Tun Fatimah&Mohd Asri Abu Bakar
Masih ramai lagi yang tanya soalan ini padahal saya dah jawap bulan 7 lepas. Membaca politik ini adalah seperti menganalisa permainan catur grandmaster vs master. Kadang-kadang kita tengok sepatutnya dia dah boleh checkmate lawan tapi kenapa grandmaster itu masih delay dari make the final move. Orang yang bijak bila dia buat sesuatu dia akan fikir 3-4 steps di hadapan dari lawan dia. Looks can be deceived.
Awak ingat orang yang dah biasa kena penjara dan tersiksa sama ke dengan pejuang palsu yang tak pernah di uji? Bagi saya satu kes court Azmin lawan UMNO/BN dulu macam mana Rafizi berani lawan sampai hampir2 ke pintu penjara.
Nak handle kes Azmin ini pun sama. Cari jalan untuk maximize the pain, biar dia bleed to death. Biar sahaja dia gantung tak bertali. Nak lompat ke parti lain pun tak ada orang yang mahu, nak keluar pula tak berani. Sampai masa nanti bila DSAI jadi PM ke 8 (In sya ALLAH), time itu lah baru pecat dia, atau pun biar sahaja dia dalam parti tanpa jawatan menteri; kalau kes video tak tangkap dulu, whichever arrive first.
PRU 15 nanti dia takkan dapat bertanding sendiri kalau tak ada orang nak sign watikah perlantikan calon. Nasib dia akan jadi setaraf Nasaruddin Mat Isa atau pun Ezam kotak; datang tak berjemput, pulang tak berhantar.
Dalam politik, everything is a calculated risk. Siapa yang belajar risk management dia tahu la apa dia risk versus reward. The higher the risk, the better the reward. Dan orang macam Azmin is not known to be a risk taker. Macam mana dia ternak lebai di kerajaan Selangor PRU lepas sebab takut hilang jawatan MB. Dia biasanya lempar batu sembunyi tangan. Dan kartel2 nya seperti Zuraidah akan buat kerja.
Jangan kita lupa bila PH cadangkan TunM jadi calon Perdana Menteri, kartel Azmin yang paling kuat bising kata TunM dah tua. Zuraidah nak cadangkan PH lantik Azmin jadi PM (sebab DSAI dalam penjara) tapi rakyat semua tahu dia sendiri tak layak. Jadi Menteri Besar Selangor pun ikut pintu belakang. Lepas tu lantik MB Boneka baru pun ikut pintu belakang. Tengok la kualti MB Boneka, apa pun tak tahu. Ini yang jadi bila lantik orang yang tak layak.
Kali ni Azmin silap percaturan; dia nak jadi PM ke 8 ikut pintu belakang. Tiba-tiba muncul kes video Sandakan; saya rasa ini permainan Lobakman sebab dia sendiri yang beria-ria pasal isu ini siap buat forensik report dari Indonesia lagi. Bila dia dah tau cita-cita dia nak jadi PM belakang terburai, dia cuba bodek TunM jadi menteri sampai habis penggal.
Saya rasa polis pun tak lama boleh simpan kes Sandakan. Kalau dah 95% accuracy tu dah kira tepat la. Sedangkan kes samun kat kedai yang video gambar kualiti Nokia 3310 pun polis boleh cekup, inikan video kualiti HD. Polis pun tak boleh KIV kes ini lama-lama kalau tak nama baik polis sendiri akan tercemar.
Bagi saya langkah DSAI untuk tidak pecat Azmin adalah langkah yang paling tepat. Kalau DSAI pecat Azmin, dia ada alasan untuk keluar parti tapi bila DSAI buat tak kisah, Azmin sendiri akan mereput dalam PKR macam datang tak berjemput, pulang tak berhantar.
Bila Azmin dah tersilap langkah semalam pun bagus, sebab apa-apa pun tindakan DSAI selepas ini adalah justifikasi pengkhianatan Azmin terhadap Majlis Presiden PH. Majlis Presiden PH juga perlu bertindak sesuatu sebelum di gelar lame duck council.