Lepas kecam Israel Guan Eng temui PM Palestien
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilapor bertemu Perdana Menteri Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh bagi menzahirkan sokongan parti itu terhadap perjuangan rakyat negara tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook, Guan Eng berkongsikan gambar pertemuan dengan Mohammad Shtayyeh ketika berlangsung persidangan Progressive Alliance di Stockholm, Sweden.
Menurut Guan Eng, parti itu sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut keadilan dan kebebasan dari kependudukan rejim Israel.
“Dr Mohammad Shtayyeh menzahirkan penghargaan terhadap sokongan DAP dalam resolusi menyokong Palestin di persidangan tersebut,” kata Menteri Kewangan itu.
Turut kelihatan dalam gambar itu, Adun Bukit Gasing dari DAP, Rajiv Rishyakaran.
Turut kelihatan dalam gambar itu, Adun Bukit Gasing dari DAP, Rajiv Rishyakaran.
Sokongan DAP terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menentang kezaliman Zionisme bukan perkara baru.
Sebagai rekod, pada Oktober tahun lepas DAP mengecam sekeras-kerasnya “undang-undang Ketuanan Yahudi” sambil menyifatkannya sebagai zalim, tidak adil dan tidak demokratik.
Kecaman itu dibuat selepas parlimen Israel meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan negara itu sebagai negara Yahudi secara eksklusif dengan 62 ahli parlimen menyokong manakala 55 lagi menolak.
Menurut Lim undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak terutamanya bangsa Arab.