BEZA SD YUSOFF DAN SD AZILAH



Oleh : Syed Shah Syed Osman.

Ramai benar yang membezakan SD Azilah dengan SD Yusof Rawther. Ada banyak beza. Beza paling mudah adalah Yusof belum melalui sebarang proses perbicaraan dan Azilah telah dijatuhi hukuman gantung di Mahkamah Tinggi, Rayuan seterusnya Persekutuan. 

Yusof membuat tuduhan yang tiada asas kerana dia perlu membuktikan DSAI berada di lokasi sedangkan Azilah sudah terbukti bersalah. Hanya dalang yang beliau tidak dedahkan. Pendedahan Azilah berkait rapat dengan SD mendiang PI Bala dan pendedahan ini menjawab segala teka teki.

Yusof diberitakan seorang yang tidak berdisiplin dan bermasalah, sedangkan Azilah adalah seorang anggota Polis Unit Tindakan Khas. Jarang skali kita dengar UTK tak disiplin.

DSAI juga telah mengambil semua langkah yang perlu untuk membersihkan namanya termasuk beri kerjasama kepada siasatan. 

Jadi sekarang masa Najib untuk membuktikan sebaliknya diatas pendedahan Azilah...