TUGAS KADIR SEKARANG DEDAHKAN SIAPA MENTERI YANG GAGAL ITU…

Walaupun menganggap gesaan agar menteri yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan supaya meletakkan jawatan secara sukarela sebagai pandangan peribadi A Kadir Jasin, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bersetuju dengan perkara itu.
Kata Muhyiddin, beliau tidak tahu siapa menteri yang dimaksudkan Kadir itu, tetapi kalau terkena kepada dirinya, beliau akan mengundurkan dirinya.
“Itu pandangan seorang pengamal media, walaupun dia (Kadir) dari Bersatu, tetapi kita serah kepada individu yang dimaksudkan beliau (untuk membuat keputusan), yang saya sendiri tidak tahu siapakah yang dimaksudkannya.
“Tetapi, kalau saya, saya berhentilah,” kata Muhyiddin lagi.
Maka, apa yang harus Kadir lakukan seterusnya?
Untuk mengelakkan rakyat terus tertanya-tanya, malah agar menteri-menteri juga tahu duduk perkara sebenarnya, adalah menjadi tanggungjawab Kadir selanjutnya mendedahkan siapakah anggota kabinet yang beliau maksudkan gagal menunjukkan prestasi memuaskan serta sepatutnya berundur secara sukarela itu.
Mudah-mudahan, selepas didedahkan oleh Kadir, mereka terbuka hati untuk berundur dengan lapang dada.
Mungkin selama ini mereka tidak tahu kelemahan mereka dan kegagalan menunjukkan prestasi yang memuaskan itu.
Harap Kadir tidak bertangguh-tangguh lagi mendedahkan nama-nama menteri yang gagal dan patut berundur itu. (Shahbudindotcom 23/05/2019)


KEMASUKKAN AHLI KE DALAM PARTI DIDELETE DEMI MENIPU?



Sebuah parti  Pembangkang telah dengan sengaja kononnya membuang pos berkaitan dengan kemasukan seorang ahlinya ke dalam parti tersebut. Berita itu bagaimana pun telah berjaya di kesan apabila netizen telah merakam kemasukkan budak tersebut kedalam parti  itu. Isunya ialah kenapa ianya cuba dipadamkan?


Khabarnya, berita kemasukan budak ni ke dalam parti lebai yang pernah disiarkan dalam page parti telah didelete. Tak payah delete lah, nak malu apanya. Awal-awal lagi dah kantoi. Khabarnya ada lagi beberapa orang akan ditangkap. Siapa tukang upah budak ni? Jeng...jeng...jeng....




MP DAP anjur program isi minyak percuma untuk penghantar makanan bermotorsikal sempena Ramadan


Bukan boleh puak -puak ni kalau ada idea baru. Kalau dulu Dap ni pujaan hatiku, malah di Penang satu ketika dahulu PKR pun tak dapat banyak  tempat seperti ahli Pas. Bila dah benci, langsung apa  sahaja yang dibuat oleh Dap  salah belaka.. Tu la dia..Aku tak nak kata sapa sa-sapa la..tapi ramai dah  tau peragai parti mana.







Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng akan menganjurkan “Program Isi Petrol Percuma” kepada penghantar makanan bermotorsikal di Kuala Lumpur pada Ahad ini.

“Tujuan program isi petrol percuma ini adalah kerana saya menghargai kesungguhan para penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadan ini,” kata Lip Eng dalam kenyataan, hari ini.

Semua penghantar makanan termasuk Dahmakan, Foodpanda, Grabfood, Honestbee dan lain-lain dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong pada Ahad ini bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang.

“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka hingga penuh,” katanya yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan. 


Wakil rakyat adalah wakil untuk semua


Ramadan merupakan bulan yang mulia dan suci bagi umat Islam. Sebagai wakil rakyat di negara yang berbilang kaum dan agama, seharusnya pemimpin DAP diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyantuni dan mendekati rakyat yang memilih mereka – baik yang beragama Islam mahupun yang berlainan agama.

Prasangka buruk seperti yang dilemparkan oleh Ahmad Dusuki ini hanya wujud tatkala PAS sendiri dilanda krisis kepimpinan akibat segelintir pemimpin parti itu yang digelar ‘kartel dedak’ oleh pemimpin PAS yang lain.

Tuduhan bahawa terdapat agenda tersembunyi apabila wakil-wakil rakyat DAP dijemput dan hadir meraikan program-program di dalam bulan Ramadan ini sangat dangkal. Wakil rakyat DAP – termasuk yang beragama Islam – yang dipilih oleh rakyat termasuk pengundi beragama Islam berhak dan bertanggungjawab bersama-sama rakyat menjalankan ibadat puasa serta majlis-majlis dan acara-acara pada bulan suci ramadhan.

Sebenarnya ini menunjukkan sikap dengki beliau yang cepat melatah apabila pemimpin DAP diterima oleh segenap masyarakat, sedangkan beliau sendiri tewas di kerusi DUN Kota Anggerik yang mempunyai majoriti pengundi Melayu Islam pada PRU ke-14 yang lalu. Rakyat celik mata menilai, dan tidak lagi memilih semata-mata berdasarkan kaum dan agama.  
Sebelum ini, beliau juga pernah berdoa dan menggambarkan PAS sebagai menentang Pakatan Ahzab ketika PRU ke-14 yang lalu. Perang Ahzab atau dikenali sebagai Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah. Namun, takdirnya PAS tewas di kerusi yang beliau tandingi tersebut.

Setiausaha DAPSY Damansara, Farhan Haziq
Hari ini beliau menggambarkan pula dirinya sebagai dilatih dengan kefahaman Perang Badar, di mana umat Islam diperangi di dalam bulan Ramadan. Persoalan saya, di manakah kewajarannya apabila wakil rakyat DAP berbuka puasa bersama penduduk-penduduk di kawasan yang mereka wakili disamakan dengan situasi semasa Perang Badar? Bukankah ini sebenarnya satu contoh solidariti yang sudah lama kita amalkan di negara ini?

Ustaz Ahmad Dusuki nampaknya perlu lebih mendalami ilmu Sirah sebelum melontarkan tuduhan-tuduhan tanpa asas seperti ini. Adakah mereka yang menjadi kartel dedak dan makan rasuah dibatalkan dosa mereka sekiranya sujud dan sembahyang?

Adakah PAS hendakkan sebuah Malaysia di mana yang beragama selain Islam dihalang bersama-sama meraikan acara dan perayaan Islam? Adakah PAS hendak mengasingkan rakyat Malaysia mengikut agama dan kaum serta menghalang pergaulan di antara muslim dan yang beragama lain?

Umum mengetahui, Deklarasi Shah Alam yang diluluskan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada Januari 2012 menegaskan semula bahawa DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia. Ia juga mengulangi komitmen DAP kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, ketika rahsia pimpinan mereka mengambil wang UMNO terlondeh, PAS tangkis menutup kelemahan mereka dengan mengarahkan agar ahli-ahlinya tidak membicarakan isu tersebut secara terbuka dan menyerang DAP.

Sehingga hari ini, belum lagi kedengaran walau satu kenyataan maaf daripada pimpinan mereka kepada ahli-ahli mereka mengenai isu tersebut. PAS sepatutnya menggunakan kedatangan Ramadan ini dengan menginsafi kelemahan mereka dan tidak lagi membudayakan politik kotor seperti ini. 
  
DAPSY mencadangkan kepada Ahmad Dusuki supaya bukalah mindanya yang tertutup, putihkanlah hatinya yang hitam, jernihkan pemikirannya yang keruh, dan baikilah sangkaannya terhadap orang lain yang buruk pada bulan Ramadhan yang suci ini. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai madrasah untuk menyemai hubungan yang baik sesama agama demi kemakmuran bersama tanpa sengketa dan prejudis.

Marilah kita sama-sama renungkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. – Roketkini.com

*Farhan Haziq bin Mohamed adalah Setiausaha DAPSY Damansara dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya


NAJIB PUNCA BN KALAH DI SANDAKAN – PENGANALISIS

Timbalan Ketua Pemuda MCA tak wajar politikkan pemberian biasiswa pada pelajar Palestin


Saya merujuk kepada laporan media bahawa Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong mempersoalkan biasiswa-biasiswa kepada pelajar-pelajar Palestin yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tempoh hari.

Beliau telah dilaporkan berkata, antara lain, Kerajaan Persekutuan sering mengeluh tentang kekurangan wang, tetapi mempunyai wang untuk memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar Palestin.

Nampak gaya, Timbalan Ketua Pemuda MCA tersebut sama ada tidak membaca, atau pura-pura tidak membaca laporan berita mengenai biasiswa ini. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, adalah jelas bahawa biasiswa tersebut adalah sumbangan daripada pihak universiti-universiti swasta, dan bukannya daripada dana Kerajaan.

Amalan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar antarabangsa bukanlah sesuatu yang luar biasa, di samping biasiswa-biasiswa yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia sahaja. Saya menggesa Tan Chee Hiong untuk mengkaji dahulu jumlah biasiswa yang ditawarkan swasta kepada warganegara Malaysia berbanding pelajar-pelajar luar sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tambahan pula, dunia mengetahui bahawa warga Palestin adalah antara bangsa yang paling ditindas di dalam dunia ini. Ada sahaja berita tentang kekejaman dan penindasan rejim Zionis terhadap warga Palestin.

Biasiswa yang ditawarkan ini memberi peluang kepada mereka yang layak untuk mendapat pendidikan di Malaysia, negara yang aman jika dibandingkan dengan bumi Palestin. Maka, tiada apa yang perlu dicemburui dengan biasiswa ini.

Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda MCA itu tidak lebih daripada percubaan untuk mempolitikkan isu ini.

Sepatutnya usaha murni universiti-universiti ini diraikan dan disokong, bukannya dipertikaikan. Ia selari dengan pendirian Malaysia untuk berdiri teguh bagi menyatakan sokongan kepada Palestin terus mengutuk tindakan zalim rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. 

*Syahredzan Johan adalah Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri


TUKAR IMAM PUNCA KERETA DR ASRI DIBAKAR?

MEMBANGKANG TAK APA, JANGAN ANGKAT SENJATA