Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim, bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana "servey" ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M. Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk menjadi PM ke 8 selepas Tun M. Itu kita kena tahu.
Menamakan Anwar sebagai PM ke 8 dan Tun M adalah PM ke 7 sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan boleh aktif berpolitik dan diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M merupakan janji yang PH berikan kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 lagi. PH menang di dalam PRU14 adalah kerana rakyat menyokong penuh menamakan Tun M sebagai PM sementara menanti Anwar melepasi syarat dan kekangannya untuk berpolitik.
Berkali2 Tun M menyebut tempuhnya hanya sekitar dua tahun. Bahkan, di hadapan Anwar Tun M pernah berkata sedemikian, kecuali "Anwar izinkan lebih dari dua tahun", katanya sambil berseloroh. Selepas itu, terdapat kata2 lain dari Tun M yang menyebut mungkin 3 tahun dan beliau pernah sebut selepas ekonomi pulih dan disebut lagi sehingga selesai persidangan APEC pada November tahun hadapan.
Di dalam banyak riwayat kata2 Tun M itu, paling boleh diterima pakai atau "sahih"nya ialah janji beliau untuk dua tahun sahaja. Selain daripada itu boleh dianggap "dhaif" yang tidak kukuh asasnya. Maka, kita bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM seterusnya adalah pada Mei 2020. Pedulikan apa Pembangkang Umno dan Pas mahu sebut, abaikan juga beberapa geng Si Kitol mahu nyatakan tentang tempuh peralihan kuasa ini. Rakyat tahu, yang banyak berkorban dan berjuang selama puluhan tahun itu adalah Anwar. Mereka itu cuma menumpang tuah Anwar dan jenis tidak sedarkan diri.
Rakyat masih yakin dengan kewibawaan Majlis Presiden untuk menunaikan janji ini. Tg Piai sudah cukup jelas isyarat dari rakyat agar PH tidak bermain dengan kata2. Sehubungan itu, Majlis Presiden diharapkan tidak mengecewakan kita semua. Biarlah Umno, Pas dan Si Kitol yang kecewa. Kalau musuh tidak suka Anwar jadi PM, itu satu isyarat jelas bahawa PH ada masa hadapan yang cemerlang sekiranya Anwar menjadi PM segera.
WFAUZDIN NS