AYER KEROH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Lembaga Disiplin PKR menyiasat insiden pergaduhan melibatkan ‘pemerhati’ berbaju hitam
dengan perwakilan berbaju rasmi parti tengahari tadi.
dengan perwakilan berbaju rasmi parti tengahari tadi.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata beliau telah menerima laporan mengenai kekecohan itu yang berlaku semasa Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019.
“Ingin saya maklumkan perlakuan biadab ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan
tegas.
tegas.
“Jesteru saya telah meminta Lembaga Disiplin Parti untuk mengambil tindakan
memecat pelaku yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
memecat pelaku yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimennya Port Dickson itu merujuk mengenai dakwaan pukul memukul antara kedua-dua pihak yang berlaku di pekarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di mana Kongres Nasional PKR berlangsung.
Malah ada yang sehingga berdarah kepala kerana dilempar batu.
Justeru itu, Anwar menggesa agar pihak polis membuat siaran segera untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.