beberapa keadaan, isu perkauman cuba dimainkan.
Dalam konteks sokongan pengundi Melayu kepada calon BN, Wee Jeck Seng, ia bukanlah sangat disebabkan adanya Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas sekarang ini.
Muafakat Nasional hanyalah faktor sampingan yang memperkukuhkan lagi sokongan pengundi Melayu kepada BN.
Berdasarkan pola pengundian PRU14, pengundi Melayu memang sentiasa bersama UMNO dan BN.
Sebab itu, dalam PRU14 lalu, PH hanya menang dengan 524 undi saja di Tanjung Piai di mana faktor utama kemenangan ketika itu adalah disebabkan sokongan kuat daripada pengundi Cina.
Adanya Muafakat Nasional sekadar memberi keselesaan saja kepada BN dalam berhadapan dengan PH kali ini.
Bagi sokongan pengundi Cina kepada BN pula, ia bagaimanapun bukanlah disebabkan calon yang bertanding datang daripada kaum Cina.
Malah, kalau DAP pun yang bertanding di Tanjung Piai berlawan dengan Wee Jeck Seng daripada MCA, DAP tetap akan kalah juga.
Ini berikutan tindakan pengundi Cina yang dilaporkan meninggalkan PH atau tidak lagi menyokong gabungan itu lebih tinggi daripada pengundi Melayu dan disertai sokongan pengundi Melayu, tidak mungkin calon DAP dapat mencapai kemenangan.
Ertinya, pengundi Cina benar-benar mahu memberi isyarat penting kepada PH dan kerajaan setelah mereka memberi sokongan yang padu dalam PRU14 yang lalu.
Dalam hal ini, apakah sebenarnya yang menyebabkan pengundi Melayu dan Cina boleh bersatu hati mengundi calon Cina dan menolak calon Melayu?
Bagi pengundi Melayu, penolakan mereka lebih disebabkan prestasi kerajaan yang tidak memuaskan serta janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan.
Harapan mereka apabila PH menjadi kerajaan, tentulah lebih banyak kebaikan dan kelebihan yang dapat dirasakan sebagaimana yang terkandung dalam buku manifesto serta ucapan para pemimpinnya yang menjanjikan macam-macam ketika berkempen.
Malangnya, selain banyak janji tidak ditunaikan dan reformasi tidak dilaksanakan, yang selalu kedengaran hanyalah kenyataan menteri-menteri yang tidak menyenangkan, menyakitkan hati serta lebih teruk daripada Ahmad Maslan.
Sebab itu, sekarang ini Ahmad Maslan dilihat lebih cerdik kerana ada sesetengah menteri ternampak jauh lebih “bodoh” daripada beliau.
Untuk pengundi Cina, kekecewaan mereka adalah berkaitan ekonomi dan perniagaan yang tidak berkembang dan terlalu perlahan.
Sokongan pengundi Cina kepada pembangkang di Tanjung Piai sebenarnya adalah isyarat kekecewaan kaum itu daripada seluruh negara kepada PH.
Di mana-mana, jika kita rajin berbual-bual dengan peniaga kaum Cina, rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan prestasi ekonomi negara sehingga perniagaan mereka terus merudum dan jatuh.
Dalam konteks itu, mereka kecewa dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dilihat terlalu banyak bermain dan memikir soal politik berbanding memperkembangkan keadaan ekonomi negara.
Berbanding peringkat awal di mana ramai yang gembira dengan perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, sebaliknya kini lebih ramai yang kecewa dan putus asa dengan prestasinya.
Begitu juga dengan Tun Mahathir Mohamad, kaum Cina tidak lagi menyukainya seperti sebelum PRU14 lalu kerana setelah 18 bulan memegang kuasa, beliau dianggap telah gagal membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada perniagaan mereka.
Mereka kini sedar Tun Mahathir bukan lagi seperti Perdana Menteri era BN dahulu kerana usia tua dan partinya yang minoriti telah menjadikannya lemah dan tidak berupaya.
Bagi pengundi Cina, sudah sampai masanya untuk Tun Mahathir berundur untuk memberi peluang pula kepada Anwar Ibrahim memakmur dan memajukan negara ini.
Kata mereka, Anwar yang pernah menjadi TPM dan pernah juga mengalami derita paling teruk dalam perjuangannya, selain kedudukan PKR yang majoriti dalam PH, adalah pemimpin yang lebih memahami kesusahan rakyat yang sebenar-benarnya.
Tun Mahathir, kata mereka, walaupun pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dilaporkan memiliki kekayaan kira-kira RM32 juga, ada gaji bulanan sehingga RM70 ribu dan anak-anak yang semuanya kaya raya, tetapi masih lagi mengaku beliau tidak kaya sekarang ini.
Ini bermakna, tambah mereka lagi, Perdana Menteri tidak faham apa-apa pun tentang kesusahan atau kekayaan rakyat bawahan. (ShahbudinHusin 17/11/2019)

Post Mortem Kekalahan PH.



15 ribu majoriti bukan satu angka yang kecil tambahan pula yang di angkat itu orang MCA yang menghina hudud, tulisan jawi dan himpunan maruah melayu. PH-Bersatu kena ingat kerusi yang arwah Dr Farid menang dulu asalnya kerusi MCA, jadi bila banyak PDM mengundi Cina yang sokong PH dulu pun PH kalah nampak sangat strategi PH-Bersatu bermain dengan sentimen ultra Melayu tidak menjadi. Bermain isu perkauman ini tidak ada pemenangnya, yang akan rosak ialah masyarakat yang saling prejudis antara satu sama lain.

Ingat bila Ronnie Liu kritik TunM bila Tun masih berteka-teki dengan tarikh peralihan PM, Syed Saddiq bukan main lantang lagi menghentam DAP di media. Tapi bila Peja MB Perak kutuk DAP, boleh pula Syed Saddiq suruh settle cara kekeluargaan. Apa yang Ronnie  Liu cakap tu ada kebenarannya dan hari ini di terjemahkan oleh masyarakat Cina dengan kehilangan satu kerusi Bersatu sendiri. Bagi saya permohonan maaf Syed Saddiq is too litte too late.

Kalau TunM masih jadi PM sampai habis penggal bukan saya, malahan ramai lagi penyokong PH akan undi protes. Time tu kalau UMPAS dan naik berkuasa, jangan cerita la GST 10%, Minyak RM3 seliter, silap2 semua bekas-bekas menteri PH pun akan ke dalam di tahan di bawah SOSMA ( Yang PH janji nak hapuskan) . Time tu awak sorang aje lah yer turun demo BERSIH 6,7,8 , kami dah penat sebab kami dah bagi amaran dulu.

Sebenarnya kebangkitan assobiyyah dan perkauman ini bukan hanya di Malaysia, di USA pun sama dengan white supremacist, India dengan BJP anti-muslim, Indonesia pun sama juga dengan geng-geng FPI nya. Nak counter kebangkitan perkauman ini kita tak boleh cucuh dengan isu perkauman juga. Tu yang sibuk nak jadi hero isu komik la, jawi, vernacular school. PH kena ingat penyokong PH yang sokong PH terdiri dari 80% Cina 50% India dan 33% Melayu/Bumiputra. Dan yang Melayu PH pula adalah Melayu yang middle class sampai ker upper class.

Bila PH-Bersatu cuba bermain isu picisan macam ini ingat boleh swing undi Melayu yang B40 ke? Lupakan saja. Kalau Melayu PAS, mereka memang tak boleh di selamatkan. Macam pesakit cancer stage 4. Apa Tok Guru mereka wahyukan, itu yang mereka akan undi. Kalau Tok Guru mereka suruh terjun bangunan, esok mereka akan terjun bangunan. Yang PH-Bersatu mungkin dapat tarik 1-2% dari penyokong UMNO dengan bermain isu perkauman tapi PH-Bersatu hilang 40-50% dari undi Cina ; untung ke rugi tu?

Kalau rasa untung, esok lusa buat lah perhimpunan maruah melayu lagi, boleh panggil tok peti utara buat ucapan bagi sesedap rasa.

Kalau PH nak memerintah lebih dari sepenggal, kepimpinan Perdana Menteri kena di tukar dengan segera. Benda ini ibarat macam makan antibiotik la, mula2 dulu OK, tapi bila lama-lama backteria pun dah evolve, kena bagi antibiotik baharu yang lagi kuat. Takkan nak terus makan antibiotik lama dan harap keajaiban?

Azmin tak payah duk cerita la, dia nak TunM jadi PM sepenggal sebab dia takut masuk penjara; sama dengan Najib Razak. Tapi kalau TunM PM satu penggal, silap2 Najib dalam penjara pun boleh bebas. Apa ingat Najib kalau bebas dia nak tengok saja ka pimpinan PH? Mesti lagi teruk lagi dari dia pecat TSMY dahulu dan tukar Peguam Negara, tukar pengarah SPRM.

Lepas dah set tarikh pertukaran PH, next TunM kena segera tangkap lebai-lebai PAS dalam kes RM90 juta. Tak guna pun simpan kes ini buat leverage jawatan PM kalau PH dah kalah PRU15. Time tu habis semua harta TunM dan cukai anak2 TunM kena siasat macam mana Najib kena sekarang.

Bila dah set PM baharu, kena lantik arkitek PH Rafizi jadi menteri ekonomi. Jangan buat2 lupa siapa master planner Pakatan Harapan kalau bukan Rafizi. Time ini Azmin sibuk menyimpan lebai-lebai di selangor sebab dia sayang kan kerusi MB dia.

Lastly kena tukar semua menteri yang tak perform atau switch port folio. Tak payah nak susun ikut kerusi parti atau itu jantina. Ini dah kira macam kecemasan, janji kita nak menteri yang boleh buat kerja. Ingat PRK Sarawak juga nak dekat. Kalau tak tukar juga, susah nak menang Sarawak

Kementerian Penerangan ini macam unit semboyan tentera la. Kerja dia tak cool tak pegang senjata, tapi kalau semboyan tentera gagal, habis mati semua tentera di perbatasan. Dah tubuh unit cyber. Ingat Najib troll hari-hari dia FB dia free ke? Ada cytro yang berbayar la post untuk dia. Najib tu sebenarnya kayu dan monotonous. Dalam FB macam hero, tapi dalam court siap mengaku kena tipu dengan Jho Low. Apa guna jadi kerajaan kalau tak guna senjata? Tubuhkan unit cyber anti-fitnah. Buat official declare dalam budget. Pembangkang nak cakap apa pun peduli apa, korang nak menang tak PRU15?

Dan untuk Kementerian Kesihatan, Dr Zul dah ok, takkan sebab 3 meter korang nak undi BN? Apa yang dia buat tu betul, kita kena lah cakna sikit tentang kanak-kanak yang ada asthma, takkan penting kan diri sendiri sahaja?

Yang kena buang terus sebab sampah Azmin, Zuraidah, Wayta, Gobind, Rina, Kula, Redzuan Kereta Terbang. Yang kena swap ialah Abg Mat ke Kem Pertanian, Din Ayob Ke Pertahanan, Khalid Samad ke Komunikasi. Yang lain boleh ganti dengan  muka baru macam Amin Ahmad ke, Abdullah Sani dan banyak lagi yang ok.

Kalau tak nak dengar pun tak apa, tapi menteri2 boleh la start berlatih tidor atas lantai kut-kut la nanti dapat masuk lokap SOSMA lepas PRU15.

WAllahualam credit Mohd Sharif Mohd Mukhlis

KEKALAHAN PH DI PRK TG PIAI MENUNJUKKAN ADA 'PRIMA FACIE" PERLUNYA PM 8 SEGERA




Terlebih dahulu tahniah kepada BN dan Pas yang telah berjaya melalui calonnya dari MCA di PRK Tg Piai.  Syabas kepada parti-parti berkenaan kerana telah berjaya menambah satu Kerusi Parlimen untuk wakil MCA dan berjaya mengurangkan satu Kerusi Melayu Islam di Parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Almarhum Md Farid (Bersatu). 

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (MCA) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi seperti yang telah diumumkan beberapa jam yang lalu di mana beliau telah memperolehi 25,466 undi daripada 128 saluran undi.  calon PH, Karmaine Saidini (Bersatu) hanya memperoleh 10,380 undi.

Terbukti, setakat ini SPR telah berjaya mengendalikan pilihanraya dengan adil.  Kerajaan PH tidak tergamak untuk gunakan SPR hanya kerana mahu kemenangan.  Syabas, media perdana kerajaan juga tidak berbuat apa-apa untuk menangkis propaganda Pembangkang dan berkelakuan seperti 'malaikat'.   

Syabas tidak terhingga kepada pengundi-pengundi tua di Tg Piai terutamanya yang berugama Islam kerana mereka akan dapat pergi umrah tidak lama lagi seperti yang dijanjikan oleh calon MCA.  Paling penting, sekiranya ada usul berkaitan pemantapan atau dasar tulisan jawi mahupun RUU Akta 355 yang akan dibawa oleh kerajaan PH di Parlimen nanti, satu suara menentang dari wakil MCA ini sudah tentu menggembirakan buat Umno dan Pas.  Kita tahu pendirian MCA di dalam isu ini. 

Bagi PH pula, isyarat telah diberikan oleh rakyat di Tg Piai.  Sebagaimana kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, kekalahan PH kali ini adalah untuk kita bermuhasabah tentang dasar-dasar dan janji-janji PH.  Anwar hanya boleh beri pandangan termasuk di Parlimen kerana beliau hanya seorang Ahli Parlimen dan tidak mahu menganggu tugas PM sekarang.  

Sejak awal lagi saya menulis apakah wajar PM selaku Pengerusi PH termasuk perangkap perkauman Umno dan Pas apabila beliau hadir di dalam Himpunan Maruah Melayu menjelang PRK Tg Piai?  Mungkin beliau merasakan dengan kehadirannya akan dapat membantu kekuatan PH terutamanya dari kaum Melayu?  Jelas, PH terus hilang sokongan Melayu dan PH bernasib baik kerana terdapatnya masyarakat kaum Cina yang hanya memikirkan tentang PH dan melupakan tindakan Tun M itu lantas memberikan undi kepada calon Bersatu.  Mereka berikan undi juga kepada calon Bersatu walaupun di dalam hati kecil mereka tercalar dek kerana tindakan Tun M bersama Umno dan Pas di dalam program bersifat perkauman tersebut.  Nasib baik ada juga pemimpin Dap dan Anwar yang turun ke kawasan mereka untuk memujuk agar lupakan seketika rasa amarah mereka demi PH.  Namun, ianya tidak cukup untuk PH kerana bukan itu sahaja isu besar yang meyebabkan PH kalah di Tg Piai.

Rata-rata impikan perubahan besar yang dapat dirasai oleh rakyat semua peringkat.  Tidak perlu kita tunggu rakyat melihat Najib masuk Sg Buloh baru kita boleh menang.  Rakyat mahu perubahan segera, tunaikan janji PRU14 dan jikalau tidak mampu laksanakan sekarang kerana kekangan kewangan, jangan tinggalkan terus.  Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.  Gunakan media perdana sebaik mungkin bukan untuk menfitnah tetapi nyatakan kebenaran di samping menjadikannya saluran untuk menangkis propaganda Pembangkang.   

Jika kerajaan PH sekarang ini tidak mampu lagi berbuat apa-apa, maka isyarat di Tg Piai adalah kerajaan PH perlukan nakhoda baru.  Kekalahan 4 PRK di dalam tempuh setahun setengah bukan isyarat yang baik untuk PM sekarang.  Sudah sampai masanya PH memikirkan untuk melaksanakan janjinya iaitu Anwar mengambil alih PM.  Tidak perlu kita memaksa Tun M di dalam usianya sekarang bagi menebus maruah kita.  Mungkin Tun M telah kehabisan idea sekarang dan kita perlukan idea baru.  Beliau telah lakukan yang terbaik pada fikirannya tetapi tidak mencukupi kerana kunci 'reformasi' itu berada di tangan Anwar Ibrahim.  

WFAUZDIN NS

POLITIK CINA MENANG LAGI Politik Cina menang lagi

5 PUNCA UTAMA KEKALAHAN PH.


Terjemahan dari tulisan 

Anillnetto.com.


Anil Netto mencerminkan kekalahan PH yang mengejutkan dalam pilihan raya kecil semalam.

Pakatan Harapan yang  kalah dalam pemilihan di Tanjung Piai semalam adalah yang paling teruk dalam semua pilihan raya yang diadakan sejak pilihan raya umum 2018.

Tetapi margin kekalahan 15,086-undi pasti telah mengejutkan banyak pakar. Namun, terdapat tanda-tanda di sana bahawa kekalahan yang mengejutkan adalah kerana undi protes rakyat.

Apakah faktor utama di sebalik kemuncak kekalahan  ini pada pemilihan Tanjung Piai? Bagaimanakah PH kehilangan  kerusi Tanjung Piai - dengan faktor 1: 2.5 - kepada gabungan parti-parti yang telah menaikkan dan mengamalkan kleptokrasi secara global sehingga tahun 2018?(BN)

1. Anda tidak boleh mengalahkan Umno dan Pas dalam bermain  isu ras dan agama

Umno dan Pas adalah "Raja" dalam permainan isu kaum dan agama.

PH, sebaliknya, telah diundi dalam satu gelombang harapan untuk sebuah negara Malaysia yang baru melampaui politik lama bangsa dan agama. Dan seketika selepas pilihan raya umum, ia mempunyai kelebihan.

Punca utamanya dari  Umno dan Pas ialah mereka  dengan cepat   melupakan  luka mereka,  Dan kememuncaknya dalam perhimpunan untuk menentang pengesahan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi kaum dan bangsa . Mereka telah memaksimumkan  propaganda tentang Melayu-Muslim dipinggirkan di bawah pentadbiran baru.

2.Janji-janji yang tidak dipenuhi.

Kegagalan untuk memansuhkan undang-undang yang menindas dan lambatnya pembaharuan kepada institusi pemerintahan telah memicu kekecewaan.

Benar, pentadbiran baru telah mereformasi Suruhanjaya Pemilihan dan meletakkan mekanisme pembaharuan institusi, yang dapat dipuji.

Tetapi apabila ia melibatkan kepada wang yang besar, bukannya mereformasi syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, firma-firma ini telah dipindahkan ke kementerian yang dikawal Bersatu, termasuk Jabatan Perdana Menteri, yang lengkap dengan beberapa lantikan politik yang mengetuai beberapa syarikat ini.

Perkara yang sama berlaku di kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang, di mana pelantikan politik kepada syarikat berkaitan kerajaan(GLC DAN GLIC)  telah menimbulkan kegelisahan,  sementara lantikan oleh  Ketua Menteri Incorporated masih kabur.

Mengenai janji pilihan raya PH untuk memansuhkan undang-undang yang menindas, ramai di kalangan orang ramai tidak terkesan dengan penggunaan Sosma untuk menahan mereka yang dituduh menyokong Harimau ,Pembebasan Tamil LTTE dan ini bertentangan dengan agenda pembahruan.

Sosma adalah salah satu undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Salah satu sebab yang mengundi menentang Barisan Nasional ialah mereka tidak menyukai undang-undang menentang seperti Sosma, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Pencetakan dan Penerbitan.
Sosma adalah salah satu undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Salah satu sebab yang mengundi menentang Barisan Nasional ialah mereka tidak menyukai undang-undang menentang seperti Sosma, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Pencetakan dan Penerbitan.

Mengapa sokongan bukan Melayu untuk Pakatan Harapan tergelincir?

Pada masa lalu,  Gerakan Mansuhkan ISA Gerakan Mansuhkan (Abaikan pergerakan ISA) menganjurkan perhimpunan besar terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Ini yang ditekan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk memansuhkan perbuatan itu - walaupun dia segera membawa masuk Sosma dan undang-undang lain yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan.

Dan di sini kita berada di Malaysia baru yang masih menggunakan undang-undang penindasan era Najib ini. Apa pendapat orang ramai tentang hal ini? Sudah tentulah ianya merupakan undang undamg zalim yang masih ditiru dan tidak menampakkan sebarang pembahruan walau telah memerintah selama setahun setengah.


3. Tidak cukup dilakukan untuk golongan bawah B40

Salah satu isu utama dalam pilihan raya umum 2018 ialah "Barang Naik" atau kenaikan kos sara hidup.

Ya, pemerintah PH baru menghilangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.yang dibenci dan memulihkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sebelumnya. Tetapi penggantian cukai penggunaan ini tidak membuat banyak perbezaan kepada kebanyakan poket orang terutamanya golongan B40.

Sistem cukai dan cukai kekayaan yang progresif akan membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk perkhidmatan penting yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Sebaliknya, kerajaan tetap sukar ditekan secara kewangan untuk membuat penambahbaikan yang substansial terhadap perkhidmatan ini.

Sekiranya kerajaan PH benar-benar mahu meringankan nasib rakyat, ia harus memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama di mana orang akan melihat perbezaan serta-merta.Mungkin rakyat melihat bagaimana kerajaan Penang dan Selangor yang berjaya meringankan beban rakyat ketika BN gagal melaksanakannya di peringkat national.

Ia harus campur tangan untuk menaikkan bekalan dan kualiti rumah yang mampu dimiliki di bawah RM200,000. Ia sepatutnya berhenti bergantung  kepada pemaju mewah yang sedang membina rumah-rumah mahal yang tidak mampu dibeli  penduduk setempat dan rakyat.

Ia harus memperbaiki sistem penjagaan kesihatan awam, memendekkan senarai menunggu, memudahkan kawasan yang penuh sesak, meningkatkan ruang untuk katil dan melepaskan  Faktor rawatan  ke sektor swasta dengan memperbaiki keadaan kerja untuk pakar dan doktor. Skim MySalam tidak berbuat demikian. 
Menggalakkan pelancongan perubatan membuat kan para pelancong ini berkongsi dengan warga tempatan di hospital kerajaan atau swasta  menjadi lebih buruk.

Ia perlu memperbaiki sekolah kebangsaan, walaupun ini mungkin mengambil masa yang lebih lama. Setakat ini, perubahan hanya menyentuh permukaan.
Ia harus memberi tumpuan kepada bentuk pengangkutan awam yang cekap dan berkesan (bas dan trem di peringkat jalan) dan bukannya lebuh raya multibillion ringgit dan projek kereta api yang mahal mahal . Ini akan membolehkan ramai orang biasa menyimpan wang untuk membeli kereta dan beralih kepada pengangkutan awam yang lebih berpatutan. 

Tol lebuh raya harus tetap tetapi dana harus digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Projek kereta nasional ketiga harus diubah menjadi sebuah projek bas kebangsaan.

Ia harus memberi tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan domestik dan melindungi  harga barang  makanan tempatan. Harga barangan makanan asas telah meningkat. Oleh itu, kita perlu melindungi dan menyokong petani dan nelayan kita supaya mereka boleh menuai dan menangkap ikan terutamanya dalam era perubahan iklim ini. 

Perkara terakhir yang perlu kita INGAT: JANGAN mengubah tanah ladang kepada pembangunan hartanah DAN JANGAN memusnahkan ekologi pesisir untuk penambakan tanah secara besar-besaran.



BACA LEBIH: Pilihan raya kecil Cameron: Faisal Hazis Aliran untuk menyederhanakan forum TV 'live'
Lihat Jeyakumar Devaraj "Apa yang perlu diambil untuk menangani kemiskinan di Malaysia?" Untuk mengetahui apa lagi yang boleh dilakukan.

Titik di sini ialah yang memberi tumpuan kepada kepentingan Perniagaan Besar hanya akan menumpukan kekayaan di tangan beberapa orang  kayaraya manakala yang lain akan berjuang dan berada ditahap kemiskinan lama.




4..Langkah sumbang PH
PH membunuh diri  dengan beberapa langkah kontroversi.

Kehadiran ahli politik Bersatu dan pemimpin gabungan Pakatan Rakyat - Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu, Azmin Ali dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - bersama-sama dengan pemimpin PAS dan Umno di Kongres Kebesaran Melayu baru-baru ini tidak baik dengan pandangan sebahagian rakyat.

Pemimpin PH, khususnya Bersatu, mungkin menganggap kehadiran mereka di perhimpunan itu akan meningkatkan profil mereka sebagai juara masyarakat Melayu. Tidak begitu. Bukan sahaja kehadiran mereka gagal menaikkan sokongan orang Melayu terhadap PH, tetapi retorik perkauman yang melampau di perhimpunan juga menjejaskan sokongan PH di kalangan kumpulan etnik minoriti.

Kenyataan menteri kewangan bahawa kerajaan akan menyalurkan RM60 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman untuk tahun ini dan seterusnya, dengan syarat MCA menyerahkan kawalan kolej itu, dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak wajar. Kolej universiti telah menyediakan alternatif yang berharga kepada pelajar yang mahukan pendidikan tinggi berkualiti dengan kos yang berpatutan. Siapa yang akan mengambil alih kolej universiti jika MCA melepaskan kawalan?

Kontroversi lain yang menjejaskan PH ternyata termasuk kehadiran Zakir Nair dan isu khat.

Ramai pengundi menunjukkan ketidakpuasan mereka dengan mengundi MCA-BN atau Gerakan pada pilihan raya kecil ini - bukan kerana mereka menyukai parti-parti ini tetapi kerana mereka mahu mengajar Bersatu sebagai pelajaran dan tidak membawa kepada cara Umno lama. Mereka tidak mahu membiarkan  begitu sahaja. Ini semua boleh diramal.

5.Perbezaan aliran dalam  PH sendiri tentang kemasukan Umno.
Percubaan Bersatu untuk menarik unsur-unsur tertentu Umno tidak berlaku dengan baik dan penerimaan pengundi. Orang dapat melihat apa yang sedang berlaku - jangan memandang rendah mereka.

Bersatu memenangi kerusi paling sedikit dari semua parti PH pada pilihan raya umum 2018. Pemimpinnya, Mahathir, harus menganggap jawatan Perdana Menteri, ihsan rakan-rakan gabungannya.

Tetapi kemudian Mahathir mula menerima pembelot Umno untuk meningkatkan kerusi partinya dan menguatkan kuasa tawar-menawar di dalam PH. 
Promosi beliau terhadap Azmin Ali dan puaknya dalam PKR dan keengganan PM untuk mengesahkan tempoh selama dua tahun untuk meletak jawatan telah menyebabkan orang ramai merasa sangsi  kepada Orang ramai . Mereka mengundi bukan untuk mengekalkan Mahathir.

Semua ini tidak disedari dan menyumbang kepada kekalahan PH di Tanjung Piai. Untuk semua kecemerlangan politiknya, Mahathir, seperti penguasa-penguasa yang lain, gagal membaca denyut nadi di mana ia penting - mengetahui bila masa yang optimum untuk berhenti dan menyerahkan kuasa. 

Dia boleh melepaskan jawatan kepada Anwar dalam keadaan dipandang lebih mulia apabila dia menyatakan tarikh pelepasan jawatan PM nya lebih awal - tidak mengapa jika dia menjadi Perdana Menteri yang sudah lumpuh  selama beberapa bulan.

(BACA LEBIH: Pilihan raya kecil Rantau tidak menjadi bencana bagi Pakatan Harapan)

Sesetengah orang di groups WhatsApp mencadangkan bahawa pilihanraya Tanjung PIAI Harus dikemudikan oleh  Anwar Ibrahim. Ianya  harus dikedepankan.

Oleh kerana ianya tidak berlaku,  banyak penyokong PH tidak puas hati. 

Kumpulan berpendapatan rendah, kebanyakan mereka Melayu, nampaknya telah kembali ke Umno-BN. Di kalangan kelas pertengahan dan minoriti, sebaliknya, mereka bertembung dengan MCA-BN dan Gerakan hanya untuk memberikan sedikit pengajaran "mengajar PH pengajaran" untuk tidak memandang endah tak endah mereka begitu sahaja.

Walaupun "Barisan Nasional" (dalam realiti MCA-Umno-Pas) menang, pilihan raya kecil juga menunjukkan bahawa Umno dan Pas, untuk semua perbincangan mereka tentang muafakat Melayu-Muslim, masih harus bergantung kepada MCA untuk memenangi undi etnik Cina. 

Ini menunjukkan bahawa Umno-Pas, dalam jangka panjang, juga perlu membuat kompromi dan konsesi kepada etnik dan agama minoriti - jika tidak benar-benar bekerja bersama - jika mereka mahu menawan semula kuasa persekutuan.

Di tengah-tengah semua ini, Yayasan Tindakan keadilan dan Perpaduan Malaysia (Maju) Siti Kasim telah mengetepikan kekecewaan, terutamanya di kalangan kelas pertengahan bandar. Forum perasmian kumpulan di KL menarik kira-kira 2,000 orang yang tidak selesa.

Maju belum boleh memainkan peranan yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh Bersih pada tahun-tahun Najib  berkuasa - tetapi kali ini dalam mempromosikan visi yang lebih inklusif, sedangkan Bersih lebih tertumpu pada pembaharuan pilihan raya.
Walaupun "Barisan Nasional" (dalam realiti MCA-Umno-Pas) menang, pilihan raya kecil juga menunjukkan bahawa Umno dan Pas, untuk semua perbincangan mereka tentang muafakat Melayu-Muslim, masih harus bergantung kepada MCA untuk memenangi undi etnik Cina. Ini menunjukkan bahawa Umno-Pas, dalam jangka panjang, juga perlu membuat kompromi dan konsesi kepada etnik dan agama minoriti - jika tidak benar-benar bekerja bersama - jika mereka mahu menawan semula kuasa persekutuan.


Tidak salah, projek Malaysia yang baru akan terus dilaksanakan oleh mereka yang komited untuk aspirasi mereka untuk mendapatkan keterangkuman, keadilan sosial dan sambutan kepelbagaian etnik Malaysia.

Oleh itu, Jika satu lagi pilihan raya kecil, satu lagi panggilan untuk pemimpin PH. Mereka yang berharap untuk Malaysia yang lebih inklusif tidak akan gembira dengan kemenangan BN ini. Tetapi ada pelajaran yang perlu dipelajari.

Mudah-mudahan, pemimpin PH akan mematuhi mesej utama yang dihantar oleh pengundi. Mereka tidak boleh memainkan kad ras dan agama yang sama seperti Umno Pas dan berharap dapat menang. Mereka perlu membuat naratif mereka sendiri untuk Malaysia yang lebih inklusif dan mempunyai keberanian, visi dan kesungguhan untuk menerimanya.

Perjuangan untuk jiwa Malaysia terus berlanjut.






MAHATHIR DAH HILANG AURA. MASA BERUNDUR KINI TIBA



Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi.
Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi.
Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi.
PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Piai, berceramah dan bermesyuarat dengan Ketua-Ketua Peti Undi serta menulis surat terbuka kepada pengundi menjelang hari pengundian, penolakan mereka kepada calon Bersatu yang bermakna suatu referendum terhadap kepimpinannya adalah sesuatu yang terang lagi nyata.
Tun Mahathir jelas sudah kehilangan aura dan tidak lagi mampu menarik sokongan rakyat kepada PH dan kerajaan yang dipimpinnya.
Ini bermakna, berbanding 13 kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu pada PRU14 lalu, kini hanya tinggal 12 kerusi saja.
Sebelum ini, dalam PRK Semenyih, calon Bersatu juga telah kecundang, walaupun menang dalam PRU14.
Termasuk kalah di Cameron Highlands dan Rantau, bererti PH sudah kena 0-4 kepada BN secara berturut-turut hanya dalam waktu beberapa bulan saja.
Dengan satu demi satu kehilangan kerusi ini, bukan saja masa depan Bersatu nampak suram, bahkan jalan di hadapan untuk PH pun turut jadi kelam selagi Tun Mahathir tidak berundur daripada jawatannya.
Beliau kini tidak ada pilihan lain selain menyedari masanya untuk berundur telah tiba, sesuai dengan usia dan kudrat yang semakin menua serta auranya yang sudah tiada.
Klimaks Tun Mahathir adalah PRU14 lalu dan selepas itu, segala-galanya sudah merosot buatnya kerana beliau ternyata gagal mempamerkan prestasi yang memuaskan hati rakyat.
Ibarat pengurus pasukan bolasepak, kekalahan berturut-turut ini sudah mewajarkan untuk Tun Mahathir berundur secara terhormat sebelum terlambat.
Lagi lama beliau duduk sebagai Perdana Menteri, percayalah, lagi merosot sokongan rakyat kepada PH dibuatnya.
Melalui keputusan di Tanjung Piai ini, katalah jika ada PRK lagi di kawasan Bersatu selepas ini, arus penolakan pengundi pasti tidak akan jauh berbeza.
Bagi kebanyakan rakyat, walaupun mengakui beliau bekerja selama 18 jam sehari, Tun Mahathir sudah gagal dalam tempoh 18 bulan ini.
Di sebalik berbangga bekerja selama 18 jam, hakikatnya tidak ada apa-apa yang berkembang – ekonomi, perniagaan, pasaran saham, kadar ringgit, hutang negara, mewujudkan pekerjaan dan macam-macam lagi – semuanya nampak makin merudum berbanding era BN dahulu.
Itu belum dikira lagi dengan janji manifesto yang bukan saja gagal ditunaikan, tetapi bagaikan sengaja tidak mahu ditunaikan dengan alasan “buku manifesto bukanlah kitab suci.”
Yang nampak berkembang selama 18 bulan ini hanya satu – jumlah Ahli Parlimen Bersatu bertambah daripada 13 kepada 26 orang, selain entah tiba-tiba Ahli Parlimen musuh daripada UMNO dan Pas mahu khidmat Perdana Menterinya dipanjangkan lagi.
Walhal, dengan kekuatan yang cukup untuk menubuh kerajaan dan menjadi Perdana Menteri bersama PH, Tun Mahathir sebenarnya tidak perlu lagi menambahkan sokongan daripada luar atau menyediakan kolam untuk katak melompat ke dalam Bersatu jika beliau benar-benar menyedari, berdasarkan perjanjian yang ditandatanganinya, dirinya hanyalah Perdana Menteri sementara saja.
Dalam erti kata lain, dalam 18 jam bekerja itu Tun Mahathir seolah-olah lebih banyak menumpukan kepada urusan politik dan menguatkan dirinya berbanding memulihkan keadaan negara sebagaimana janjinya, di sebalik tubuh yang makin tua dan kudrat semakin tiada upaya.
Inilah yang menyebabkan rakyat jadi hilang kepercayaan dan kini secara terbuka menolaknya melalui isyarat yang ditunjukkan dalam beberapa PRK.
Lantaran itu, keperluan kepada pengurus baru sudah tidak dapat dielakkan lagi. Pengurus yang gagal, jika tidak segera diganti, hanya akan membawa kepada lebih kegagalan di masa depan.
Dalam tempoh sebelum atau selewat-lewatnya Mei 2020, pengurus baru yang lebih berstamina harus segera diberi peluang, menunjukkan bakat serta wibawanya jika tidak mahu Piala Liga terlepas begitu saja. (ShahbudinHusin 16/11/2019)