DI SEBALIK DALANG PEMBIKINAN DAN PENYEBARAN, RAKYAT LEBIH INGIN TAHU KETULENAN SERTA PELAKU VIDEO HAZIQ





Pihak polis dilaporkan telah mengenalpasti dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, siasatan mendapati wujud konspirasi tertentu dalam pembikinan video itu yang bertujuan untuk menjatuhkan seseorang.
“Siasatan kes ini tertumpu kepada dua aspek iaitu kami menyiasat mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu dan mereka yang menyebarkan video berkenaan.
“Dalam kes ini, kami mengesan terdapat konspirasi dan pakatan pihak tertentu dalam pembikinan dan penyebaran video seks berkenaan,” katanya sebagaimana dilaporkan media.
Setelah lebih sebulan isu video ini menjadi bualan masyarakat dan setelah salah seorang yang menjadi pelakunya, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau adalah lelaki dalam tayangan itu dan pasangannya adalah Azmin, pihak polis akhirnya mula memberi bayangan bahawa siasatan mereka sudah menampakkan perkembangannya.
Berdasarkan kenyataan Abdul Hamid, jelas bahawa siasatan polis ialah untuk mengesan dalang di sebalik pembikinan dan mereka menyebarkan video tersebut.
Apa maksud dalang di sebalik pembikinan video itu?
Adakah ia bermaksud mereka yang merakam dan memasang kamera sehingga kejadian itu dapat dirakam atau mereka yang mengedit dan memotong-motong video berkenaan untuk diviralkan di media sosial?
Jika itu yang disiasat, adakah ini bermakna video itu adalah tulen dan asli?
Kenapa dalam hal ini pihak polis tidak mengumumkan siasatan berkenaan sama ada video itu tulen atau sebaliknya?
Adakah dengan dalang di sebalik pembikinan yang disiasat ia bermaksud pelaku dalam video berkenaan adalah benar-benar seperti yang didakwa oleh Haziq?
Sslain itu, pihak polis juga dilaporkan sedang menyiasat mereka yang mengedarkan video itu yang didakwa bertujuan untuk menjatuhkan seseorang.
Isu yang lebih penting di sini sebenarnya ialah bukan tentang penyebaran video itu, tetapi siapakah dua pelakunya yang sebenar?
Kalau yang menyebarkannya disiasat, ditahan dan didakwa di mahkamah, bagaimana dengan pelaku-pelaku yang melakukan hubungan seks sejenis itu yang juga merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang?
Adakah mereka tidak dianggap bersalah atau kesalahannya dinilai lebih kecil berbanding mereka yang menyebarkannya?
Meskipun semua pihak mengalu-alukan hasil siasatan pihak polis, namun di samping dua aspek siasatan yang disebut oleh Abdul Hamid iaitu dalang di sebalik pembikinan dan mereka yang menyebarkannya, rakyat secara umumnya lebih ingin tahu tentang ketulenan dan pelaku-pelaku sebenar dalam tayangan video itu.
Harap-harap pihak polis tidak lupa memberitahu kepada rakyat apa yang benar mengenai perkara tersebut. (Shahbudindotcom 14/07/2019)

BERGAMBAR: ANWAR JUMPA NELAYAN ISU TAMBAK 3 PULAU

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramai

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, pokok dan luaran

Hari ini saya turun ke Pulau Pinang bagi mendengar rintihan golongan nelayan yang membantah projek raksasa tambakan laut di negeri itu.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai
Seperti yang saya sampaikan kepada Tun Dr Mahathir dalam pertemuan semalam,(jumaat) isu ini memberikan dampak yang besar terhadap kelestarian alam sekitar dan kehidupan mereka maka penyelesaian segera harus direncana sesegera mungkin.

Alhamdulillah dalam perbincangan sebentar tadi beberapa perkara dapat dicapai dan saya akan membawakan perkara ini kepada pimpinan utama kerajaan.


‘Pengambilalihan 4 lebuh raya bertol untungkan rakyat, itu pun Najib tak faham?’


Pada zaman Barisan Nasional, pihak konsesi tol untung besar manakala dengan cadangan pengambilalihan 4 lebuhraya bertol oleh kerajaan Pakatan Harapan, pihak kerajaan, pembayar cukai dan pengguna lebuhraya yang beruntung

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan di dalam Parlimen bahawa pengambilalihan 4 lebuh raya bertol – LDP, SPRINT, SMART dan KESAS akan memberikan manfaat besar kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Pihak Kerajaan dan pembayar cukai akan jimat lebih daripada RM5.3 bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol.  Pihak pengguna lebuh raya pula akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun atau lebih kurang RM2 bilion sepanjang hayat konsesi tol.

Tambahan lagi, model pengambilalihan ini tidak akan melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan kerana kos pengambilalihan sebanyak RM6.2 bilion serta kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar tol sekarang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba mempertikaikan jawapan Menteri Kewangan dengan hujah dalam Facebook bahawa ‘rakyat yang tanggung penuh bayaran balik hutang serta faedah kos RM6.2 bilion untuk beli 4 tol itu.  Kerajaan tak bayar satu sen pun.’

Nampaknya, Datuk Seri Najib sudah hilang keupayaan untuk mengira.  

Takkan Datuk Seri Najib tak tahu bahawa sekiranya konsesi lebuh raya ini tidak diambil alih oleh pihak kerajaan, pengguna lebuh raya akan tetap membayar kutipan tol yang lebih tinggi kepada pihak konsesi yang membolehkan syarikat lebuhraya ini terus menikmati keuntungan yang besar?

Tambahan pula, kerajaan masih perlu membayar sekurang-kurangnya RM5.3 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol semasa sehingga akhir hayat konsesi. Jumlah ini juga akan menyumbang kepada keuntungan besar syarikat konsesi.

Sebaliknya, dengan cadangan pengambilalihan kerajaan Pakatan Harapan, walaupun pengguna membayar caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar semasa, kutipannya adalah sudah mencukupi untuk membiayai kos pengambilalihan.

Datuk Seri Najib juga cuba mengelirukan rakyat dengan kata bahawa “caj tol, yang dijenamakan semula menjadi caj kesesakan, terus dikutip selepas konsesi tamat.  Maksudnya plaza tol tak akan roboh. Kekal di sana untuk selama-lamanya.”

Untuk makluman rakyat Malaysia, apabila kerajaan BN dulu ‘merobohkan’ plaza tol, beliau telah meluluskan bayaran pampasan berbilion-bilion ringgit kepada pihak konsesi lebuh raya. Ini bermaksud hanya keuntungan pihak konsesi diutamakan. Yang rugi adalah pihak pembayar cukai yang terpaksa menanggung pampasan yang begitu tinggi. Itulah antara sebabnya kerajaan BN perlu menyeksa rakyat dengan kutipan cukai GST yang begitu tinggi, untuk menampung kos operasi kerajaan yang melampau.

Jika pampasan tidak dibayar pun, tempoh konsesi lebuh raya dilanjutkan berpuluh-puluh tahun, seperti lebuh raya PLUS dari tahun 2018 sehingga 2038 supaya pihak pengguna lebuh raya akan terus membayar tol kepada pihak syarikat konsesi.

Di bawah cadangan yang baru, selepas tempoh konsesi lebuh raya asal tamat, caj kesesakan akan dikurangkan sekali lagi dengan signifikan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya. Caj ini tidak akan mengandungi sebarang unsur keuntungan. Sekiranya caj kesesakan tidak dikutip, kos tersebut masih perlu ditanggung oleh pihak kerajaan dan pembayar cukai secara amnya.

Semasa kerajaan Barisan Nasional berkuasa, terutamanya semasa pentadbiran Datuk Seri Najib, beliau telah berkali-kali menegaskan bahawa ‘kerajaan tidak mampu mengambil alih lebuh raya’, ‘kerajaan akan mengalami kerugian besar’, ‘kadar tol tidak boleh dikurangkan’ dan ‘kos pengambilalihan adalah berpuluh-puluh atau beratus-ratus bilion ringgit’.

Tapi sekarang, kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan secara jelas bahawa kerajaan mampu mengambil alih lebuh raya bertol dengan tawaran RM6.2 bilion ini; kerajaan tidak akan mengalami sebarang kerugian, malah akan menerima penjimatan melebihi RM5.3 bilion; dan kadar tol atau caj kesesakan dapat dikurangkan dengan signifikan.

Dengan jelas, kerajaan Barisan Nasional dulu hanya mementingkan keuntungan konsesi lebuh raya swasta, manakala kerajaan Pakatan Harapan mementingkan kepentingan rakyat dan pembayar cukai.

Usaha pengambilalihan ini merupakan langkah pertama merealisasikan janji Pakatan Harapan untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat. Sehingga kedudukan kewangan negara membaik pulih pada masa depan, kerajaan akan terus meneroka cara penyelesaian untuk meringankan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.

*Kenyataan media oleh Ahli Parlimen Damansara dan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua. 

PROGRAM DISKUSI ANWAR PM 8


Imej mungkin mengandungi: 5 orang, termasuk Keeta Lawwan, orang senyum, teks









PEMAKLUMAN:




PROGRAM DISKUSI BUKU “ANWAR PM KE-8 JANJI SERAH KUASA YANG MESTI DITEPATI”

Tarikh: 17 Julai 2019 (Rabu)

Masa: 3.00 Petang

Tempat: Menate Steak Hub, Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam.

Pakaian: Kemas

Ahli Panel:

1. Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Naib Canselor Universiti Selangor atau UNISEL yang juga CEO Institut Darul Ehsan atau IDE.

2. Datuk A Kadir Jasin, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri.

3. Datuk Seri Akhbar Satar, bekas Presiden Transparency  International Malaysia atau TI-M.

Jumlah peserta kira-kira 200 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Daripada - Shahbudin Husin.

Lupakah Haji Hadi akan ikrar perangi rasuah, kezaliman?


Berguling pemimpin komunis seperti Lenin, Stalin, Mao Zedong, Kim Il-Sung, dan Fidel Castro di dalam kubur mereka membaca kenyataaan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang menyamakan mereka dengan sosialis seperti Jawaharlel Nehru (India), Nelson Mandela (Afrika Selatan), Clement Attlee dan Harold Wilson (UK), Willy Brandt (German Barat), Olof Palme (Sweden), Robert Hawke (Australia), dan Norman Kirk (New Zealand). 

Takkanlah Presiden PAS sebegitu jahil sekali sehingga tidak dapat membezakan dua kumpulan pemimpin yang berbeza ini sehingga boleh menuduh yang pengisytiharan harta itu adalah satu konsep komunis dan sosialis yang dirancang oleh DAP. 

Seperti yang telah dikatakan oleh Presiden DAPSY Saudara Howard Lee; Mesir, Maghribi, Palestin, Yaman, dan Libya semuanya adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan pada masa yang sama mempunyai peruntukan yang mewajibkan pengisytiharan harta. Adakah negara-negara ini komunis ataupun sosialis?

Saya yakin Hadi tidak akan mengatakan yang negara-negara ini juga telah dipengaruhi DAP ataupun kini bukan lagi sebuah negara Islam kerana telah menjadi sebuah negara komunis ataupun sosialis — jelaslah ini menjadi bukti kecuaian Hadi terhadap kebenaran sesuatu fakta yang menjadi ciri utama kepimpinan Hadi dalam PAS dan pakatan PAS-UMNO/BN. 

Kecuaian dalam terhadap fakta dan prinsip dalam kalangan pimpinan PAS telah mencapai satu tahap yang sangat teruk sehingga anak Arwah Tok Guru Nik Aziz sendiri berani mengatakan yang kleptokrat tersohor Datuk Seri Najib Razak lebih popular di kalangan rakyat berbanding dengan arwah ayahnya yang merupakan bekas Mursyidul Am PAS. 

Pemimpin PKR Anwar Ibrahim juga telah menyekolahkan Hadi apabila beliau menjelaskan yang Umar Abdul Aziz juga telah mengiytiharkan harta beliau dan seluruh ahli keluarganya sesudah menjadi khalifah Umayyad yang ke-lapan demi memastikan ketelusan. 

Ini merupakan contoh ke-tiga kecuaian Hadi dalam mencari kebenaran yang dikaburi dengan obsesi beliau untuk mencari kesalahan dan memburuk-burukkan DAP — semuanya kerana DAP menolak pencalonan Hadi sebagai bakal PM Pakatan Rakyat untuk PRU13 pada bulan Mei 2013. 

Saya boleh berikan contoh ke-empat kecuaian Hadi. Semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan pada bulan Mei 2014, Hadi berkata DAP telah mempertahankan PAS pada tahun 1978 apabila kerajaan Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional yang menyebabkan kekecohan dalam negeri tersebut. 

Beliau berkata, BN yang berkerjasama dengan PAS ketika itu, tidak berbuat apa-apa langsung untuk membantu mereka. 

Hadi telah berkata: “Hanya DAP yang membantu kami ketika itu dan kami berterima kasih kepada mereka untuk itu.

“Walaupun terdapat perbezaan di antara kita berkenaan dengan perkara-perkara seperti alkohol, khinzir, hudud, dan isu halal, kita juga mempunyai persamaan, untuk bersama menentang rasuah, kezaliman, dan untuk berjuang demi keadilan untuk semua rakyat.”

Tetapi, Hadi kini sudah berubah. 

Beliau sudah lupa mengenai kepentingan untuk melawan rasuah, kezaliman, dan perjuangan demi keadilan untuk semua. Kini beliau menjadi jaguh kerjasama PAS-UMNO, yang kini diketuai oleh Datuk Seri Zahid Hamidi — yang mencipta sejarah dalam sistem kehakiman negara dengan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah — dan kerjasama PAS dengan Barisan Nasional yang baru sahaja melantik seorang kleptokrat tersohor sebagai Pengerusi Badan Penasihat mereka!

MAHKAMAH TINGGI BENAR HUKUMAN PENJARA WAN JI DITANGGUH