ENOUGH IS ENOUGH..
Sudah tak tertanggung lagi emosi kita.. akibat banyak sangat hujah2 bohong yang kita dengar dari si munafik bernama Najib..
Oleh itu.. untuk berlaku adil kepada semua warganegara yang cukup umur.. waras dan rasional diseluruh negara.. supaya tidak lagi dibelenggu penipuan demi penipuan..
Kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA perlu dibicarakan semula dengan kadar segera.. melalui penghakiman yang baru..
Semua Hakim yang menghakimkan perbicaraan semula.. BUKAN lagi hakim yang mendengar perbicarakan kes pembunuh Altantuya yang terdahulu..
Begitu juga barisan Para Pendakwa mestilah yang baru.. bukan lagi barisan para pendakwa diperbicaraan yang dulu.. kerana mereka GAGAL membawa dan menjelaskan MOTIF yang sepatutnya menjadi ASAS mendakwa Azilah dan Sirul..
SAKSI penting seperti DSP MUSA SAFRI dan DEEPAK perlu di sapina.. yang mana mereka sebelum ini hanya di SEBUT namanya di mahkamah TETAPI tidak dipanggil sebagai SAKSI oleh mahkamah..
Sedangkan DSP Musa Safri adalah saksi yang mendengar secara langsung bersama Azilah ketika MEMBAWA Azilah bertemu dengan NAJIB sewaktu ARAHAN.. 'shoot to kill'..
Manakala Deepak adalah orang yang mendengar sendiri dari mulut Najib dan Rosmah.. bagaimana asalnya rancangan dan sebab2 kenapa perlu membubuh Altantuya..
Sapina2 juga perlu dibuat kepada semua pihak termasuk mereka yang berada di JAWATAN2 penting berkaitan dengan SIASATAN AWAL ketika trajidi pembunuhan itu berlaku..
KITA TIDAK MAHU PEMIKIRAN KITA DIBELENGGU OLEH SD DAN SUMPAH LAKNAT SEMATA-MATA..
Kita perlu bebas dari syak wasangka yang tidak membawa kita ke penghujung keputusan yang TEPAT dan konkrik..
Kita hanya menimba DOSA yang besar andainya tersalah dalam berhujah sesama sendiri.. iaitu selagi KEMELUT dari SD dan SUMPAH LAKNAT itu tidak dimulakan dengan PERBICARAAN SEMULA secara ADIL dan JUJUR.. demi AGAMA yang kita anuti.. serta demi NEGARA yang TERPALIT bersama ISU tersebut..
Kita tidak mahu lagi mendengar hujah2 yang bukan dari hujah DI MAHKAMAH..
Kerana sudah terlalu banyak hujah2 yang pro dan kontra mengenai isu SD AZILAH dan sumpah laknat NAJIB..
Yang pro sentiasa memihak kepada tertuduh dalam SD iaitu Najib.. dengan hujah yang dikuasai oleh EMOSI.. hujah tanpa FAKTA dari sumber pembacaan yang teliti dan tidak bersandarkan pada ilmu dan perbandingan sejarah yang rasional..
Manakala yang kontra.. walau pun berhujah berlandaskan pembacaan dan fakta yang rasional dan bersandarkan dari ilmu.. hujah mereka tetap menjadi bahan ejekan dari yang pro kepada tertuduh Najib..
CUKUP2LAH SETAKAT ITU SAHAJA MEREKA YANG PRO DAN KONTRA BERHUJAH..
SAMPAI MASANYA KITA SEMUA MEMOHON DAN MEMBIARKAN PIHAK YANG BIJAKSANA DALAM UNDANG-UNDANG BERHUJAH DIMAHKAMAH DIPERBICARAAN SEMULA KELAK..
Kita semua sudah TIDAK SANGGUP lagi ditipu oleh MUNAFIK hanya kerana si munafik telah melakukan SUMPAH LAKNAT..
Oleh itu..
SD AZILAH dan pembunuhan ALTANTUYA tersebut telah menjadi KEPENTINGAN UMUM untuk diberikan PERHATIAN DAN TINDAKAN dari pihak berwajib..
Mereka perlu menyiasat kesahihan SD Azilah dengan segera.. dan memulakan proses PERBICARAAN semula demi menegakkan KEADILAN terhadap rakyat.. terhadap keluarga2 mangsa dan keluarga kepada kedua azilah dan sirul serta keluarga Najib..
JANGAN BIARKAN MEREKA DIBELENGGU KEKELIRUAN.. DAN DIBIARKAN TANPA KEPUTUSAN PEMBELAAN YANG JUJUR DAN ADIL..
Kerana terlalu ramai yang menjadi mangsa EMOSI kalau tidak diberikan perbicaraan semula..
Secara logiknya..
Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN Azilah dan Sirul membunuh seorang WANITA yang tidak ada KENA-MENGENA dengan hubungan kehidupan dan urusan harian mereka sebagai pengawal peribadi..
Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN pihak Imigresen MEMADAMKAN senarai nama kemasukan Altantuya dari senarai komputer milik kerajaan..
Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN Altantuya wanita kerdil dibunuh dan di LETUPKAN hingga BERKECAI seluruh daging dan tulang2nya..
Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN C4 dapat dibawa keluar secara mudah oleh AZILAH dan SIRUL yang hanya PENGAWAL PERIBADI Najib..
Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN Sirul boleh ke AUSTRALIA secara SAH melalui penerbangan yang diatur oleh KDN di zaman NAJIB UMNO BN..
Tanpa arahan.. TAK MUNGKIN Azilah boleh menulis secara DETAIL dan SEMPURNA.. semua detik demi detik.. cerita demi cerita ASAL yang membawa beliau dan Sirul bertindak MEMBUNUH..
Oleh yang demikian..
SD Azilah lebih penting dibicarakan.. manakala SUMPAH LAKNAT dari tertuduh yang memberi arahan BUKAN hujah yang benar dan tak perlu dipentingkan..
Kerana sumpah laknat bukan arahan agama.. itu hanya BUDAYA kebiasaan bagi tiap yang bersalah melepaskan tengkuk dari dituduh..
Sebab itu SD adalah pengakuan bersumpah dan boleh diterima pakai oleh mahkamah untuk dibicarakan..
Manakala sumpah laknat hanya satu budaya yang tidak diiktiraf sebagai hujah dan dibawa masuk kedalam mahkamah..
Sekian perihal SD dan BUDAYA BERSUMPAH..
Note: The trial will automatically involve His Majesty Razak.
EDDIE ADAM BENJAMIN..
Hanya warga biasa Malaysia..