DR MAHATHIR MANGSA TIPU HELAH AZMIN ALI.*




*OLEH: Mantan Wartawan Utusan Melayu*



1. Selepas komplotnya bersama Hishammuddin Hussein terbongkar, *Azmin Ali akhirnya secara tidak sedar ketika menjawab soalan media mengakui bahawa memang dia merupakan dalang* yang cuba menghalang perjanjian peralihan kuasa Pakatan Harapan dapat dilaksanakan. 

2. Azmin dilaporkan berkata, dia mahu agar Dr Mahathir Muhamad terus menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal walaupun *perkara itu bertentangan dengan persefahaman PH* sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

3. Kenyataan Azmin itu juga sangat jelas untuk *menyeret Dr Mahathir menjadi seorang yang sekali lagi memungkiri janji dan tidak boleh dipercayai* bukan sahaja di antara Dr Mahathir dan Anwar, tetapi juga di antara Dr Mahathir dan PH secara keseluruhannya.

4. Jawapan Azmin untuk sekaligus membuktikan *kenyataan awal PH dan PKR sebelum ini bahawa memang wujud komplotuntuk menghalang peralihan kuasa dan seterusnya menghancurkan kerajaan PH.*

5. Azmin juga dilaporkan berkata, pihak yang mahu peralihan kuasa secara tertib sepertimana perjanjian PH cuba dilabel sebagai “golongan terdesak”. Kenyataan Azmin itu sangat aneh apabila *masyarakat melihat bahawa beliau sebenarnya yang terdesak serta bimbang* sekiranya Anwar menjadi PM, beliau tidak lagi mendapat ‘melindungi’ daripada beberapa kes rasuah selain kes skandal video semburit di antara beliau dengan pasangannya, Haziq Abdul Aziz.

6. Untuk rekod, *sehingga kini kes skandal video semburit itu masih belum selesai* siasatan sepertimana kenyataan Polis baru-baru ini. Cuma Azmin sahaja yang menyebutkan dan yakin yang dirinya tidak bersalah walaupun siasatan tetap berjalan.

7. Oleh itu kenyataan terbaru Azmin untuk melanggari persefahaman dan perjanjian PH bagi melaksanakan peralihan kuasa secara jelas membuktikan *beliau merupakan dalang komplot yang selama ini membuat politik Malaysia tidak stabil.*

8. Sebelum ini *Azmin menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Mukhriz Mahathir* sekiranya Dr Mahathir mahu mengambil beliau sebagai PM, namun *tembelang itu telah pecah apabila rupa-rupanya dalam masa sama Azmin telah menjanjikan jawatan sama kepada Hishammuddin.*

9. Permainan belakang tabir Azmin ini telah benar-benar *merosakkan reputasi PH selain menconteng arang di muka Dr Mahathir sendiri.* Pemimpin PH dan rakyat keseluruhnya wajib menolak pengkhianat seperti Azmin dan Hishammuddin!

*(Kuala Lumpur, 22 Oktober 2019)*
dr fb sahabat Hafiz Ismail


KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN AMK SABAH.

*Kenyataan Media*

*22 Oktober 2019, Selasa*

*Isu Peralihan Kuasa, Azmin Jangan Jadikan Tun Dr.Mahathir Seorang Munafik*

Saya ingin merujuk kepada kenyataan terbaru Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Azmin Ali yang menggesa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menghabiskan penggal sebagai Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum ke-15.

Pada pandangan saya kenyataan beliau tidak lain selain cuba "menjilat" Tun Dr.Mahathir dan cuba untuk menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walaupun isu ini sebenarnya sudah selesai dan pimpinan keempat-empat parti telah maklum akan peralihan kuasa ini.

Azmin dilihat semakin tidak senang duduk akan keadaan terkini apatah lagi ketika peralihan kuasa semakin hampir. Akan ada kenyataan dari beliau dan 'orang-orangnya' untuk menentang peralihan kuasa sedangkan pimpinan keempat-empat parti tidak mempunyai isu untuk menangguh mahupun menentang peralihan kuasa samada dari PPBM, AMANAH, DAP dan KEADILAN sendiri.

Azmin juga menyatakan "mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai 'kerajaan pintu belakang' ."

Saya merasakan Beliau perlu 'cermin diri' dan imbas kembali bagaimana beliau menjadi Menteri Besar Selangor dan mengulangi perkara sama kepada Menteri Besar Selangor hari ini. Beliau menjadi Menteri Besar Selangor walau individu lain yang telah dipersetujui. Begitu juga bila pemimpin keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan menandatangani persetujuan untuk mengangkat individu lain sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Azmin namun dengan 'pengalaman pintu belakang' beliau berjaya menjadikan 'orangnya' sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.

Ini bukanlah kali pertama saya menegur Azmin supaya menghormati konsesus Pakatan Harapan. Saya pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk "Pakatan Rakyat Telah Berkubur, Azmin Perlu Sedar" pada 6 Julai 2017 selepas Azmin enggan mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan masih ingin meruskan kerjasama dengan PAS yang telah mengkhianati Pakatan Rakyat pada masa itu. Begitu juga Zuraida Kamarudin yang menolak pembentukan Pakatan Harapan.

Namun hari ini Azmin menjadi Menteri kanan dalam kerajaan yang beliau tentang penubuhannya dulu. Ketika pimpinan lain berusaha menubuhkan Pakatan Harapan di peringkat negeri dan kawasan, beliau sibuk berkempen bersama PAS dan masih menolak Tun Mahathir sebelum PRU-14. Hari ini beliau merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri pengiring kepada Perdana Menteri.

Tindakan beliau jelas seolah mengajak pimpinan lain untuk menjadi 'munafik' seperti beliau dengan melanggar konsesus Pakatan Harapan yang telah dipersetujui.

Umum mengetahui persetujuan mengangkat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia telah termaktub dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan yang dipersetujui keempat-empat parti pada 6 Januari 2018 dan diumum semasa Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018. Tun Mahathir juga pernah menyatakan dengan jelas bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua (2) tahun dan tidak lebih tiga (3) tahun.

Negara amat memerlukan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 bagi melaksanakan agenda reformasi seterusnya membina semula negara.

Adakah Azmin cuba menjadikan Negarawan Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad seorang Munafik? Adakah Azmin ingat Tun Dr.Mahathir akan mengikut kata-katanya dan merosakkan legasi gemilang Tun M yang Tun M cuba bina semula selepas berjaya menumbangkan kerajaan Kleptokrat Barisan Nasional hanya untuk memenuhi keinginan peribadi beliau?

Saya ingin menasihatkan Azmin agar menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi selagi beliau masih memegang jawatan berkenaan ketika ekonomi negara masih terumbang ambing. Berhenti menjadi Menteri Pengiring kepada Perdana Menteri dan cuba menjadikan Pakatan Harapan sebuah kerajaan yang tidak menepati janji.

*Razeef Rakimin*
Setiausaha
Pemuda Pakatan Harapan Sabah
_merangkap_
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sabah

SUDAH ADA PERJANJIAN, JADI KENAPA AZMIN BUAT TAK FAHAM?



Tiada apa-apa yang pelik dan mengejutkan apabila Azmin Ali terus menyuarakan pandangan agar Tun Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, walaupun gesaannya itu jelas bercanggah dengan ketetapan PH sendiri.
Dalam gesaan terbarunya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, Tun Mahathir harus dibiarkan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15 akan datang.
“Kalau ada pihak yang hendak meroboh pentadbiran dan kerajaan lebih awal daripada itu, dua tahun atau satu tahun, itulah sebenarnya kerajaan pintu belakang.
“Sepatutnya biarlah Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri hingga selesai tempoh penggal ini kerana itu mandat diberikan rakyat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Bukan Azmin tidak sedar gesaannya adalah bercanggah dengan ketetapan PH, tetapi apa lagi yang mampu dilakukannya selagi siasatan kes semburit yang dikaitkan dengannya masih tidak selesai.
Hanya dengan terus mengampu dan menjilat Perdana Menteri saja satu-satunya cara untuk memastikan fail siasatan polis terhadapnya terus tersimpan dan terperam.
Kalau diikutkan logik, tidak munasabah kes semudah itu boleh berlarutan sehingga lima bulan masih lagi dalam siasatan polis, sedangkan sudah ada video sebagai buktinya serta pengakuan Haziq yang mendakwa beliaulah pasangan Azmin dalam video tersebut.
Tindakan polis melewat-lewat pengumuman hasil siasatan dipercayai ramai tidak lain ialah untuk melindungi dan menyelamatkan Azmin.
Dalam masa yang sama, beberapa kenyataan Tun Mahathir berkaitan isu tersebut seperti mengatakan ia adalah isu politik untuk menjatuhkan Azmin semata-mata, mengukuhkan lagi kepercayaan ramai bahawa Azmin memang sedang dilindungi.
Kenyataan Tun Mahathir itu sama sekali berbeza ketika beliau memecat Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu dengan mengatakan pemecatan yang dilakukannya adalah kerana moral dan bukan disebabkan politik.
Kenapa pendirian Tun Mahathir berbeza antara 1998 dengan 2019 jika bukan untuk melindungi Azmin?
Dengan pendirian Tun Mahathir itu berserta tindakan polis yang sedia dilihat tidak cekap di mata umum, maka selagi itulah Azmin akan terus menyokong, membodek dan menjilat Perdana Menteri untuk menyelamatkan dirinya.
Kalau Tun Mahathir berundur tahun depan misalnya, belum tentu Azmin akan selamat selepas itu, tetapi jika Perdana Menteri kekal sehingga habis penggal, maka lebih lamalah lagi dirinya akan dilindungi.
Lebih-lebih lagi jika dengan peredaran masa dan tempoh lebih lama memegang jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir dapat mencatur kedudukan Azmin dengan lebih baik lagi.
Itulah yang diharap-harapkan Azmin dengan tidak henti-henti membuat gesaan yang bercanggah dengan ketetapan PH itu.
Sesuatu yang Azmin mesti sedar ialah mandat rakyat sehingga PRU15 akan datang bukanlah untuk Tun Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga ke tempoh itu, tetapi merupakan jangka masa bagi PH berkuasa sebagai kerajaan.
Menukar kerajaan sebelum tempoh lima tahun atau tanpa melalui pilihanraya semula adalah sesuatu yang tidak bermoral kerana ia merupakan pilihan oleh rakyat, tetapi tidak ada kena mengena dengan kedudukan Perdana Menteri.
Sebab itulah diadakan perjanjian yang melibatkan semua parti dalam PH yang menghendaki penyerahan jawatan kepada Anwar mesti dilakukan setelah Presiden PKR itu bebas daripada penjara, diberi keampunan dan boleh kembali aktif dalam politik.
Jika mandat kemenangan PH dalam PRU14 iaitu selama lima tahun itu adalah bersekali dengan tempoh Tun Mahathir mesti menjadi Perdana Menteri, untuk apa perjanjian penyerahan jawatan kepada Anwar perlu diadakan?
Tidakkah adanya perjanjian itu dengan sendirinya bermakna Tun Mahathir tidak harus menjadi Perdana Menteri sehingga ke habis penggal? (ShahbudinHusin 22/10/2019)

AZMIN SENDIRI KABUR DENGAN SEMANGAT DAN PERSEFAHAMAN DI DALAM PH ?



Saya telah membaca kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, YB Dato' Seri Azmin Ali yang dipetik oleh Malaysiakini berkaitan peralihan kuasa di antara Tun M dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  

Sekali lagi Menteri Ekonomi ini mengulangi bahawa Tun M perlu dikekalkan sebagai PM sehingga ke PRU15 akan datang atas hujahnya tidak pernah berlaku peralihan kuasa PM sebelum tamat penggal.  Beliau juga menggunakan hujah itu adalah mandat rakyat di dalam PRU14 yang lalu.

Saya insan kerdil di bawah ini ingin mengingatkan Azmin, orang atasan yang mungkin mula lupa akan sesuatu.  Benarkah tidak pernah berlaku peralihan kuasa sebelum tamat penggal?  Lupakah beliau tentang peralihan kuasa di antara Tun M dengan Pak Lah, dan Pak Lah kepada Najib?  Adakah itu sebagai mengkhianati mandat rakyat?  

Kalau mahu dilihat secara tradisinya, adakah Tun M sekarang ini menjadi PM kerana tradisi atau kelaziman yang Azmin ungkapkan itu? Kenapa Tun M menjadi PM, bukannya Dato' Seri Dr Wan Azizah?  Bukankah Kerusi di Parlimen terbanyak adalah dari parti KEADILAN dan atas persefahaman politik di dalam PH kesemua parti di dalam PH menggunakan logo parti KEADILAN.  Lojiknya, Kak Wan lebih releven menjadi PM kerana partinya memiliki jumlah Kerusi terbanyak berbanding parti Tun M, walaupun parti Bersatu waktu itu menggunakan logo KEADILAN.  Namun, atas prinsip dan semangat kepada perjanjian dan persefahaman di dalam PH, maka Tun M diangkat sebagai PM.  Bukankah itu juga luar biasa?  Mengapa Azmin tidak ulas hal ini?

Azmin menyebut tentang mandat rakyat di dalam PRU14 yang lalu.  Azmin kena sedar, mandat rakyat diberi kepada PH untuk menjadi kerajaan berdasarkan janji dan manifesto PH, lebih-lebih lagi kerajaan lama Kleptokrasi itu amat dibenci oleh rakyat.  Rakyat bukan memilih PH untuk mengekalkan Tun M sebagai PM kerana bukan rahsia lagi bahawa Tun M dipilih sebagai PM sementara menunggu kesemua kekangan politik terhadap Anwar Ibrahim dapat diselesaikan.  Kesemua pimpinan PH tahu hal ini, kecuali Azmin agaknya.  Pimpinan dari Bersatu, Amanah dan Dap, malahan dari KEADILAN sendiri tidak pernah berkata Tun M mest menjadi PM sehingga tamat penggal, kecuali Azmin dan beberapa juaknya sahaja.  Kalau pimpinan utama di dalam PH seperti Muhyiddin, Mat Sabu, Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah berkata sedemikian, mengapa Azmin pula memandai-mandai?   

Nada Azmin sama seperti nada Umno dan Pas.  Nadanya sama seperti orang-orang yang bermasalah jika Anwar jadi PM.  Adakah Azmin juga mempunyai masalah besar jika Anwar jadi PM pertengahan tahun hadapan?  Jika anda ada masalah dengan Anwar, jangan cuba pusingkan fakta untuk mengkhianati persefahaman di dalam PH.  Kita tahu sejak sebelum PRU14 lagi Azmin tidak iktiraf PH di mana Selangor di bawah pentadbirannya dulu tidak pernah iktiraf PH.  Maka, jangan rosakkan PH untuk selamatkan diri dari masalah peribadi.

Jika tidak bersetuju dengan persefahaman di dalam PH, Azmin boleh memikirkan untuk bersama Umno atau Pas kerana pemikirannya sama.

WFAUZDIN NS

ANNUAR MUSA JANGAN GELISAH TUNGGU ANWAR JD PM-8

NASARUDDIN DI MAHKAMAH





Dari Mahkamah Seksyen Shah Alam..

Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM300,000 bagi kesalahan yang dilakukan pada 2018.

Sebanyak 30 pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah mengikut Kanun Keseksaan yang didakwa  dilakukan sejak 2015 sedang dibacakan terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

PEMIMPIN PH AKAN PATAHKAN CUBAAN BENTUK ‘KERAJAAN PINTU BELAKANG’

MALAYSIA MUNGKIN TERJEJAS PERANG DAGANG AS-CHINA

APA TUJUAN PEMBIDA DIJEMPUT KE JEMPUTAN GOLF KDN.



Satu tender bernilai berbilion ringgit di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ditutup pada Ogos kini hangat diperkatakan di kalangan pemain industri, malah ia dikatakan tender sistem teknologi yang terbesar dalam sejarah negara yang pernah ditawarkan.
Tender Sistem Bersepadu Imigresen (IIS) bernilai lebih sebilion itu merupakan tender yang ditawarkan selepas KDN membatalkan kontrak Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 bilion yang diberikan kepada Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSSB).
Semua mata pemain industri teknologi maklumat sememangnya tertumpu ke arah tender IIS ini.
Menurut sumber dalaman, pihak KDN ketika ini dalam proses penilaian Request for Proposal (RFP) bagi tender dihantar oleh syarikat-syarikat yang masuk tender dan ia masih belum dimuktamadkan lagi.
Terdapat khabar angin mengatakan selepas selesai penilaian RFP, pihak KDN mungkin akan membuka Tender Terpilih yang mana beberapa syarikat yang layak atau melepasi syarat teknikal dan kewangan sahaja akan dipanggil untuk menyertai tender tersebut.
Khabar angin di pasaran terutamanya di kalangan pemain industri juga kecoh bercakap mengenai kemungkinan wujudnya amalam kronisme dalam penganugerahan tender ini.
Ini berikutan beberapa individu yang dikaitkan rapat dengan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri difahamkan turut berminat merebut tender ini.
Bagaimanapun, seorang sumber mendedahkan Menteri Dalam Negeri sendiri akan memantau tender IIS ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sumber mendedahkan, baru-baru ini pada 20 Oktober 2019 para kontraktor yang menyertai tender IIS telah dijemput ke Pertandingan Golf Hari Pendaftaran Negara di The Mines Resort and Golf Club di Seri Kembangan, Selangor.
Para kontraktor itu dikatakan menerima jemputan daripada KDN, malah mereka dapat peluang bermain golf bersama dengan pegawai kanan KDN, antaranya Ketua Setiausaha KDN, Alwi Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.
Yang menjadi persoalan, mengapa pertandingan golf Jabatan Pendaftaran Negara perlu menjemput pembida-pembina bagi tender IIS di bawah Jabatan Imigresen pada ketika proses penilaian RFP belum lagi selesai?
Beranikah pihak KDN mengeluarkan senarai jemputan dalam pertandingan golf tersebut kepada umum bagi menafikan jemputan yang dibuat kepada kontraktor-kontraktor IIS itu?
Dari segi moralnya, adakah kerajaan Pakatan Harapan membenarkan atau menghalalkan amalan menjemput pelobi-pelobi ini bergaul secara langsung dengan pegawai kanan di Kementerian di mana mereka adalah pihak yang akan membuat keputusan berkaitan tender IIS?
Jika amalan ini berterusan, apakah bezanya antara kerajaan PH sekarang dengan kerajaan BN dahulu yang mana pegawai-pegawai kementerian dilihat bebas duduk semeja dan bergaul bersama kontraktor? (ShahbudinHusin 21/10/2019)