Kabinet mungkin bincang ambil alih konsesi tol PLUS tahun hadapan
Langkah menunaikan baki 40 peratus janji manifesto Pakatan Harapan giat dijalankan pada separuh kedua pemerintahan tahun hadapan, terutama melibatkan pengambillaihan konsesi tol.
Terbaharu kabinet akan membincangkan merit dan demerit cadangan pengambilalihan Lebuhraya PLUS tidak lama lagi walaupun tarikh mesyuarat belum diputuskan .
“Walaupun beberapa pihak berkata mesyuarat itu boleh diadakan pada Khamis atau Jumaat (19 atau 20 Disember), yang lain berkata tiada tarikh tetap dan mereka tidak tahu apa-apa mengenai mesyuarat itu,” kata akhbar ekonomi The Edge dipetik.
Menurut laporan itu perbincangan mungkin diadakan pada tahun hadapan berikutan cuti Krismas dan tahun Baharu .
Rancangan Khazanah Nasional Bhd untuk mengekalkan pemilikan di PLUS dan menjatuhkan rancangan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol dari PLUS adalah antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, menurut laporan itu.
Mengutip sumber, laporan itu berkata Kabinet telah mencapai kesepakatan dalam pertemuan pada 9 Disember mengenai rancangan Khazanah untuk mengekalkan pemilikan PLUS dan mengurangkan kadar tol sebanyak 18%.
Di samping itu terdapat juga konsensus untuk membatalkan rancangan Kementerian Kewangan untuk mengambil lebuh raya bertol dari Gamuda.
“PM tidak menyukainya (cadangan 18% oleh Khazanah dan pengambilalihan lebuh raya Gamuda oleh kerajaan). Ia (rancangan Khazanah) menyimpang dengan idea keseluruhan untuk mengurangkan hutang kerajaan,” kata sumber kementerian kepada The Edge.