SALAM 5-3..TAKIYUDDIN TOLONG MENANGKAN PH DI SANDAKAN

Salam 5-3
Imej mungkin mengandungi: 14 orang, termasuk Jaffari Waliam, orang senyum, orang berdiri dan orang ramai



Mendiang Stephen Wong menang di P.186 Sandakan dengan majoriti 10,098 undi.. Anak mendiang, Vivian Wong menang dengan majoriti 11,520 undi..
DAP berjaya merampas kawasan majoriti Muslim di PDM Sim Sim dan PDM Pulau Berhala.. Ini bermakna DAP menyapu bersih semua 17 PDM di Sandakan..
Semenanjung boleh belajar dari Sabahan bagaimana nak kubur BN dan sekutunya.. Kita telah buktikan rakyat Sabah menolak BN walaupun dengan kehadiran Bossku Najib Razak di Sandakan..

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
SANDAKAN: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan menyaksikan calon DAP, Vivian Wong menang dengan majoriti 11,521 undi.
Kemenangan besar itu dicapai walaupun peratusan keluar mengundi rendah iaitu hanya 54.22 peratus.
Vivian memperoleh 16,012 undi berbanding pencabar terdekatnya iaitu Datuk Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang hanya meraih 4,491 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan keputusan rasmi sebentar lagi.

BUKU MENJELANG PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR


Dengan setahun memegang jawatan itu, bermakna ada setahun lagi sebelum tempoh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagai yang telah dijanji dan dipersetujui.
Ada tiga janji yang diputuskan dan dipersetujui sekiranya PH menang PRU14 – 1. Membebaskan Anwar daripada penjara, 2. Memohon pengampunan baginya daripada Yang Dipertuan Agong dan 3. Menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas tempoh sementara Tun Mahathir memegang jawatan tersebut.
Dua janji telah pun dipenuhi tidak berapa lama selepas PH berjaya menguasai Putrajaya dan hanya janji peralihan kuasa masih dalam penantian semua pihak kerana Tun Mahathir sendiri menyebut beliau memerlukan tempoh dua tahun untuk memulihkan ekonomi dan menyelamatkan negara.
Begitu pun, proses peralihan itu itu masih menjadi misteri dan tanda tanya berikutan tiada tarikh khusus ditetapkan mengenainya.
Tun Mahathir pula selalu menyebut tempohnya menjadi Perdana Menteri “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang”.
Beliau juga pernah mengusik Anwar sambil berkata, “kalau Anwar beri izin, dapatlah saya jadi Perdana Menteri selama dua tahun setengah.”
Baru-baru ini pula Tun Mahathir membayangkan beliau mungkin memerlukan tiga tahun menjadi Perdana Menteri.
Pokoknya, segala-galanya masih misteri dan teka-teki.

Maka, sempena setahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan setahun sebelum peralihan kuasa itu, saya dengan suci hati menerbitkan sebuah buku bertajuk Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati.
Buku ini bukan untuk memberi tekanan atau membuat desakan, tetapi lebih dengan tujuan agar ketidaktentuan mengenai peralihan kuasa itu segera diselesaikan.
Ia antara lain menggariskan agar janji penyerahan kuasa tidak sesekali cuba dimungkiri bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam PH dan yang paling penting agar Tun Mahathir dapat segera menetapkan tarikh pengundurannya sebagaimana yang pernah dilakukannya ketika menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Badawi pada 2003 dahulu.
Hanya dengan parti-parti dalam PH dan Tun Mahathir tetap berpegang kepada janji dan Tun Mahathir dapat menetapkan tarikh khusus berkenaan penyerahan kuasa kepada Anwar saja, maka segala-segalanya akan selesai dan “hantu-hantu raya politik” tidak lagi merayau-rayau mencipta pelbagai cerita, andaian serta spekulasi.

Buku ini sudah mula dijual di kedai-kedai buku di seluruh negara atau boleh juga membelinya secara online dengan menghubungi nombor telefon yang tertera pada poster yang disiarkan dalam blog ini.
Kepada penyokong PH yang mahu gabungan ini terus kekal, marilah kita sama-sama memastikan gabungan ini sentiasa kukuh dengan janji tidak dimungkiri dan peralihan kuasa mesti dijayakan dengan lancar, harmoni dan muktamad. (Shahbudindotcom 11/05/2019)

BERGAMBAR :ANWAR ZIARAH USTAZ ISMAIL KAMUS DI IJN

Saya dan Azizah berkesempatan melawat Al-Fadhil Al Ustaz Dato Ismail Kamus tadi yang kini di Institut Jantung Negara (IJN).
Mohon doa teman-teman untuk kesembuhan beliau.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk, orang berdiri dan dalamanImej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri



DEMI SOKONGAN CALON BUKAN ISLAM, PBS YANG MENENTANG HUDUD

Apabila si celaka bercakap ...........
Wfauzdin Ns sedang bersama Zamani Zaman dan 7 yang lain.

SETIAUSAHA AGUNG PAS, TAKIYUDDIN FITNAH ANWAR DEMI MAHU SOKONG CALON BUKAN ISLAM DARI PBS YANG MENENTANG HUDUD
Merujuk kenyataan yang disiarkan melalui Malaysiakini, ianya menyatakan:
" Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri.
Takiyuddin membuat kenyataan itu ketika ceramah di Taman Indah, Sandakan pada Rabu lalu.
“Ada seorang cita-cita nak jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara tak tahu macam mana dia dapat pengampunan daripada (Yang di-Pertuan) Agong bertanding dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) di Port Dickson.
“Paksa ahli parlimen yang menang pada PRU-14 letak jawatan. Dia bertanding, dia mahu jadi PM.
“Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah banduan.".(Sedutan Malaysiakini).
Komen saya, Takiyuddin memang celaka punya manusia. Fitnah pertama dari mulut si celaka bertopengkan agama itu adalah cuba untuk menggambarkan Anwar Ibrahim memang bersalah di dalam kes liwatnya, sebab itu beliau buat perbandingan hakim-hakim yang telah mengadili kes liwat Anwar. 
Si Celaka Takiyuddin itu lupa, berapa banyak mulut-mulut lebai sendiri suatu ketika membaca berbagai surah, nas, hadis, dalil bahkan membuat buku untuk menyatakan kisah fitnah liwat/zina dan berapa ramai yang membawa isu fitnah terhadap Anwar masa itu yang dapat menjadi Wakil Rakyat, termasuk si celaka Takiyuddin sendiri? Mengapa apabila telah menjadi musuh kepada PH dan setelah berjimak dengan Umno kleptokrasi, setelah mulut penuh dengan dedak ditabur oleh Umno sebelum PRU14 dulu, sanggup Takiyuddin celaka bangsat ini mengejutkan fitnah yang telah tidur sekian lama?
Fitnah kedua, benarkah Anwar paksa MP Port Dickson letak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding di Port Dickson? Tidakkah dia tahu berapa ramai MP dari Keadilan yang secara terbuka menawarkan diri untuk meletakkan jawatan bagi membolehkan anwar bertanding?
 Mengapa mesti dipaksa? Takiyuddin ingat Keadilan ini macam parti diakah? Dalam parti kamu bolehlah sebab tiada sesiapa boleh lebih bijak dari Hadi Awang. Sebab itu, bila Hadi kata menipu pun boleh dan halal, semua pakat menipu. Apabila Hadi Awang fitnah orang edar pil kuda, semua lebai pakat jadi kaki fitnah. Sampai atas mimbar masjid pun buat fitnah.
Si bangsat Takiyuddin juga cuba untuk mempertikaikan kuasa YDP Agong di dalam menggunakan kuasanya membersihkan kes fitnah terhadap Anwar. Bukankah Agong itu juga yang selalu disanjung2 oleh lebai kerana keperibadiannya? Oh, apabila Agong membersihkan kes Anwar dan membebaskan Anwar, tiba-tiba mahu pertikai kuasa Tuanku? Sakit hati sangat kepada Anwar ini mengapa?
Betul, semua yang keluar dari penjara disebut banduan. Semua banduan itu hina sangatkah? Nabi Yusuf pernah menjadi banduan. Ramai Nabi, para sahabat dan ulamak-ulamak besar termasuk di kalangan Imam empat mazhab pernah menjadi banduan. Hadi Awang saja yang tidak pernah diuji masuk penjara. Si bangsat Takiyuddin mungkin pernah masuk penjara tetapi masuk ziarah orang atau bertemu pelanggannya sebab dia ni peguam walaupun tidak popular seperti Hanipa Maidin. Najib, Rosmah, Azeez Tabung Haji, Isa Samad, itu semua geng-geng dari parti Takiyuddin dan mungkin bakal menjadi banduan juga satu hari nanti. Adakah sama banduan Najib dengan banduannya para pejuang Islam?
Saya nak ingatkan Takiyuddin. Sekarang ini kamu puja dan puji serta berulang alik dari Terengganu ke Putrajaya untuk cium tangan Tun M semata-mata untuk dapatkan royalti. InsyaAllah, satu hari nanti kamu akan ketemu 'banduan' itu di Putrajaya dan ketika itu di mana maruah kamu? Kamu memang bangsat !!
WFAUZDIN NS

BOSSKU....JANGAN TAK JAWAB...JAWAB...

SEMUANYA DARI DEDAK. PAS BUKAN SUCI. LIHAT TEKS MENANTU HADI DAN NIK ABDOH

Imej mungkin mengandungi: teksImej mungkin mengandungi: teksTiada penerangan foto disediakan.Imej mungkin mengandungi: teks
SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO
'Perang saudara' di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin @ Din ayam dengan Nik Beduh nampaknya berterusan. Isunya semua pasal 'dedak umno".
Geng2 Nik Beduh tuduh Din Ayam yg rakam dan sebarkan rakaman suara Nik Beduh dlm satu pertemuan tertutup di mana Nik Beduh mengaku bahawa memang ramai pimpinan lebai yg makan duit Umno (dedak). Apabila rakaman ini tersebar, awalnya Nik Beduh buat muka toya je, tidak mengaku itu suaranya bahkan tergamak dia jual nama arwah ayahnya Tok Guru Nik Aziz kononnya beliau juga difitnah seperti arwah ayahnya pernah difitnah.
Tuhan mahu tunjuk kat kita bahawa berhati-hati dengan lebai pakai ketayap tapi kuat menipu. Akhirnya kantoi. Bukan sahaja suara rakaman itu disahkan asli adalah suara Nik Abduh melalui ujian audio makmal di London, tetapi sikit demi sedikit didedahkan sendiri oleh beberapa pimpinan lebai yg turut hadir sewaktu pertemuan tertutup tersebut di mana mereka mengesahkan itu memang suara Nik Beduh. Ertikata lain, memang benar, Nik Beduh mengaku ramai pemimpin utama lebai yang telah makan 'dedak umno'. Akhirnya, mahu tidak mahu, anak arwah tok guru ni pun tebalkan muka seperti tebalnya serban Tontowi, mengaku itu memang suaranya. Dia terpaksa berbohong 'syarie" dan pembohongannya itu direstu oleh Murobbinya, Hadi Awang. Ertikata lain, wlaupun menipu itu berdosa apatah lagi menipu ahli jemaah sendiri, tetapi hukum itu boleh berubah mengikut "fatwa" Hadi Awang. Tidak pelik kalau Hadi restu untuk menipu kerana seorang kaki fitnah seperti Hadi ini menipu itu perkara kecil saja. Nak saya senaraikan fitnah-fitnah Hadi? Maaf, tak cukup ruang dan masa.
Tuduhan geng-geng Nik Beduh ini terhadap Din Ayam amat tidak disenangi oleh Din Ayam. Ye lah, kamu yang kenyang makan dedak, lepas tu tidak mengaku, kemudiannya menipu, lepas tu tuduh Din Ayam yang kantoikan dia. Mahu Din Ayam tidak mengamuk?
Itulah akibatnya apabila orang agama telah terpedaya dgn dedak dunia. Orang alim yg jahat lebih Allah murkai dari orang jahil yg jahat.
WFAUZDIN NS




BERI PH 5 TAHUN KOTAKAN JANJI SEBELUM TUDUH ‘KENCING RAKYAT’

BUKU BARU YANG PERLU ANDA MILIKI DARI SHAHBUDIN HUS

Imej mungkin mengandungi: Shahbudin Husin, tersenyum, teks

Secara kebetulan, sebelum pun Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan membuat serangan terhadap Anwar dengan menyifatkannya sebagai bekas banduan yang tidak layak menjadi PM, saya sudah pun memperjelaskannya dalam buku terbaru saya, “Anwar PM ke-8 Janji Serah Kuasa yang Mesti Ditepati” yang kini sudah pun berada di pasaran.....

TAKIYUDDIN SILA CERMIN DIRI