Pas sahkan kerjasama: Netizen hentam ustaz suka bohong
Biarpun Pas dipenuhi ustaz dan ulama namun tidak menjamin parti berkenaan bersih dan suci daripada sifat mazmumah, suka berbohong.
Terbaharu, Timbalan Mursyidul Am Pas Ahmad Yakob mengakui dakwaan rakyat selama ini bahawa parti itu sememangnya telah lama cuba menjalin kerjasama.
Ahmad Yakob dipetik berkata, pemimpin kedua-dua parti telah pun berusaha ke arah itu sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.
Sekali gus penafian bersungguh-sungguh Pas sebelum ini terhadap dakwaan bekas pemimpinnya yang kini menubuhkan Amanah bahawa parti itu berniat membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) dengan Umno yang menyebabkan parti berpecah adalah benar.
Sekali gus penafian bersungguh-sungguh Pas sebelum ini terhadap dakwaan bekas pemimpinnya yang kini menubuhkan Amanah bahawa parti itu berniat membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) dengan Umno yang menyebabkan parti berpecah adalah benar.
“Sebelum PRU ke-14 sudah ada usaha kepimpinan untuk sama-sama buat persefahaman antara Umno dan PAS, tetapi Allah takdirkan (ia) tidak berlaku. Tetapi ia berlaku selepas PRU,” katanya dipetik Malaysiakini.
Pengesahan Pas itu menyebabkan netizen mengecam parti agama berkenaan. Seorang warganet dengan nama samaran Joe Labu Awang dalam ruangan komen laporan tersebut berkata apa yang berlaku telah menyebabkan dirinya semakin hilang rasa hormat terhadap pimpinan Pas.
“Memang jelas di sini walaupun selalu dinafikan oleh pimpinan pas bahawa kerjasama meraka sudah berjalan sekian lama.
“Sehingga terpelanting setandan pimpinan pusat dan usahasama mereka berjalan lancar.
“Sebab itu aku hilang hormat pada Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) dan pimpinan PAS….cakap bohong penuh mulut.. nafi itu nafi ini…akhirnya terserlah kebusukan mereka.
Seorang lagi warganet mempersoal semula isu RUU 355 yang dibawa Pas bagi menyerang sebuah parti gabungan dalam HARAPAN sebelum ini.
Jelasnya, RUU itu yang disokong oleh Umno ketika itu sekadar dijadikan alat politik.
“355? Tu hanya alat politik PAS je nak raih undi.
“Sekarang pun tak sebut dlm piagam. Bila nak berpisah dgn Umno nanti, PAS akan keluarkan balik, kata Umno tolak hudud, tolak Islam. Pas ni parti politik yg tunggang agama,” katanya.
Sebagai rekod, Pada 14 September lalu, PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional yang antara lain menggariskan matlamat kerjasama – atau taawun siyasi – dua parti itu yang sebelum ini lama dinafikan kewujudannya. – RF8 Media