Kronologi 3 penjuru Sarawak, salah siapa?
FB Zulimran Nasution
1. Pasukan yang terlibat dengan rundingan kerusi Sarawak ialah pimpinan MPN Sarawak iaitu Baru Bian dan See Chee How serta pimpinan pusat Nurul Izzah, Tian Chua dan Dr Xavier. Keputusan akhir diserahkan kepada Azmin untuk memuktamadkannya dengan Lim Guan Eng.
2. Setelah dinilai, terdapat 13 kerusi yang bertindih antara KEADILAN dan DAP iaitu
Batu Kitang
Bukit Semuja
Tasik Biru
Mambong
Simanggang
Senadin
Marudi
Mulu
Layar
Ngemah
Machan
Murum
Belaga
Bukit Semuja
Tasik Biru
Mambong
Simanggang
Senadin
Marudi
Mulu
Layar
Ngemah
Machan
Murum
Belaga
3. Setelah rundingan, dipersetujui oleh pasukan rundingan (bersama-sama MPN Sarawak) dengan DAP untuk membuat penilaian kerusi berdasarkan penilaian ‘polling’ melalui Merdeka Centre. Apabila perkara ini dibawa ke Biro Politik, sebahagian pimpinan telah menyuarakan bangkangan terhadap kaedah polling ini.
4. Oleh kerana masa yang singkat dan kos yang tinggi, polling hanya boleh dijalankan untuk 6 kerusi iaitu Batu Kitang, Bukit Simuja, Tasik Biru, Mambong, Simanggang dan Senadin. Kerusi yang tidak dijalankan polling memerlukan rundingan.
5. Daripada 6 kerusi berkenaan, hanya kerusi Mambong yang menunjukkan populariti calon yang baik. Yang lainnya DAP lebih menerima sokongan.
6. Difahamkan keputusan polling tersebut tidak pula dimaklumkan kepada bakal-bakal calon dan grassroots di Sarawak. Mereka masih menganggap mereka layak untuk bertanding dan tindakan DAP satu tindakan untuk merebut kerusi mereka.
7. Satu lagi isu yang dibawa ialah DAP menamakan dua calon dalam polling di Batu Kitang. Oleh itu, MPN Sarawak mempertikaikan sama ada keputusan polling memberi gambaran sebenar.
8. Oleh kerana keputusan polling menyebabkan KEADILAN hilang 5 dari 6 kerusi, Sdr Saifuddin Nasution telah diminta dan diarahkan oleh parti untuk berunding semula dengan DAP bagi menyuraikan kebuntuan rundingan yang terhasil dari keputusan asal pasukan rundingan, supaya Batu Kitang diserahkan kepada Keadilan bersama beberapa kerusi yang lain. Biro Politik bersetuju supaya Batu Kitang diberikan keutamaan kerana ia kerusi pasti menang berbanding kerusi-kerusi lain.
9. Sdr Saifuddin Nasution berjaya merundingkan supaya perjanjian asal iaitu keputusan polling menentukan agihan kerusi diketepikan. Dari 11 kerusi yang belum dipersetujui pada ketika itu, mengikut kaji selidik, hanya Batu Kitang yang ada potensi besar untuk menang. Kerusi-kerusi lain menunjukkan BN masih berada di hadapan.
10. Akhirnya DAP bersetuju mengenepikan persetujuan asal untuk menentukan agihan kerusi mengikut polling. Anthony Loke (wakil DAP) bersetuju supaya Batu Kitang dan 3 lagi kerusi (dari senarai 11 dirundingkan) diserahkan kepada KEADILAN, selebihnya 7 kerusi diambil DAP. Penentuan terperinci 3 kerusi Dayak kepada KEADILAN dan 7 kerusi Dayak kepada DAP bakal dimuktamadkan di peringkat tertinggi di antara Azmin Ali dan Lim Guan Eng.