PRK Tanjung Piai: PH kesan akaun FB palsu
Semua pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai digesa agar sentiasa memastikan kempen dijalan dengan cara terhormat dan sihat.
Gesaan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad susulan kewujudan Lebih 20 akaun Facebook (FB) palsu yang membuat propaganda memburukkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) baru-baru ini.
tegas Dzulkefly, tindakan itu dikesan merendahkan kredibiliti calon HARAPAN, Karmaine Sardini.
“Sebahagian ialah akaun palsu dan kita faham mengenai keadaan itu tetapi kita tetap melaksanakan pemantauan dan tindakan terhadap media sosial yang sekarang ini berleluasa dengan berita palsu ini.
“Jumlah (akaun FB palsu) saya rasa banyak. Ada lebih 20 yang dalam pemantauan di PRK, termasuk banyak berkaitan calon kita Karmaine Sardini,” katanya.
Dzulkefly berkata, pihaknya sentiasa memantau media sosial sama ada menerusi Instagram atau FB yang mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap calon dan kerajaan PH.
“Sekiranya kita dapati bahawa aduan ini mempunyai unsur-unsur fitnah, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” tegasnya. – RF8 Media