Di manakah prinsip Pas di Tg Piai?
Tinta Merah
Negara dan rakyat Melayu Islam sedang memerhatikan dasar dan arah perjuangan Pas yang kononya berdiri diatas prinsip untuk menegakkan negara Islam DiMalaysia. Adakah PAS benar benar berjuang demi menegakkan Negara Islam atau hanyalah alat dan gula gula manis politik semata mata untuk mengaburi ahli serta penyokong fanatik PAS.
1. MCA adalah sebuah parti yang 100% terdiri daripada cina kafir. MCA juga begitu lantang menentang PAS untuk mendirikan negara Islam. Banyak bukti dizaman IT ini kita boleh mencari bukti MCA menentang Hudud dan negara Islam sehingga sanggup membiayai 100 peguam untuk menentang Hudud PAS dimana mana mahkamah.Klik sahaja di internet/google akan terpanculah bukti bukti MCA lagi teruk dan dajal daripada DAP yang dianggotai juga oleh Melayu Islam didalamnya.
2. Sejarah juga tidak pernah berbohong bahawasanya MCA lebih bersifat ‘Ultra Kiasu’ berbanding dengan DAP. Ini diakui sendiri oleh Dr. Ridhuan Tee, bekas ahli seumur hidup MCA yang keluar daripada MCA kerana setelah berada didalam MCA, rupanyaa Dr Ridhuan Tee tahu MCA tidak menerima orang Muslim sepertinya. Maknanya MCA menolak sepenuhnya Islam dan orang Melayu. Cuma Umno/BN sahaja yang memberi muka untuk mengaburi ahli Umno. Sedangkan pengakuan Dr.Ridhuan Tee sudah cukup mengambarkan MCA patut ditolak oleh umat Melayu Islam sepenuhnya.
3. PAS menganjurkan ‘Buy Muslim First’ aka BMF dalam kehidupan seharian, supaya Melayu Malaysia membeli barang barang buatan Islam serta disokong oleh UMNO . Jelas dan terang bukan. Tidak perlu untuk diterangkan panjang lebar. Disini kita ingin lihat apakah konsep BMF ini hanyalah retorik Parti PAS dan Umno dan penyokong Umno/PAS yang taksub diperbodohkan sahaja. ‘BMF’ atau ‘VMF’ (Vote Muslim First ) adalah perkara yang sama. Tidak perlu PAS menafikannya atau spin.
4. PAS selalu menyatakan untuk hukumnya WAJIB untuk memilih pemimpin dikalangan orang orang Islam. Kalau dalam mana mana ceramah PAS yang berdegar degar sehingga runtuh bukit tapi busutpun tak songket, ceramah PAS selalu didatangkan dalil Al-Quran untuk membuktikan Kenyataan lobai lobai PAS betul dan benar bahawasanya ‘HARAM’ untuk Melayu Islam mengundi atau memilih Kapir atau Non-Muslim atau Cina atau India selain daripada yang beragama Islam dan Melayu.
5. MCA pernah mengugut UMNO untuk keluar daripada BN sekiranya UMNO menerima PAS sebagai parti gabungan BN. Amboiii…sungguh hebat, parti yang hanya tinggal 1 kerusi di Parlimen begitu berani untuk mengugut UMNO yang mempunyai sebegitu banyak kerusi di parlimen. Isu ugutan ini juga terjadi dalam isu Ruu355 jika Umno menerima Hudud Pas diparlimen.
Malah kejadian terbaru diTanjung Piai, dimana Presiden Umno diugut oleh MCA supaya jangan gatal mulut untuk mengumumkan calon Tanjung Piai daripada Umno. Jelas UMNO dibawah pimpinan Zahid sebenarnya kerdil, penakut dan mengikut kemahuan dan telunjuk MCA semata mata.
Perkara seperti Dong Jiao Zong (DJZ ), juga kesemua Presiden Umno telah mengikut telunjuk MCA. Cuma Tun M sahaja, semasa di 2 era pemerintahannya didalam Umno dan PH lantang menolak permintaan DJZ tanpa takut dan dolak dalih. ( Perlu diterima hakikat, Tun M sahaja pemimpin politik Melayu Islam yang naik keatas sebagai Presiden Umno, dulunya dan sebagai Perdana Menteri yang naik tanpa pertolongan daripada bangsa kafir Cina. Sebab itulah Tun M tidak takut kepada kaum Cina dalam politik. Kawan cina memang ada, kita semua pasti berkawan dengan Cina waima pemimpin PAS sendiri tapi Tun M menjadi PM tanpa bantuan daripada cina… tidak seperti PM yang lain atau Presiden Umno yang kecutt bila digertak oleh kafir cina seperti MCA.
6. Seterusnya Perhimpunan Perpaduan Ummah atau Perpaduan Nasional yang diadakan diPWTC serta Himpunan ICERD yang diadakan diPadang Merbok bersama kekasih PAS iaitu UMNO juga adalah PEMBOHONGAN semata mata. Himpunan tersebut hanyalah wayang drama Melayu untuk mengaburi Bangsa Melayu sahaja. Jika benar diatas landasan Ummah Melayu, ahli dan penyokong PAS perlulah buktikan diTanjung Piai nanti bahawa mereka telah memilih Cina daripada Melayu.
7. Selalu sangat propaganda pihak UMNO dan PAS yang kerap kali menyalahkan ‘Bangsa Lain’ dalam kegagalan Bangsa Melayu dalam semua aspek seperti ekonomi, politik, pendidikan, perumahan, kos sara hidup dan pelbagai aspek lagi. Adakah bangsa lain yang merampasnya atau adakah sebenarnya Umno dan PAS yang memberikan HAK MELAYU tersebut dengan mudah kepada bangsa lain.
Jelas dalam isu Demografi dan PRK diTanjung Piai ini hak Orang Melayu telah dinodai serta diserahkan sewenang wenangnya kepada Cina Kapir MCA untuk menentukan serta merancang dasar sosio-ekonomi-kehidupan Bangsa Melayu di Tanjung Piai.
Apakah Melayu tidak terpikir nanti sekiranya MCA menjadi Pemimpin Kapir dikawasan milik hak majority Melayu kesannya cukup tinggi dan menyakitkan.
Ia diumpamakan sejarah diawal penaklukan atau pendudukan pihak Israel diPalastine. Dimana bumi penduduk Palastine dipimpin oleh kafir Israel untuk memerintah walaupun Demografi majoritinya adalah milik Palastine.
Adakah Melayu Islam diTanjung Piai sanggup ditipu oleh sandiwara BN/Umno/Pas…..
Sedangkan dizaman arwah Dr. Mohd Farid telah merampasnya kawasan Parlimen Tanjung Piai daripada pemimpin kafir MCA yang angkuh kononya kawasan tersebut adalah milik tradisi turun temurun kaum Cina ( sejak bila? ). Hakikatnya bukan, sebenarnya Tanjung Piai adalah milik tradisi kaum Melayu Islam sejak daripada era kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia patut dipimpin oleh Melayu Islam bukannya Kafir Cina.
Lantas setelah kemenangan menjadi milik Dr. Mohd Farid, arwah berusaha sedaya upaya untuk membawa pembangunan masuk ke Tanjung Piai yang nyata gagal dilakukan oleh MCA dan kerajaan BN/ Umno dahulunya. Walaupun kerajaan pusat dizaman hayatnya kekurangan dana keewangan untuk disalurkan akibat kleptokrasi penyamun kerajaan Najib Rosmah, namun Arwah Dr. Mohd Farid berusaha bersungguh sungguh meminta peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk dibawa ke kawasan Parlimen Tanjung Piai serta membangunkan dengan pelbagai pasarana serta kemudahan masyarakat dan kebajikan lain setelah kerajaan BN/MCA/Umno gagal membangunkan parlimen Tanjung Piai semenjak era Merdeka lagi.
Pilihlah Melayu Islam di Tanjung Piai.