23 NOV 2019
Terima kasih kepada para ibu bapa dan adik-adik yang mengambil bahagian. Tahniah.
24 nov 2019
Terima kasih kepada para ibu bapa dan adik-adik yang mengambil bahagian. Tahniah.
Menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini.
Mesyuarat pada kali ini memberi fokus mengenai pasca PRK Tanjung Piai dan kesemua parti komponen bertekad untuk mengambil langkah-langkah tegas dalam melakukan penambahbaikan demi rakyat di negara ini.
Menghadiri Majlis Makan Malam meraikan ulang tahun ke-20 Malaysiakini yang ditubuhkan pada 20 November 1999.
Semoga Malaysiakini terus membekalkan berita yang berkualiti kepada semua pembaca dalam era Malaysia Baru.
24 nov 2019
Saya dan Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Konvensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam pagi ini. Konvensyen ini ingatkan semua pimpinan bahawa kita di sini kerana sokongan dan dukungan ribuan rakyat.
Jangan kerana kuasa kita lupa daratan dan lupa sejarah. Agenda perjuangan asal KEADILAN bukan hendak jadi kerajaan atau menteri. Kita berjuang hendak bela nasib rakyat dan tegakkan keadilan.
Pimpinan yang dipilih seharusnya menggunakan kuasa menbantu rakyat dan bukannya kroni. Dalam berjuang usah kta tersasar dan tergelincir dari agenda reformasi dan perubahan.
Harus ingat derita saat kita berjuang, dan jangan sesekali kita lupa sejarah parti ini.
Saya dan Azizah tidak akan pernah lupa bahawa kami di sini kerana sokongan dan dukungan rakyat terbanyak keseluruhannya.
Perjuangan ini harus ada akhlak - tiada akhlak maka semuanya akan musnah - sombong, lupa diri, takabbur, tidak hormat rakyat. Reformasi tidak akan selesai walaupun menang (sudah menang) pilihan raya.Ia hanya akan selesai jika kita laksana agenda atau dasar yang betul, antaranya membela nasib rakyat bawahan serta memastikan taraf ekonomi mereka meningkat dan dibela.
Saya juga ingatkan bahawa jangan kita berjuang hanya untuk satu kaum sebaliknya untuk semua kaum yang ada di negara ini berasaskan semangat bangsa Malaysia.
Para reformis harus terus mendesak ke arah perubahan positif di negara ini. Saya mahu semua susun jentera dan tunjuk kekuatan serta bantu Kongres Tahunan KEADILAN 2019 di Melaka nanti.
25 nov 2019
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengadakan majlis ilmu dan zikir mingguan di rumah semalam. Teman-teman dari Otai Reformis turut hadir, juga majlis kami diserikan dengan kehadiran Kiyai Lora Taufiqqurahman. Terima kasih.