Jika tunggu APEC PH akan hancur sebelum sepenggal KENAPA TUN TOLAK ANWAR?SIRI 1

# penulis yang tidak dikenalpasti


Jika tunggu APEC PH akan hancur sebelum sepenggal

KENAPA TUN TOLAK ANWAR?

Aku sebenarnya mula mengenali serba sedikit mengenai Anwar Ibrahim ini agak lewat. Tertarik membaca sejarah Anwar selepas membaca penulisan Ahmad Lufti ' Anwar lawan Ghafar' dan penulisan Yahaya Ismail Anwar Ibrahim Antara Nawaitu dan Pesta Boria.

Bagi aku Anwar seperti insan yang lain... dia bukan sempurna. Tapi apa yang ada dalam jiwanya... dia seorang pejuang. Ya dia seorang pejuang tulen. Sanggup dipenjarakan demi sebuah perjuangan.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Pandangan peribadi mengapa Tun tidak mahu Anwar?

NL: Pertama soal keluarga dan kroni. Amat jelas Tun sekarang sikit demi sedikit Tun menjaga keluarga dan kroninya. Dalam partinya hanya mempunyai minoriti paling sedikit dia melantik anaknya menjadi MB. Sedangkan PKR parti majoriti hanya Wan Azizah sebagai TPM tetapi Nurul Izzah yang berjuang sejak Anwar dipenjarakan terbiar begitu saja.

Selepas itu Tun mempertahankan Azmin walaupun mempunyai bukti video seks. Kata Tun agenda politik. Bila Azmin beri projek kepada MP UMNO, dia kata itu hak Azmin. Bila Azmin buat majlis perkahwinan semega anak Najib...Tun terus diam membisu.

Selepas itu bila saham FGV meningkat mahu dijual kepada Tan Sri Syed Mothar. PLUS mahu dijual kepada Halim Saad. Ini semua game lama Mahathir.  Kita mahu selamatkan Malaysia tapi Tun mahu selamatkan anak dan kroni. Ini pandangan aku samada nak percaya atau tidak terpulang.

Faktor-faktor ini yang membimbangkan Tun untuk serahkan kuasa pada Anwar. Tun mahu penggantinya yang mampu menjaga keluarga, kroni atau proksinya.

Yang kedua sebab Tun tidak mahu menyerahkan kepada Anwar kerana dia tidak melihat Anwar sebagai pemimpin yang boleh menandinginya.

Tun tahu bagaimana Anwar yang dianggap Menteri Kewangan terbaik Asia ketika itu mengatasi kebolehannya. Tun tahu mana-mana pemimpin yang bersih, sekaligus ekonomi akan melonjak naik sepertimana yang berlaku kepada Filipina dan Indonesia.

Tun bimbang Anwar akan dilihat sebagai Bapa Kemajuan Malaysia. Dia mahu imejnya sebagai Bapa Pemodenan Malaysia kekal sekaligus mengaburi salah lakunya.

Tun tahu aura Anwar sangat kuat pengaruh Anwar dgn negara-negara  Arab sangat kuat.

Atau Tun bimbang rahsianya akan dibongkar Anwar?

NL: Tidak. Tun tahu Anwar seorang pemaaf. Yang rapat dengan Anwar mengetahuinya sebab itu dia digelar 'Pemaaf tahap dewa'.

Ingat apabila dilepaskan dari penjara. Bila ditanya tentang Tun ketika itu... kata Anwar..." Saya sudah maafkan beliau." Jika orang lain... selepas ditelanjangkan, dipukul diaibkan begitu sekali takkan mudah memaafkan orang begitu sahaja.

Anwar bila dia keluar terus dia fokus soal rakyat rakyat. Sikit pun dia tidak menyerang Mahathir walupun Mahathir menyerang beliau ketika itu. Beza akhlak Mahathir dan Anwar.

Banyak cerita tentang Anwar yg memaafkan musuh-musuh politiknya. Cuma tidak dihebahkan. Anwar dan Wan Azizah tak banyak bezanya... sangat bersederhana dalam segala hal.

Wan Azizah juga seperti Anwar. Walaupun dulu Tun Siti Hasmah menolak membantunya ketika Anwar dipecat.... tapi dia tetap menyantuni Tun Siti Hasmah apabila suaminya datang meminta pertolongan. Ramai yang tidak tahu sebelum Tun hadir bertemu Anwar, Tun Siti Hasmah terlebih dahulu berjumpa Wan Azizah.

Ada orang kata faktor kemenangan PH adalah kerana Tun bukan kerana Anwar.

NL: Jika faktor Tun.... Tun tidak perlu mengadap Anwar di mahkamah. Malah Tun tak perlu mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menerimanya.

Jika faktor Tun, mengapa Bersatu menang hanya sedikit kerusi MP sedangkan ia adalah parti terbesar bertanding kerusi Parlimen. Mengapa PRK Bersatu tewas... malah di Tg Piai Bersatu tewas teruk.

Faktor utama kemenangan PH adalah kerana kebencian rakyat kepada pemerintahan BN yang korup. Ia juga dibantu daripada kebijaksanaan Anwar membentuk pakatan antara parti untuk menumbangkan BN.

Sebelum muncul Anwar, parti pembangkang tidak tahu bagaimana untuk menumbangkan BN. DAP bukan parti pilihan bangsa Cina. DAP tiba-tiba mampu menarik perhatian bangsa Cina apabila Anwar berjaya menyatukan parti dengan idealism beliau kenapa BN mesti dijatuhkan.

Ia bukan kerja mudah. 20 tahun lamanya dan Tun hanya menyambut baton terakhir sahaja. Sebab itu apabila Tun tidak mahu turun, ahli dan penyokong sangat berang dengan Tun.


Mengapa pemimpin2 parti tidak begitu mahu bersuara dan begitu juga dgn Anwar sendiri.
NL: Masing2 ingin menjaga keharmonian dlm Pakatan Harapan. Mereka tidak mahu pelabur, rakyat dan ahli parti terlalu memikirkannya. Dari satu sudut ia positif apa yg dilakukan mereka. Tetapi ia akn memakan diri sendiri jika dibiarkan.

Pemimpin2 PH mesti ingat ia bukan sahaja masalah dalaman PKR iaitu antara Anwar dan Azmin tetapi kesannya akan menghancurkan Pakatan Harapan.

Jika ada Menteri PH mengambil pendekatan 'play safe' sebenarnya mereka tak safe pun. Jika berpecah PKR dan pakatan Tun dan Azmin ini dibiarkan... kedudukan atau jawatan Menteri mereka pun tergugat.

Pemimpin-pemimpin  PH mesti ambil pengajaran dari kekalahan BN. BN kalah faktor utamanya Najib, Rosmah dan 1MD. Tapi hanya satu dua yg berani menegur dan bila melihat mereka tersungkur semua tidak berani berkata yg benar.