PRK: Pembangkang dibidas kafir harbikan DAP
Pembangkang yang galak mengkafir harbikan (halal darah) DAP dalam kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai dibidas kerana tidak patriotik dan berniat menghuru-harakan keharmonian kaum.
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub berkata label DAP kafir harbi sementara ahli MCA dianggap sebagai kafir dzimmi adalah sagnat tidak bertanggungjawab dan tidak demokratik.
“Saya dengar seorang penceramah di bilik gerakan BN dia ceramah kenapa kita pilih Wee Jeck Seng kerana dia kafir dizmi. Dia sebut Wee kafir dzimmi.
“Penceramah kata kenapa kita tolak orang Cina dari parti lagi satu kerana mereka ini kafir harbi. Kafir zimi kafir harbi, ini cerita apa? Bukan tugas kita untuk kafirkan orang ini
“Kita tak mahu budaya kafir mengkafirkan ini tumbuh dalam negara kerana budaya ini hancurkan negara-negara Islam.
“Kita negara aman kita hidup dalam negara berbilang kaum dan agama,” katanya dipetik.
Salahuddin turut menyentuh tentang pendirian PAS yang tidak konsisten tentang bukan Islam, menuduh parti itu mengubah sikapnya untuk disesuaikan dengan matlamat politiknya.
“Dulu dia kata tak boleh undi kafir, sekarang boleh pulak Kita tidak mahu terperangkap dalam permainan perkauman yang mana kita tukar-tukar kitab, kita tukar-tukar fatwa,” ujarnya
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang turut menyampaikan ceramah mengkritik PAS dan Umno kerana cuba menakut-nakutkan umat Islam dengan mengatakan Islam terancam di bawah pentadbiran PH.
Beliau berkata peruntukan bertambah untuk Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Islam (Jakim) dan guru KAFA membuktikan PH membangunkan dan menyokong institusi Islam.
“Adakah Muslim rasa tergugat kerana tak boleh solat? Adakah Muslim rasa tergugat kerana kerajaan nak tukar agama rasmi daripada Islam. Tentunya tidak,” katanya