BERGAMBAR: AKTIVITI DSAI SEMINGGU LEPAS


Hadir ke Majlis Makan Malam Gala The Brand Laureate malam tadi di Hotel Majestic.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum

Bertemu Duta Republik Rakyat China Bai Tian di kediaman rasmi kedutaan semalam.
Pelbagai isu mutakhir dalam dan luar negara disentuh dalam lawatan tersebut.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, meja dan dalaman


Saya meluangkan masa menziarahi pusara ayahanda dan bonda tercinta di Sg Ramal dan Bukit Kiara petang semalam.


Terima berita sedih bekas pemain dram kumpulan Search Yazit Ahmad meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Saya berkesempatan menziarahi allahyarham di kediamannya di Wangsa Maju ketika bulan Ramadhan lalu.
Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menempuh dugaan ini.
..
Saya mendoakan roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM.

SERAH JAWATAN PM, TUN M TIDAK PERLU FOBIA DENGAN KISAH LAMPAU




Tun M merasa agak gusar apabila menjawab persoalan tentang penyerahan jawatannya selaku PM kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto PH dan muafakat Majlis Presiden PH sebelum PRU14 yang lalu.

Tun M menyatakan tiada jaminan pimpinan selepas beliau akan lebih baik darinya. Beliau mungkin fobia dengan peristiwa lalu bila beliau menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Banyak agenda yang beliau rancang gagal diteruskan oleh Pak Lah, malah negara bertambah teruk apabila Najib mengambil alih pemerintahan. Tidak salah kalau Tun M merasa begitu fobia sekarang.


Namun kita harus terima hakikat bahawa apa jua perasaan Tun M sekarang, janji dan persefahaman di dalam PH dan kepada rakyat wajib ditunaikan. Kalau mahu bercerita tentang rasa gusar dan fobia, kami juga gusar dan fobia apabila PH mengambil keputusan untuk menamakan Tun M sebagai bakal PM sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. Kami wajib merasa gusar dan bimbang kerana kami kenal Tun M bukan baru dan kami pernah menentang Tun M, bahkan reformasi tercetus ketika pemerintahan beliau.

Namun, kami berfikiran positif dan mengambil kira pandangan Anwar bahawa kita harus beri ruang untuk Tun M membuktikan bahawa beliau benar-benar telah berubah. Beliau keluar dari Umno/Bn merupakan perubahan dan tindakan awal serta hijrah yang baik dan perlu kita sokong. Maka, kami tidak lagi berwasangka buruk dan fobia dengan Tun M.

Tun M tidak boleh menyamakan kisah penyerahan jawatannya kepada Pak Lah. Itu peristiwa yang hanya berlaku di dalam Umno, pemimpin bertukar tetapi dasar dan sikap Umno tetap sama. Ibarat satu kumpulan perompak yang menukar ketua saja.

Penyerahan jawatan Tun M kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun ini jauh berbeza dengan era beliau di dalam Umno dahulu. Bahkan, kami berpendapat kunci reformasi sebenar terletak di tangan Anwar kerana beliau pelopornya.
Jangan samakan Anwar dengan Pak Lah, jauh sekali dengan Najib. Benar, tiada sesiapa pun boleh beri jaminan bagaimana keadaan negara di masa akan datang, itu semua di bawah ilmu Allah.

Apa yang kami harapkan dari Tun M sewaktu kami bersetuju menerima Tun M sebagai PM ke 7, itu pun banyak tidak kesampaian. Di luar kuasa kami untuk menjamin Tun M akan mampu melaksanakan kesemuanya. Bahkan, tiada jaminan sekiranya Tun M kekal sebagai PM sehingga PRU15 kita akan menang. Apa jaminannnya?

WFAUZDIN NS

Bagaimana agama ditunggang demi kepuasan nafsu serakah lebai dedak..



Bagaimana agama ditunggang demi kepuasan nafsu serakah lebai dedak..

Masa dia kafirkan Umno, dia baca..
'waman lam yahkum..' 
Masa dia kahwin dengan Umno, dia baca..
'wain janahu lis salmi..'

Masa dia kawan dengan DAP, dia baca..
'wain ahadun minal musyrikin..'
Masa dia buang DAP, dia baca.. 
'la yattahizil mukminun..'

Masa dia dok guna Bang Mat kutip derma buat markas, dia baca..
'innamal mukminuna ikhwah..' 

Masa dia buang Bang Mat, dia baca hadith 
'man faaraqal jamaah qaida syibrin..'

Sama-sama dia, dia baca ayat syurga..macam syurga hak dia.. 
Depan orang lain, dia baca ayat neraka..macam dia kompom tak masuk neraka..

Orang lain buat maksiat, dia kutuk habis²an..dia buat maksiat, dia tutup dengan serban..

Jangan marah haaa...! 

- Ust Zola -

KG BHARU: JANGAN HENTAM PROJEK MENARA 90 TINGKAT, HANYA CADANGAN

TIGA ANAK NAJIB DIDAKWA LARI CUKAI RM61 JUTA

PAS SAHKAN KERJASAMA: NETIZEN HENTAM USTAZ SUKA BOHONG

JANGAN TERLALU RISAU KALAU PM KATA KHIDMAT LEBIH LAMA.



Semalam di New York, Tun Mahathir Mohamad memberitahu, beliau kini mempunyai banyak perkara untuk diselesaikan dan memerlukan paling lama tiga tahun lagi untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri.
Ini, katanya, termasuk beliau terpaksa bekerja selama 18 jam sehari.
“Saya bekerja 18 jam sehari kerana saya tidak mempunyai banyak masa.
“Saya berjanji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada lagi tiga tahun paling lama.
“Dalam tempoh tiga tahun itu, saya perlu menyelesaikan banyak perkara,” katanya lagi.
Ramai yang terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir ini kerana beliau seolah-olah sudah lupa kepada janjinya sendiri sebelum ini untuk menjadi Perdana Menteri selama hanya dua tahun saja.
Beliau kini secara terbuka menyebut memerlukan paling lama tiga tahun tahun lagi untuk duduk di kerusi Perdana Menteri bagi menyelesaikan banyak kerja-kerjanya.
Apakah banyak kerja yang mahu diselesaikan oleh Tun Mahathir sehingga beliau memerlukan paling lama tiga tahun lagi sebelum pengundurannya itu?
Apakah ia untuk memastikan Najib Razak dan Zahid Hamidi ke penjara terlebih dahulu?
Apakah ia untuk memastikan Azmin Ali benar-benar dibersihkan oleh siasatan polis berkaitan hubungan sejenisnya?
Apakah ia untuk memastikan Mukhriz benar-benar stabil dan terjamin kedudukannya setelah ketiadaannya nanti?
Apakah ia untuk memastikan kawan dan kroninya memperolehi apa yang patut terlebih dahulu?
Apa? Apa? Apa sebenarnya?
Paling lama tiga tahun lagi, jika termasuk setahun empat bulan yang sudah dilaluinya, dengan sendirinya bererti Tun Mahathir akan kekal sebagai Perdana sehingga hampir-hampir PRU15 akan datang.
Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap mengulangi janjinya akan berundur atau meletakkan jawatan sebelum PRU15 akan datang.
Jika diperhalusi, kenyataan Tun Mahathir yang menyebut “tiga tahun paling lama” itu masih lagi dikira subjektif sebenarnya.
Tiga tahun lagi paling lama bermaksud beliau tidak akan melebihi tempoh tiga tahun lagi memegang jawatan Perdana Menteri, tetapi tak mustahil tidak sampai tiga tahun.
Dua tahun sebagaimana janji asalnya masih lagi dalam lingkungan tiga tahun paling lama, begitu juga dua tahun sebulan, dua tahun enam bulan dan seumpamanya juga tidak lari daripada tempoh tersebut.
Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kenyataan Tun Mahathir itu jika dikaitkan dengan janji penyerahan jawatan kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang sudah dijanjikan.
Ia juga hanyalah rancangan dan hasrat Tun Mahathir yang mungkin berbeza dengan apa yang dirancang Tuhan, tambahan lagi usia 94 tahun beliau ketika ini adalah bonus semata-mata.
Lagi pula, selain Anwar, tiada pemimpin lain yang lebih layak dan sesuai untuk menggantikan Tun Mahathir.
Cuma, ada baiknya dalam hal ini Majlis Presiden PH tidak sekadar melopong saja mendengar kata-kata Tun Mahathir itu tanpa sebarang reaksi atau tindak balas.
Walaupun sudah berjawatan menteri, ada gaji dan elaun puluhan ribu setiap bulan dan duduk di kerusi empuk setiap hari, sikap cakna dan peka di kalangan pemimpin PH seharusnya terus kekal sepertimana sebelum ada kuasa dahulu.
Janganlah setelah ada kuasa dan kemewahan, lalu lupa kepada intipati perjuangan sebenar.
Majlis Presiden perlu duduk berbincang memperhalusi maksud sebenar kenyataan Tun Mahathir itu agar PH tidak bergolak atau berpecah dalam menghadapi PRU15 akan datang.
Jika perlu, harus ditanya dan dimuktamadkad dengan Tun Mahathir sendiri berapa lama sebenarnya beliau mahu menjadi Perdana Menteri?
Adakah dua tahun, dua tahun enam bulan, tiga tahun, tiga tahun setengah, empat tahun, empat tahun setengah atau tempoh-tempoh yang lain?
Kemudian, tempoh yang menjadi keinginan Tun Mahathir itu tentulah perlu pula dirundingkan dengan Anwar yang telah dipersetujui oleh PH sebagai bakal penggantinya.
Kalau Anwar bersetuju dengan salah satu tempoh yang diingini oleh Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri itu, maka hendaklah pula ditetapkan tarikh pengunduran dan penyerahan jawatan agar segala kekaburan serta ketidaktentuan tidak berbangkit lagi.
Itu pun – pokok pangkalnya – kalau Tun Mahathir masih benar-benar ikhlas terhadap PH, Anwar dan penyerahan kuasa yang telah dipersetujuinya 
sebelum ini. (Shahbudindotcom 28/09/2019)