Menuju PRU 15 Pas akan terkena lagi?
Tinta Merah
Dengan imej PAS telah pun ditelanjangi di Tanjung Piai setelah Presidennya sendiri berkata mustahil Hudud dapat dilaksanakan di Malaysia disebabkan negara majmuk, umpama seperti PAS telah menolak Hudud dan sanggup pula menjadi khadam Kafir Harbi MCA dengan mengeluarkan fatwa mewajibkan undi MCA serta melarang umat Islam daripada memilih Berjasa.
Akibat daripada tindakan PAS itu akan memberikan memberikan kesan serta akan mempengaruhi bangsa majoriti Melayu serta perantau setelah sifat sebenar PAS ternyata hanya menjadikan “Agama” dan “Hudud” sebagai barang jualan MLM untuk kepentingan pemimpin tertinggi PAS di kubu-kubu PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Terkini konvesyen MCA negeri Selangor telah memberikan amaran awal kepada sekutu MCA di dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO supaya tidak bersikap parti yang terlampau bersifat Islamik, secara sinisnya juga amaran langsung kepada PAS. Di mana MCA akan menendang UMNO keluar daripada BN atau membubarkan BN sekiranya perlu.
Sehingga kini kerusi-kerusi tradisi UMNO dan PAS tidak dapat diselesaikan secara tolak ansur menerusi Piagam Nasional.
Yang pasti di kubu-kubu PAS di Kelantan dan Terengganu akan berlaku pertandingan di antara UMNO vs PAS.
Analoginya cukup mudah, sekarang pun PAS tidak mahu berkongsi kerusi Exco Negeri bersama UMNO.
Ahli Parlimen PAS di Kelantan dan Terengganu sudah sekian lama memasang angan-angan untuk menjadi Menteri Kabinet dalam PRU-14 yang lepas dan PRU-15 seterusnya. Ahli Parlimen PAS tidak akan sesekali memberikan laluan atau menyerahkan kerusi Parlimen kepada UMNO serta mengambil pencen sebagai ahli Parlimen.
Manakala bagi calon UMNO bahagian Parlimen pula sudah pasti akan meletakkan calon UMNO serta tidak akan menyerahkan kerusi-kerusi tradisi UMNO akibat desakan akar umbi ahli UMNO Kelantan dan Terengganu yang sekian lama ingin merampas kerusi tersebut daripada PAS.
Inilah perkara yang paling memeningkan UMNO dan PAS di peringkat Pusat dalam Muafakat Nasional. Sudah pasti akan ada “cah keting” semasa PRU-15 nanti.
PAS sudah pasti tidak sanggup mengunakan logo Dacing. Begitu juga sebaliknya, bagi UMNO yang pasti tidak akan membuang logo Dacing.
Keadaan begini pasti akan menakutkan PAS terutamanya, kerana PAS sahaja parti dominan yang belum merasai nikmat menjadi kerajaan pusat serta kemungkinan PAS akan tewas di Kelantan nanti, akibat tindakan PAS sendiri adalah besar. Sekarang pun sudah ada gerakan untuk menawan Kelantan dari tangan PAS, cuma telur “busuk temelar” PAS Kelantan belum pecah membusuk lagi, menunggu masa sahaja untuk dipecahkan.
Akhirnya terserlah perjuangan PAS yang sia-sia setelah 68 tahun diperjuangkan untuk menegakkan negara Islam cuma hanyalah dongengan dan mitos sang pemimpin semata-mata, ianya umpama cerita wayang kulit edisi waktu tidur kepada ahli PAS yang jumud dan naif.
Ternyata PAS akan ditipu lagi serta ditikam berkali-kali lagi di tempat yang sama.