BERGAMBAR: ANWAR DI JAMUAN DIRAJA DAN PROGRAM PELAJAR



Menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi. Semoga negara ini dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran di bawah pimpinan Baginda.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri, orang duduk dan perkahwinanImej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum
Selesai program FAMOS untuk meningkatkan kefahaman dan ulangkaji ekspres matapelajaran Matematik Tambahan khas buat pelajar sekitar Port Dickson.
Semoga semua mendapat keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan SPM akan datang.
Selamat berjaya kepada semua anak-anak PD yang akan menduduki peperiksaan SPM kelak!
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan orang ramaiImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang dudukImej mungkin mengandungi: 1 orang, dudukImej mungkin mengandungi: 3 orang, orang dudukImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalamanImej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk

SIAPA CALOM PM DAN TPM PENYATUAN UMMAH (PENYAPU)




Tujuan sebenar kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk menumbangkan PH dan seterusnya menjadi kerajaan selepas PRU akan datang bukanlah sesuatu yang rahsia.
Jika diteliti, sudah ramai pemimpin kedua-dua parti yang berkata dengan maksud sedemikian.
Misalnya, Mohd Kharuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah berkata, kerjasama UMNO dan Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen pada PRU15 akan darang.
Malah, kata beliau, jika diambil kira beberapa kerusi lain yang mempunyai margin kurang 1000 undi, jumlah kemenangan boleh meningkat sehingga 138 kerusi.
“Atas asas itulah kerjasama ini menguntungkan kedua-dua parti,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan dan Strategi Pas.
Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa pula berkata, kerjasama yang akan dimetrai melalui piagam yang akan ditandatangani pada 14 September ini adalah bertujuan membina sesuatu yang kental dan tulen untuk masa depan Malaysia.
“Sebagai dua buah parti yang telah melalui pasang surut dan suka duka politik tanah air, UMNO dan PAS akan bergabung tenaga secara jujur lagi luhur untuk membawa penyelesaian kepada aspirasi rakyat yang selama ini hampa dan mengecewakan,” ujar beliau.
Dengan kata lain, selain ingin menumbangkan PH, kerjasama UMNO dan Pas juga seolah-olah mahu menyajikan masa depan yang lebih cerah untuk rakyat dan negara selepas PRU akan datang.
Untuk itu, siapakah calon Perdana Menteri penyatuan ummah yang dirasakan mampu menjelmakan masa depan yang cemerlang untuk negara itu?
Adakah Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang kini berdepan 87 pertuduhan mahkamah berkaitan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram akan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri?
Adakah Najib Razak, Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang kini sedang berdepan kira-kira 50 pertuduhan mahkamah berkaitan skandal 1MDB dan yang menjadi penyebab BN tumbang pada PRU14 lalu, sekali lagi bakal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri?
Ataukah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan sebenarnya merupakan calon Perdana Menteri pilihan penyatuan ummah?
Mungkinkah Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO akan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, terutama jika Zahid Hamidi dan Najib didapati bersalah sebelum PRU15 dan terpaksa mendekap di penjara?
Siapa pula calon Timbalan Perdana Menteri penyatuan ummah?
Adakah Hadi Awang?
Atau Tuan Ibrahim Tuan Man?
Bolehkah UMNO dan Pas segera menamakan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pilihan mereka agar mudah rakyat membuat perbandingan serta pertimbangan? (Shahbudindotcom 10/09/2019)


PEMFITNAH BERHADAPAN LAPORAN POLIS JABATAN KERAJAAN

EKONOMI MELAYU: UBAH MENTALITI SUBSIDI JIKA MAHU BERJAYA

SEBELUM PENYATUAN UMMAH MENJADI ANCAMAN PERALIHAN KUASA HARUS DISEGERAKAN.



Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC, Kuala Lumpur.
Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yang dikatakan bertujuan menampakkan ia lebih inklusif.
Tetapi, apa pun temanya, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dijangka akan memberi saingan yang hebat kepada PH dalam PRU akan datang.
Bahkan, dalam waktu yang sama akan memberi ancaman terutama kepada Bersatu dan Amanah yang juga merupakan parti Melayu,
Oleh itu, PH tidak harus memandang ringan berkenaan kerjasama ini, terutama jika selepas perhimpunan pada 14 September nanti, UMNO dan Pas terus mengadakan siri himpunan secara berterusan untuk membangkitkan semangat rakyat sebagaimana Himpunan Bersih sebelum ini.
Jika Himpunan Bersih berjaya menumbangkan BN, tidak mustahil himpunan penyatuan ummah yang digerakkan secara berterusan serta sistematik juga mampu menumbangkan PH.
Maka, apa perancangan PH untuk membendungnya?
Apakah mereka harus berdiam diri saja menyaksikan himpunan demi himpunan dianjurkan UMNO dan Pas sehingga menjelang PRU yang bakal diadakan tahun 2023 akan datang?
Bagaimana untuk mendepani kebangkitan rakyat yang mungkin berlaku itu?
Sebenarnya ada dua perkara utama yang tidak boleh diabaikan oleh PH kalau mahu melawan kerjasama penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas itu.
Pertama, PH mesti mulai sekarang berusaha dengan lebih keras menunaikan janji-janji manifesto PRU14 yang lalu.
Janji yang ditunggu-tunggu seperti menghapuskan tol, berkaitan PTPTN dan Felda khususunya tidak boleh ditangguh-tangguh lagi untuk dilaksanakan.
Sebagaimana PH berani berjanji tentang perkara-perkara tersebut ketika mahu mendapatkan undi, mereka juga mesti berani menunaikannya setelah kuasa ada dalam tangan sekarang.
Jika tidak, terlalu sukar untuk PH mampu memenangi PRU15 akan datang.
Kedua, Tun Mahathir Mohamad juga kini tidak ada pilihan selain mesti menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang telah dijanjikan.
Melengah-lengahkan janji penyerahan jawatan hanya akan menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada PH di mana himpunan penyatuan ummah dijangka akan terus mendapat sambutan hangat berdasarkan janji yang tidak ditepati itu.
Selagi Tun Mahathir masih bersikap kabur dengan janji penyerahan jawatan kepada Anwar, selagi itu wujud tanggapan buruk bahawa jika janji kepada seorang individu pun mudah dimungkiri, apalagi janji kepada 32 juta rakyat Malaysia.
Tambahan lagi, setelah 15 bulan menjadi Perdana Menteri, ketidak-upayaan beliau memulihkan negara nampaknya semakin ketara, selain hal-hal berkaitan perniagaan anak-anaknya turut timbul semula kebelakangan ini.
Ini tentunya akan menjadikan suatu alasan yang mudah untuk himpunan penyatuan ummah terus mendapat sambutan sehinggalah isu peralihan kuasa itu dapat diselesaikan.
Sebaliknya, jika berlaku perubahan kepimpinan dengan Anwar menjadi Perdana Menteri baru menjelang Mei 2020 akan datang atau sebelum tarikh itu, nafas baru dalam negara dipercayai dapat dijelmakannya dengan segera.
Biasanya, dengan berlakunya peralihan kuasa, Perdana Menteri baru turut muncul dengan idea, program serta pendekatan baru yang segar yang lebih mampu menambat hati rakyat.
Apatah lagi, Anwar adalah merupakan pencetus kebangkitan reformasi sejak 1998 sehinggalah BN akhirnya berjaya ditumbangkan pada 2018, dalam kepalanya tentu sarat dengan idea-idea segar untuk kebaikan masa depan negara.
Dengan itu, suhu himpunan penyatuan ummah lebih mudah dapat disejukkan dan seterusnya memberi lebih harapan untuk PH mengekalkan kuasanya dalam PRU15 itu. (Shahbudindotcom 09/09/2019)