Najib diarah bela diri, apa maksudnya?
Oleh Sangeet Kaur Deo
Mahkamah telah memerintahkan Najib Razak untuk membela diri. Apakah maksudnya?
Terdapat dua peringkat dalam perbicaraan jenayah.
Peringkat pertama, pihak pendakwaan akan mempersembahkan kes (contoh: saksi dan bahan bukti)
Mahkamah harus berpuas hati dengan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaan sebelum ia diteruskan ke peringkat kedua.
Peringkat kedua adalah pembelaan. Pihak tertuduh perlu memberi kenyataan membela diri. Dia mempunyai tiga pilihan.
Dia boleh sama ada memilih untuk berdiam diri, membuat keterangan bersumpah dari kandang saksi yang mana dia tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan; atau keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh (pilihan ketiga mempunyai kesan yang paling lemah di mahkamah).
Pihak tertuduh mungkin berjaya membangkitkan keraguan munasabah dalam kes pihak pendakwaan pada peringkat ini. Jika dia berjaya berbuat demikian, dia akan dibebaskan.
Jika pihak tertuduh gagal membangkitkan keraguan munasabah, dia akan dijatuhkan hukuman.
Mahkamah hanya akan membuat keputusan muktamad selepas peringkat kedua. – Roketkini
(Sangeet Kaur Deo adalah peguam)