RELAKSLAH AZMIN…DI MANA SALAHNYA GESA TUN M BERUNDUR?
Kenyataan Azmin Ali menempelak
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhubung gesaannya agar Tun Mahathir Mohamad segera berundur, adalah sesuatu yang pelik dan tidak demokratik sebenarnya.
Dalam politik demokrasi dan dalam era Malaysia Baru sekarang ini, mengeluarkan pendapat dan berbeza pendirian seharusnya diraikan dengan seluas-luasnya.
Yang penting, setiap perbezaan pendapat itu mesti dijawab dengan hujah yang bernas dan meyakinkan.
Hassan ada hujahnya yany tersendiri bila menggesa Tun Mahathir berundur, maka hujah beliau mesti dijawab dengan hujah juga.
Janganlah semudah itu dikecam bila beliau mengeluarkan pendapatnya.
Sebaliknya pendirian Azmin yang mengecam Hassan itu dilihat amat pelik kerana beliau sebagai Timbalan Presiden PKR seolah-olah tidak mahu Presidennya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.
Dalam hal yang sama, apakah Azmin lupa beliau sendiri pernah menyokong saranan Pas yang mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?
Tidakkah saranan Pas itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan perjanjian yang sudah dipersetujui dalam PH?
Mengapa pula Azmi tidak mengecam saranan Pas itu, sebaliknya menyokong pula?
Apakah dalam PH sekarang hanya menyokong Perdana Menteri saja dianggap betul, walaupun ia bercanggah dengan persetujuan PH sendiri, manakala berbeza dengan Perdana Menteri suatu kesalahan?
Lagi pula, bukankah juga menggesa Perdana Menteri berundur adalah perkara biasa sejak dulu lagi?
Maka, di mana salahnya gesaan Hassan itu?
Lebih daripada itu, Tun Mahathir sendiri biasa melakukan amalan menggesa Perdana Menteri yang tidak sebulu dengannya agar berundur dan meletak jawatan.
Dengan yang demikian, relaks Azmin dan janganlah kenyataan membodek Tun Mahathir ini dilihat oleh orangramai, termasuk budak-budak sekolah sebagai tindakan untuk menyelamatkan diri daripada isu video semburit yang masih lagi dalam siasatan polis ketika ini. (Shahbudindotcom 18/08/2019)