RELAKS LA AZMIN... JANGAN GELABAH




RELAKSLAH AZMIN…DI MANA SALAHNYA GESA TUN M BERUNDUR?

Kenyataan Azmin Ali menempelak
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhubung gesaannya agar Tun Mahathir Mohamad segera berundur, adalah sesuatu yang pelik dan tidak demokratik sebenarnya.
Dalam politik demokrasi dan dalam era Malaysia Baru sekarang ini, mengeluarkan pendapat dan berbeza pendirian seharusnya diraikan dengan seluas-luasnya.
Yang penting, setiap perbezaan pendapat itu mesti dijawab dengan hujah yang bernas dan meyakinkan.
Hassan ada hujahnya yany tersendiri bila menggesa Tun Mahathir berundur, maka hujah beliau mesti dijawab dengan hujah juga.
Janganlah semudah itu dikecam bila beliau mengeluarkan pendapatnya.
Sebaliknya pendirian Azmin yang mengecam Hassan itu dilihat amat pelik kerana beliau sebagai Timbalan Presiden PKR seolah-olah tidak mahu Presidennya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.
Dalam hal yang sama, apakah Azmin lupa beliau sendiri pernah menyokong saranan Pas yang mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?
Tidakkah saranan Pas itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan perjanjian yang sudah dipersetujui dalam PH?
Mengapa pula Azmi tidak mengecam saranan Pas itu, sebaliknya menyokong pula?
Apakah dalam PH sekarang hanya menyokong Perdana Menteri saja dianggap betul, walaupun ia bercanggah dengan persetujuan PH sendiri, manakala berbeza dengan Perdana Menteri suatu kesalahan?
Lagi pula, bukankah juga menggesa Perdana Menteri berundur adalah perkara biasa sejak dulu lagi?
Maka, di mana salahnya gesaan Hassan itu?
Lebih daripada itu, Tun Mahathir sendiri biasa melakukan amalan menggesa Perdana Menteri yang tidak sebulu dengannya agar berundur dan meletak jawatan.
Dengan yang demikian, relaks Azmin dan janganlah kenyataan membodek Tun Mahathir ini dilihat oleh orangramai, termasuk budak-budak sekolah sebagai tindakan untuk menyelamatkan diri daripada isu video semburit yang masih lagi dalam siasatan polis ketika ini. (Shahbudindotcom 18/08/2019)

Cabaran mentadbir dalam demokrasi masyarakat majmuk pasca-kebenaran




Pada 25 Julai, muka depan Sinchew Daily melaporkan bagaimana kononnya sukatan pelajaran darjah 4 tahun depan akan mengandungi enam muka surat pengenalan tentang tulisan jawi. Dengan demikian, DAP pun mendepani krisis terburuknya sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada bulan Mei 2018, yang juga tidak dinafikan merupakan salah satu krisisnya yang paling serius sepanjang sejarah 53 tahun penubuhan parti.

Apa yang menyusul kemudian ialah sebuah siri luahan emosi yang disemarakkan dengan begitu sedikit fakta, kebanyakannya diputar-belit. Ini sememangnya adalah sesuatu yang menyedarkan. Kita sekarang mentadbir dalam era pasca-kebenaran yang begitu mencabar, di samping tanggungjawab kepada negara untuk memperkukuh sebuah kerajaan yang berbilang-etnik dan berbilang-parti.

Saya ingin menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin akar umbi DAP di Johor. Anda semua telah mendepani begitu banya dugaan. Ketika orang ramai menyerang DAP, anda terpaksa menanganinya secara berdepan di kedai-kedai kopi kejiranan masing-masing.

Bukannya kita tidak pernah berdepan keadaan sebegini sebelum ini. Pada tahun 2014, ‘terima kasih’ kepada Sinchew Daily dan Utusan Malaysia, DAP dituduh oleh Sinchew sebagai pengecut kerana tidak berani menyatakan pendirian terhadap PAS, yang ketika itu sekutu Pakatan Rakyat, apabila PAS dan Umno berpentas tentang persoalan hudud; di pihak yang satu lagi, Utusan pula menyerang DAP kononnya bersifat antagonis terhadap Islam.

Kemudian pada tahun 2016, sekali lagi dengan isu yang digembar-gemburkan oleh Sinchew Daily, akar umbi DAP dihina apabila DAP berpadu tenaga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa yang sama, dalam lingkungan pembaca Utusan, penyokong Dr Mahathir dijadikan mainan kerana bekerjasama dengan DAP.

Ketika krisis-krisis tersebut, pemimpin DAP Johor di setiap peringkat kekal bersatu dan kita turun ke setiap satu pekan kecil di Johor dan bercakap di forum-forum kedai kopi, bagi menjelaskan kepada para penyokong tentang keputusan sukar yang mesti kita buat.

Ribut perkauman yang dicipta oleh akhbar dan media sosial memang sukar ditangani. Krisis ini misalnya, seakan telah menelan semua orang sehinggakan jika sesiapa berani menghadirkan sudut pandang berbeza, orang itu akan digelar pengkhianat kepada perjuangan kaumnya. Semuanya diwarnakan hitam putih. Selebihnya dihukum sebagai pengkhianat. 

Dalam hal ini, adalah Dr Mahathir atau Lim Kit Siang dikira sebagai petualang?
Media massa sudah bebas sepenuhnya sejak perubahan kerajaan pada tahun 2018. Kerajaan baharu tidak campur tangan dalam operasi harian, walaupun kebanyakan saluran media dimiliki oleh kroni-kroni kerajaan terdahulu.

Jadi kita kita sudah ada Fox News versi kita sendiri, di medan orang Melayu dan juga bukan-Melayu. Fox News di Amerika Syarikat memainkan peranan untuk menetapkan agenda dan sudut pandang. Pempengaruh media sosial pro-Trump dan tentera siber kemudiannya menari mengikut rentak yang ditetapkan dan membawa rentak itu ke ruang siber melalui aplikasi peer-to-peer seperti Whatsapp. Ilusi persetujuan; seperti ruang gema, justeru diwujudkan.

Dalam senario Malaysia, di medan bukan-Melayu, kerajaan Pakatan dianggap telah dikawal dengan kuku besi Dr Mahathir. Dr Mahathir dibingkai sebagai musuh utama. Semuanya berpunca daripada Dr Mahathir. Ini semua didakwa sebagai kerajaan ketuanan Melayu. Di medan orang Melayu pula, Lim Kit Siang dan Lim Guang dibingkai sebagai musuh negara paling teruk. Semua yang berlaku dalam kerajaan diarahkan oleh mereka. Kerajaan ini digambarkan sebagai kerajaan Cina atau Kristian.

Kedua-dua persepsi tersebut adalah pastinya salah. Namun dalam sebuah dunia pasca-kebenaran, persepsi-persepsi ini diperkukuhkan sebagai kebenaran sehinggakan pemimpin politik di pelbagai peringkat dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama, atau sekurang-kurangnya memberi reaksi positif. Sepanjang proses ini, negara diletakkan di ambang kehancuran.

Hakikatnya ialah, kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan gabungan. Tiada parti mempunyai kuasa mutlak. Banyak hal mesti dibawa ke peringkat Jemaah Menteri dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk kelulusan, dan memang begitulah yang sepatutnya.

Kerajaan gabungan ini tentunya sukar sekali mahu diuruskan. Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi musuh ketat selama dua puluh tahun. Dr Mahathir dan DAP pula sudah bermusuh untuk tempoh yang lebih lama. Kita semua dalam Pakatan perlu komited untuk terus memperkukuhkan gabungan dan memastikan masyarakat yang berbilang kaum ini selamat dan sejahtera.

Kita akan harus melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan situasi pasca-kebenaran ini: di mana Dr Mahathir dilabel sebagai musuh utama orang bukan-Melayu, dan Lim Kit Siang adalah musuh utama orang Melayu.

Saya menyeru anggota-anggota DAP untuk terus memperkukuhkan Pakatan Harapan. Cakap-cakap untuk meminta DAP keluar dari Pakatan hanya akan menjahanamkan segala hasil demokrasi yang telah dikecapi pada 9 Mei 2018, serta membuka ruang kepada Umno dan PAS untuk kembali memerintah.

Dalam hal krisis tulisan jawi ini, semua pihak berhak menyatakan pendapat masing-masing tentang apa yang perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan. Saya hormati hak itu.

Saya cuma ada dua permintaan. Pertama, setiap kali kita berbincang, berbincanglah berdasarkan fakta, bukan auta. Sebuah negara yang berwacana berasaskan auta, akan berdepan bencana. Kedua, apa pun pandangan seseorang, ia tidak boleh berasaskan fobia terhadap tulisan Jawi.

Kita tidak mahu kewujudan Jawi-fobia atau fobia terhadap tulisan Cina atau Tamil-fobia di Malaysia.

Ada beberapa fakta asas untuk dipertimbangkan.
Pertama sekali, Jawi bukanlah satu bahasa baharu (akhbar Cina menterjemah Jawi sebagai ‘wen’, suatu terma yang selalunya merujuk kepada sebuah bahasa, yang menyebabkan ramai ibu bapa Cina memberi reaksi terkejut selepas membaca laporan Sinchew kerana mereka menganggap anak-anak mereka akan dibebankan dengan suatu bahasa yang baharu). Jawi cumalah suatu sistem abjad, seperti ABC.

Kedua, Jawi tidak ada kena mengena dengan agama dan tidak kait mengait dengan Islamisasi. Jawi bukanlah Bahasa Arab, dan sepertimana menulis Bahasa Melayu dalam abjad Rumi tidak menjadikan sesorang cekap dalam Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa Barat, menggunakan Jawi tidak mengajar seseorang Bahasa Arab. Sudah terlalu banyak kekeliruan tentang pembelajaran Jawi kononnya membuka gerbang limpah ke arah Islamisasi.

Ketiga, mungkin Kementerian Pendidikan seharusnya bersikap lebih konsultatif, namun idea keseluruhan cadangan ini ialah untuk memperkenalkan sejarah dan menjadikan Jawi sebagai sebahagian daripada keriangan pembelajaran supaya murid-murid mengetahui tentang sistem fonetik yang digunakan sebelum Rumi. Ia dahulunya melibatkan hanya 6 muka surat, kini dikurangkan menjadi tiga sahaja.

Sebagai penutup, marilah kita kekal bersatu sebagai sebuah pasukan yang kuat. Kita di DAP Johor telah melalui pelbagai rintangan sebelum 2018.

Ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya tahu bagaimana anda semua telah menderita sejak beberapa minggu lalu ketika krisis ini bermula, malah sejak mula menyesuaikan diri menjadi kerajaan
.
Hakikatnya, kita sedang mentadbir dalam sebuah persekitaran pasca-kebenaran, dan kita yang percayakan impian Malaysia harus lebih ke depan bagi memastikan tiada konfrontasi kaum berlaku. Mandat yang telah diberikan kepada kita ialah untuk mentadbir dalam sebuah kerajaan gabungan bagi menjamin demokrasi untuk seluruh rakyat Malaysia dari segenap latar dan lapis masyarakat. 

*Ucapan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pada 11 Ogos 2019 ketika bertemu pemimpin dan anggota akar umbi DAP di Stulang, Pekan Nanas, Kulai dan Simpang Renggam


MUNAFIK USIR ZAKIR NAIK’, MENGARUT – HANIPA MAIDIN

PH BERBEZA PENDAPAT, KEPUTUSAN TETAP SAMA – MARZUKI

MAIN ISU AGAMA, PERKAUMAN, LAPOR KEPADA SKMM!

SURAT DARI MAJOR BUAT PM



Mejer Zaidi setuju dgn artikel ini

SAYA ALIH BAHASA DAN UBAH SEDIKIT DARI TULISAN SEORANG VETERAN ANGKATAN TENTERA NEGARA .

Sila ambil perhatian wahai rakan2 Veteran ATM  dan sahabat Pesara awam ku sekalian.

Tolong baca dan majukan kepada rakan2 kita yang lain secepat mungkin....

Rayuan kepada PM Malaysia dari Veteran2 ATM Dan Pesara2 awam.

Semua rakyat Malaysia akan pasti menyokong Rayuan ini.

Salam DS PM,

Lakukan perubahan ini dan saya Pasti negara akan ikhtiraf kepimpinan DS.

Pencen seumur hidup yang di berikan kepada ahli politik yang hanya menjalankan tugas sepenggal di Parliament atau DUN adalah satu ketidakadilan yang amat ketara jika di bandingkan dengan Anggota Tentera dan kakitangan awam kerajaan yang telah berkhidmat tidak kurang dari 20 tahun perkhidmatan. Ini adalah satu perbendaharaan yang amat hina kepada kakitangan kerajaan.

Tidak ada seorang pun yang boleh beri penerangan atau menyangkal kenapa anak2 muda mudi yang telah berkhidmat di dalam Tentera Dan Polis selama 20 tahun atau lebih, risikokan diri mereka semata2 untuk memberi kebebasan dan kemerdekaan kepada rakyat tetapi hanya mendapat 50%  gaji pokok terakhir mereka apabila bersara dan pegawai tentera tauliah jangka pendek dan anggota Lain lain pangkat ATM yang berkhidmat antara 10 ke 20 tahun TIDAK DAPAT PENCEN Langsong. Mereka juga telah merisikokan nyawa mereka. Mereka di ibaratkan sebagai hampas oleh kerajaan.

TETAPI MP dan ADUN yang hanya berkerja di tempat yang selesa dan selamat dan yang dikawal oleh anggota Tentera dan Polis yang sama dapat pencen penuh selepas berkhidmat 5 tahun sahaja. ADAKAH INI MASUK AKAL???

DS PM, UBAHLAH PERATURAN INI DAN NEGARA AKAN MENGHARAGAI DS SAMPAI BILA2....

Hapuskan pencen seumur hidup ahli2 politik Yang jadi MP Dan ADUN.

Samalah seperti DS memotivasikan rakyat biasa untuk melepaskan subsidi kerajaan, motivasikanlah MP dan ADUN untuk melepaskan imbuhan2 dan subsidi2 yang keterlaluan yang tak sepatutnya diberi pada mereka termasuk pencen.

Kami harap ianya bermula dari DS PM sendiri... DS adalah seorang pakar motivasi yang hebat...

Terima kasih saya ucapkan jika DS setuju dengan Pendapat saya ini.

~ Yang Ikhlas~

Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)

_[ Jika sesiapa membaca Surat ini, forward Kan pada 20 orang, dalam masa 3 Hari, pasti ramai yang akan dapat perutusan ini Dan ianya boleh menjadi Satu kempen di peringkat nasional.

Jika anda pilih tidak mahu sebarkan nya, anda masih juga telah membuat satu pilihan. Wira wira Tentera Yang berani ini telah memberi anda "kebebasan" itu di mana mereka telah meletakkan nyawa mereka untuk anda mampu membuat pilihan itu...!]

.........................................