AMWAR DI MAJLIS DR MAZLEE



Menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Pendidikan YB Maszlee Malik di Putrajaya, ditemani isteri beliau Dr Hamidah Mat. Beliau adalah kenalan dan sahabat lama dalam gerakan Islam, dari JIM kemudian IKRAM.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran

Penyatuan Pas, UMNO semakin kuat – penganalisis By Mohd Zaini Samsu Hadi -

Image result for umno pas






  

KUALA LUMPUR – Pembaharuan politik Pas di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengubah landskap politik parti itu daripada ‘Juara Kampung’ kepada diterima masyarakat bandar.

Penganalisis Politik, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, strategi budaya politik matang (BPMS) dan sejahtera yang digunakan sewaktu krisis 2015 sehingga terkeluarnya sebahagian kecil pemimpin dari Pas akhirnya telah membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).
Katanya, walaupun Pas dilihat sebagai parti pembangkang sejak 1951, senario kekuatan dan pengaruh tidak dapat dinafikan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak Utara.
“Kini hampir 60 peratus keahlian Pas adalah anak- anak muda yang berpelajaran dan celik media sosial.
“Malahan, strategi BPMS dan usaha diplomasi politik Abdul Hadi berjaya merapatkan saf bersama UUMNO. Sesuatu yang diluar jangkauan ahli-ahli Pas dan UMONO sebelum 2008.
“Abdul Hadi perlu dinilai positif kepimpinannya berbanding krisis amanat yang dikeluarkan beliau pada 1980an.
“Sebagai penganalisis politik saya melihat Abdul Hadi lebih berkredibiliti memimpin gabungan Pas dan UMNO. Ini disebabkan pengalaman beliau belajar daripada kesilapan terdahulu dan bersikap terbuka dalam memperhebatkan Pas pasca PRU13 berjaya meletakkan Pas sebagai organisasi yang berdaya saing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Iskandar Hasan yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan menegaskan, elemen ketidakintegritian dan kekuatan semangat wala’ dalam kalangan ahli merupakan kekuatan dalamannya.
Katanya, kekuatan luaran Pas adalah kepimpinan beliau (Abdul Hadi) meletakkan kepentingan perjuangan akar umbi yang ingin perubahan daripada kepentingan agenda dirinya.
Ujarnya, ia adalah sesuatu yang sukar dicari tetapi tidak mudah dilaksanakan.
“Kebanyakan pemimpin parti akan meletakkan agenda kepentingan diri dan mengajar ketaatan dan ketaksuban kepada kepimpinannya.
“Tetapi tidak pada Datuk Seri Abdul Hadi. Ketaatan kepada parti amat penting. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tetapi kelangsungan dan kekuatan parti tidak boleh diganti.
“Maka Pas sebenarnya adalah satu-satunya parti yang masih mampu bertahan dengan prinsip tersebut.
“Banyak parti politik sudah terkubur apabila pemimpin telah melanggari prinsip tersebut. Ini boleh dibuktikan kemenangan Pas di Terengganu telah meletakkan golongan anak muda dan profesional menjadi Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Abdul Hadi sendiri,” ujarnya.
Tambah beliau, sikap sebegini boleh dilihat sekiraya Pas dan UMNO berjaya menawan Putrajaya nanti.
“Apa yang pasti penyatuan Pas dan UMNO adalah penyatuan ummah yang semakin hari semakin kuat.
“Cuma gerakan strategi amat penting dalam penyatuan tersebut agar negara ini berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Melayu Islam di rantau ini,” katanya. MG

BERGAMBAR : ANWAR HADIR DI BEBERAPA MAJLIS AIDILFITRI DITANJUNG SEPAT DAN RAWANG

Di Majlis Silaturahmi Aidilfitri anjuran DUN Tanjung Sepat di Dewan Kebudayaan Pantai Batu Laut. Majlis cukup meriah yang masih dalam suasana Aidilfitri.


Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, makanan dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran


Tadi (SEMALAM)i hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rawang. Alhamdulillah.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 17 orang, orang senyum, makanan dan dalaman

AKIBAT SUKA CURI DUIT...DAP JUGA KAH YANG CURI ?


Aku ada sembang dengan soqang mamat ni.Marah betoi dia pada bangsa cina ni.Kononnya rampas itu ini. Gamaknya dia tak tahu kot di Malaysia ni golongan pemodal bebas berniaga jika ada modal. Kalau dia fikirlah dia punya banyak modal, aku rasa sahih dia lagi rakus.

Dok kutuk Cina Dap siang malam. Bila keluar senarai, memang ada Cina yang rembat duit 1MDB, tapi Cina MCA. Paling banyak Melayu Umno. Itu baru melalui SRC. Lain-lain sumber belum tahu...jadi janganlah  yang berkenaan tu jangan cepat sangat buat kenduri doa selamat ...erkkkkk



Imej mungkin mengandungi: teks

Saman perlucuthak, mungkinkah UMNO diisytihar bankrap?

 
Image result for Mohd Khairul Azam Abdul Aziz naib  presiden parti putra
KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan memantau secara rapat segala prosiding mahkamah berkaitan saman perlucuthak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 41 individu, kumpulan dan entiti yang dipercayai menerima sumber kewangan dari 1MDB.
Naib Presidennya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, parti itu juga akan terus lantang menegur jika ada kelihatan sebarang elemen penindasan tidak wajar pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap musuh politiknya.
Kata beliau, jika keseluruhan wang berjumlah RM270 juta itu dikatakan wang rakyat yang diselewengkan oleh kerajaan terdahulu, Putra merizabkan pujian terhadap kerajaan hari ini tertakluk kepada keputusan mahkamah.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Undang-undang Putra menjelaskan, berdasarkan kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, saman pemula telah difailkan terhadap individu, kumpulan dan entiti terbabit untuk melucuthak wang berkenaan.
“Mereka ini didakwa menerima wang berkenaan daripada sumber akaun AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipercayai SPRM daripada sumber 1MDB yang dianggap “wang haram” oleh kerajaan Malaysia.
“Menurut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA), hanya “syak yang munasabah” oleh pendakwa raya adalah memadai untuk memfailkan saman perlucuthak ini.
“Ini bermakna pendakwa raya tidak perlu membuktikan wang itu adalah wang haram sebelum memfailkan tindakan ini sehinggalah ianya dinafikan oleh pihak yang disaman bahawa wang itu diperolehi secara sah mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Semalam, Latheefa dilaporkan berkata, SPRM berjaya memfailkan permohonan melucuthak di bawah Seksyen 56 Akta AMLA 2001 terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna.
Kata beliau, permohonan yang difailkan dua hari lalu itu bagi mendapatkan semula wang berjumlah lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Mohd Khairul Azam yang juga seorang peguam, disebabkan permohonan yang dibuat SPRM itu bukan permohonan jenayah, tidak wujud istilah beban pembuktian kepada pihak yang menuntut.
“Melainkan kedua pihak hendaklah mengemukakan keterangan afidavit masing-masing berkaitan wang berkenaan untuk pertimbangan mahkamah sama ada wang itu boleh dirampas oleh kerajaan atau tidak.
“Masalah yang mungkin timbul adalah wang itu telah habis digunakan oleh kesemua 41 individu dan entiti berkenaan.
“Jadi, jika mahkamah mengarahkan untuk wang itu dikembalikan kepada kerajaan, dalam keadaan semua individu, kumpulan dan entiti berkaitan tidak mampu memulangkan jumlah wang yang mahu dirampas, semua mereka berisiko untuk dibankrapkan, dibatalkan pendaftaran dan digulungkan,” ujarnya.
Sehubungan itu katanya, Putra melihat terdapat asas undang-undang yang baik untuk kedua-dua pihak, sama ada yang menuntut atau yang dituntut untuk berjaya dalam kes itu dan terserah kepada peguam masing-masing untuk menjaga kepentingan undang-undang anak guam.
Putra tegas beliau, menentang sebarang penyelewengan oleh pihak kerajaan tidak kira kerajaan Barisan Nasional (BN) atau PH.
“Sekiranya terbukti di mahkamah nanti bahawa wang dari sumber 1MDB berkenaan adalah milik negara yang diselewengkan oleh kerajaan terdahulu, Putra menyokong penuh tindakan kerajaan sekarang untuk mendapatkan semula wang milik rakyat.
“Pada masa sama, Putra mengutuk sebarang penyalahgunaan Akta AMLA oleh pihak kerajaan jika ianya digunakan semata-mata untuk tujuan menyeksa dengan cara membekukan akaun bank musuh politik kerajaan atau dijadikan alasan nanti untuk membankrapkan, mengharamkan penubuhan atau menggulung syarikat yang mungkin menerima wang berkenaan secara bona fide daripada sumber.
“Sama ada Akta AMLA ini disalah guna atau tidak, keputusan kes saman sivil SPRM ini nanti akan mendedahkan semuanya,” katanya.
Beliau juga mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas segera mendakwa mana-mana pihak berkaitan isu 1MDB yang sehingga kini tiada suatu pendakwaan pun dibuat walaupun telah lebih satu tahun kerajaan PH memerintah.
Kegagalan kerajaan segera mengheret penjenayah 1MDB ke muka pengadilan hanya menyebabkan pihak lain menjadi mangsa keadaan, sedangkan penjenayah yang dikaitkan dengan skandal itu belum didakwa.

“Selagi belum disabitkan bersalah oleh mahkamah, maka belum terbukti wang 1MDB itu adalah wang dari sumber haram,” ujarnya. 

Dr Maszlee: Nie Ching tidak campur tangan urusan Pendidikan Islam



Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan Teo Nie Ching berhubung tuduhan kononnya timbalannya itu mencampuri urusan mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan.

Menurutnya, Nie Ching hanya berkongsi maklumat di Facebook miliknya mengenai inisiatif yang dilaksanakan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) berhubung cadangan penambahbaikan mata pelajaran tersebut di sekolah.

“Kaji selidik tersebut dikeluarkan di laman web Kementerian Pendidikan, kemudian Nie Ching kongsikan maklumat tersebut di media sosial beliau.

“Ada orang tangkap layar dari media sosial beliau dan timbulkan isu bahawa timbalan menteri mahu campur tangan isu Pendidikan Islam, itu tidak benar dan tidak timbul isu campur tangan,” katanya seperti dipetik media, hari ini.

Dalam penjelasannya, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata beliau berkongsi kaji selidik berkenaan bagi mempromosi inisiatif yang diperkenalkan MPPK di laman sosialnya, namun kesal niat baiknya itu telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak.


Tok Mad sedia serah tugas kepada Zahid

 
Image result for tok mat hassan
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau tidak ada masalah untuk menyerahkan semula tugas presiden yang diamanahkan kepadanya jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hendak kembali mengetuai parti.
Katanya, sejak presiden itu mengambil keputusan berehat pada Disember tahun lalu, beliau telah menjalankan tugas mengikut matlamat parti dengan dibantu tiga Naib Presiden.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, sekiranya Ahmad Zahid hendak menamatkan cutinya dan memegang semula jawatan presiden, beliau tidak ada sekatan untuk itu.
“Setakat ini saya tidak menerima apa-apa makluman dari presiden termasuk khabar angin kononnya Ahmad Zahid akan meletakkan jawatan.
“Tidak timbul soal dia mahu letak jawatan atau apa.. dan tidak ada arahan untuk saya terus menjalankan tugas-tugas presiden.
“Sayakan sepenuhnya kepada presiden. Kalau dia mahu (tugas presiden) esok pun, saya akan serahkan. Tidak ada masalah,” katanya kepada media pada Muktamar Tahunan Pas ke-65 di Kuantan, hari ini.
Mengenai cadangan pindaan Perlembagaan UMNO, Mohamad berkata, pindaan itu tidak melibatkan usaha atau hasrat hendak menyingkirkan mana-mana pemimpin, terutama yang berdepan dengan pendakwaan di mahkamah.
Katanya, tujuan cadangan pindaan itu adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran iaitu memberi ruang kepada ahli baharu menyertai UMNO.
“Jika ada cadangan pindaan hendak menyingkirkan pemimpin yang didakwa di mahkamah, ia hanya cukup dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Semalam, Ahli MT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan mendakwa, Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berniat tidak baik dengan mengemukakan cadangan fasal baharu dalam Perlembagaan UMNO bagi memastikan sesiapa yang bersalah di bawah pertuduhan rasuah atau jenayah kehilangan keahlian setelah merayu di peringkat tertinggi.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, MT UMNO akan mencadangkan satu usul bagi meminda beberapa fasal perlembagaan parti itu.
Pindaan yang bertujuan memperkemaskan lagi UMNO sesuai dengan tuntutan semasa itu akan dilakukan melalui Perhimpunan Agung Khas yang akan diadakan pada November ini.

Bagaimanapun, katanya, proses itu masih di peringkat awal iaitu mengutip pandangan dan syor akar umbi dan sayap sayap parti oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh salah seorang Naib Presiden parti. 

‘Usul undi tidak percaya’ hanya imaginasi karut laskar siber musuh – Kit Siang


Laskar siber upahan pembangkang semakin giat menyebarkan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan pelbagai tuduhan palsu dan tohmahan berniat jahat.

Terbaharu, mereka mendakwa kononnya akan muncul usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang Parlimen Julai depan.

Menyifatkan ia sebagai “imaginasi karut laskar siber dan pengkomplot jahat”, Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata perkara berkenaan tidak akan berlaku.

“Kebenaran akan terserlah bulan depan, usul undi tidak percaya terhadap Mahathir di Parlimen hanyalah rekaan imaginasi karut laskar siber dan pengkomplot jahat,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang dalam pada itu berkata kerajaan Pakatan Harapan mengalami minggu paling buruk sejak menjadi kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Pun begitu, katanya terdapat berita baik yang wajar diperkatakan, antaranya peningkatan kedudukan lima universiti awam dalam senarai terkini Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020 (WUR2020).

“Tidak dinafikan, apa yang lebih penting daripada kedudukan (ranking) adalah kemampuan kita untuk menghasilkan para graduan yang menyumbang kepada masyarakat, mengambil berat tentang perpaduan nasional, persekitaran, dan bertimbang rasa kepada orang lain serta mempunyai kesungguhan untuk mentrasformasikan Malaysia menjadi sebuah negara terulung di dunia,” katanya.

Universiti Malaya (UM), universiti tertua di Malaysia disenaraikan antara 70 universiti terbaik di dunia, berbanding tempat ke-87 pada tahun lalu.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mencapai peningkatan tertinggi dengan melonjak 43 tempat, menjadikan kedudukan terkini di tempat ke-159, berbanding 202 sebelum ini.

Tiga lagi UA menunjukkan peningkatan baik ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat ke-160: Universiti Sains Malaysia (USM) ke-165 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-217.

Selain tentang kedudukan universiti awam yang membanggakan, Kit Siang turut mengalu-alukan pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pasukan petugas khas untuk menyiasat mengenai kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo akan diumumkan minggu depan.

Muhyiddin dilapor media sebagai berkata, pasukan pasukan petugas khas yang dilantik itu akan diberi mandat selama enam bulan untuk membuat siasatan dan selepas itu membentangkan dapatannya kepada Jemaah Menteri. 

SEKALI LAGI JANJI SERAH KUASA DIULANGI….


Tun Mahathir Mohamad sekali lagi, kali ini di Bangkok, mengulangi janjinya akan tetap menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Anwar Ibrahim.
Rasanya setakat ini, tak kira di dalam dan di luar negara, sudah hampir 15 kali beliau mengulangi janji yang sama.
Walaupun masih tidak menetapkan tarikh berhubung peralihan kuasa itu, Tun Mahathir menegaskan, beliau akan tetap berpegang teguh kepada janji itu.
Bagaimanapun, seperti meminta difahami bahawa tugasnya masih belum selesai, Perdana Menteri berkata, beliau mahu mengurangkan masalah beban hutang negara terlebih dahulu.
“Yang pastinya saya tidak akan berlalu meninggalkan (kepemimpinan) negara ini dalam keadaan berantakan seperti yang dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini.
“Jadi, saya sedang bekerja keras untuk negara, sedaya upaya, dan diharapkan kita akan dapat membetulkan keadaan dan menyelesaikan semua masalah yang kita warisi (dari kerajaan sebelum ini,” katanya lagi.
Berkenaan sama ada Anwar sudah bersedia atau tidak untuk menjadi penggantinya, Tun Mahathir menambah, itu bukan persoalannya.
“Ia bukan soal sama ada beliau sudah bersedia atau tidak.
“Saya sudah berjanji, dan saya akan berpegang teguh kepada janji saya,” tegas Tun Mahathir.
Dengan janji yang diperteguhkan sekali lagi ini, semua pihak tidak seharusnya ada sebarang keraguan berhubung peralihan kuasa kepada Anwar.
Ia bukan saja berkaitan janji yang mesti ditepati, tetapi juga untuk memastikan PH terus kukuh serta mampu mentadbir negara ini dengan lebih lama lagi.
Tun Mahathir sendiri nampaknya sedar realiti itu. Apabila beliau mengulangi janji yang sudah terpatri itu, semuanya akan jadi normal dan disambut baik.
Tetapi, apabila kenyataannya dilihat kabur dan boleh ditafsirkan macam-macam, maka akan timbullah pergolakan dan pergeseran di sana sini.
Dengan itu, jalan terbaik ialah Tun Mahathir mesti terus dan sentiasa konsisten serta komited dengan janji tersebut.

Dengan masa makin berlalu, di bulan-bulan seterusnya nanti, adalah lebih cantik jika Tun Mahathir, selain mengulangi janji yang sama, beliau dapat mengumumkan sekali tarikh muktamad pengundurannya untuk Anwar mengambil alih tempatnya.
Habis cerita!
PH pun akan terus stabil dan tiada apa-apa lagi yang boleh menghalangnya daripada terus dijadikan pilihan rakyat untuk mentadbir negara ini. (Shahbudindotcom 22/06/2019)