KENYATAAN MEDIA



KENYATAAN MEDIA
KETUA PENAJA
PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA
10 Disember 2019 | 13 Rabi’ulakhir 1441H

WIRA PUTRA GESA SPRM SIASAT SEGERA KETIRISAN WANG RAKYAT LEBIH RM50 JUTA OLEH KETUA PEGAWAI OPERASI PEMERBADANAN MENTERI BESAR SELANGOR

_Oleh : Nasrul Ali Hasan Abdul Latif_
_Ketua Penaja_
_Pergerakan Wira PUTRA Malaysia_
011-32144351

1. Wira PUTRA menggesa SPRM untuk segera menyemak semula status siasatan dalaman bagi kes kecuaian Ketua Pegawai Operasi yang bernama Soffan Afendi Aminudin yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor (Incorporated) (MBI) yang telah mengakibatkan kerugian RM50 juta kerana menjual tanah di bawah harga pasaran.

2. Wira PUTRA berasa curiga apabila membaca pendedahan yang telah dibuat oleh Presiden PUTRA Malaysia dalam kenyataannya dan seolah-olah kes kecuaian yang melibatkan salahguna kuasa atau rasuah ini seperti tidak diambil serius siasatannya sedangkan saranan untuk melakukan siasatan dalaman telah dibuat hampir setengah tahun yang lalu dan dengan jelas menekankan untuk MBI membuat siasatan secara menyeluruh.

3. Turut dinyatakan dalam dokumen terbabit, sungguhpun siasatan dalaman belum disempurnakan, pemecatan kepada beberapa pegawai kanan anak-anak syarikat dilakukan sedangkan siasatan yang bebas dan telus terhadap COO seperti yang disaran SPRM masih tidak dimulakan lagi. Hal ini menambah lagi kecurigaan terhadap kes ini seperti wujud pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai dan ia seharusnya tidak berlaku kepada institusi atau badan kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan PH yang mengagungkan the "rules of law".

4. SPRM di bawah pimpinan Latheefa Koya selaku Ketua Pesuruhjaya digesa agar menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih untuk mempercepat atau membuka kertas siasatan bagi kes tersebut yang turut melibatkan kehadiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) YAB Amiruddin Shaari, MB Selangor; YB Azmin Ali, Menteri Ekonomi dan YB Zuraida, Menteri KPKT di majlis di mana sebelum syarikat yang membiayai majlis tersebut mendapat kontrak secara rundingan terus secara rasmi.

5. Wira PUTRA bagaimanapun masih percaya akan ketelusan dan ketegasan SPRM dalam usaha membanteras dan memerangi rasuah dan salahguna kuasa secara menyeluruh. Namun diharap tiada pihak yang membuat spekulasi awal dengan membuat apa-apa tuduhan sehingga SPRM melaporkan hasul siasatan rasmi atau cuba menjadi tangan-tangan ghaib dan menyembunyikan fakta bagi menjaga kepentingan individu-individu tertentu. Kebenaran harus ditegakkan bagi memastikan Malaysia kekal aman harmoni dan bebas rasuah.

Sekian.

*#AnwarPM8*

*Gambar sekadar hiasan*