Rosmah berdepan pertuduhan ke-20



KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor hari ini, berdepan 1 pertuduhan baru iaitu menerima suapan RM5 juta bagi membantu mendapatkan projek sistem solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak, bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah yang masuk ke kandang pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan, yang dikenakan terhadapnya sewaktu beliau menjadi isteri perdana menteri pada 2016.

Beliau dituduh menerima RM5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, pengarah urusan Jepak Holdings, sebagai upah kerana membantu syarikat terbabit.

Ia bagi mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

KERAJAAN PH SEDIAKAN 6.23 BILLION BANTU PULIHKAN FELDA



KUALA LUMPUR: Putrajaya akan memperuntukkan  sebanyak  RM6.23 billion bagi pelan pemuihan FELDA(US$1.52 billion)sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan dan pelarasan kerajaan diatas kegagalan FELDA dan kes penipuan pengurusannya. Pelan ini bagi memulihkan semula FELDA dan membantu bagi pemulihan perjalanan semua fungsi badan tersebut
Felda, juga akan menyusun semula dan menguruskan  pinjaman tidak berbayar dan apa yang berkaitan dengan agendi tersebut. FELDA juga akan menyelesaian 2 tahun bersabit dengan permasaalahan pengurusan dan tuduhan rasuah didalam agendi tersebut. Kes FELDA sedang disiasat dan kertas pertuduhan telah disediakan membabitkan pengerusinya yang lepas dan kerajaan pimpinan Najib Razak didakwa menyalahgunakan wang FELDA.. 

SELESAI SIDANG ANWAR KE RANTAU SEMALAM





Selepas selesai sidang di Parlimen, Anwar terus bergegas ke Rantau utk program ceramah di dua lokasi iaitu di Sendayan dan Mambau. Ini situasi di Mambau mlm ini

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramaiImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramaiImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

MELAYU TERANCAM? RAFIZI AKAN JAWAB DI RANTAU MALAM ESOK


Politik negara sejak peralihan kuasa tahun lalu banyak berkisar kepada kebimbangan masyarakat Melayu yang merasakan kerajaan Pakatan Harapan memusuhi dan meminggirkan orang Melayu.
Ini tidak ubah seperti sentimen meluas selepas tahun 2008 bila mana Pakatan Rakyat ketika itu menafikan majoriti dua pertiga yang dipegang Barisan Nasional dan 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Saya masih ingat sentimen itu kerana saya masih di sektor swasta. Ada tunjuk perasaan, ada kepala lembu yang diheret. Kebimbangan itu juga menyebabkan bibit-bibit perpecahan di dalam PAS, bila ada kumpulan yang mahu bersama UMNO atas nama perpaduan Melayu tetapi ditentang oleh Allahyarham Dato’ Seri Nik Abdul Aziz.
Keadaan itu berulang, apatah lagi apabila kedua-dua parti PAS dan UMNO menggunakan kebimbangan itu sebagai senjata untuk meraih undi.
Benarkah Melayu kini terancam?
Apa yang berbeza kini berbanding di zaman pemerintahan UMNO, sehingga orang-orang PAS sanggup memeluk musuh politik yang mereka lawan selama enam dekad?
Benarkah DAP ada agenda khusus untuk meminggirkan orang Melayu dan menjadi musuh terbesar orang Melayu, sedangkan PAS sebelum itu (PRU 2013) sanggup memberikan logo mereka untuk digunakan oleh DAP kerana sayangnya PAS kepada DAP?
Banyak soalan-soalan sebegini yang perlu dijawab dan boleh dijelaskan.
Isu kebimbangan Melayu terancam ini bukan satu isu yang boleh dipinggirkan. Ia perlu dikupas dan dijawab.
Orang Melayu pula perlu berfikir secara terbuka.
Saya tidak akan berceramah, sebaliknya saya akan jawab.
Anda tanya, saya jawab. Selama tiga jam, saya akan kupas sepenuhnya isu kebimbangan Melayu.
Saya jemput seberapa ramai penduduk sekitar Rantau dan Seremban untuk hadir program bersahaja ini. Jangan lupa tonton di Facebook.
Temui saya di Makan Time Asam Pedas, Bandar Sri Sendayan hari Khamis ini jam 930 malam.
Mohon sebarkan.
Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR.

DR SAHRUDDIN MB BAHARU JOHOR?

ECRL AKAN RENTAS NEGERI SEMBILAN