Tanjung Piai: Calon BN dari MCA?
Calon BN bagi kerusi parlimen Tanjung Piai mungkin dari parti MCA berdasarkan keyakinan Umno bahawa kawasan tersebut kubu kuat mereka dan tiada masalah untuk mengekalkan undi yang diperolehi pada pilihan raya umum ke 14 lalu.
Sangkaan itu lebih kuat apabila Presiden MCA Wee Ka Siong semalam kelihatan gembira dengan hasil mesyuarat bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC SA Vigneswaran.
Beliau berkata, calon pilihan gabungan itu sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut yang bersidang menerusi perisian Skype.
“Anda lihat muka saya,” katanya sambil tersenyum lebar di Parlimen semalam.
“Kami sudah membuat keputusan dan akan tunggu pengumuman,” katanya dipetik.
Umno dilapor berhasrat untuk meletakkan calon di kerusi itu, yang dipertahankan oleh ketua MCA bahagian Wee Jeck Seng pada pilihan raya 2008 dan 2013.
Jeck Seng tewas kepada calon PKR, Md Farid Md Rafik dari PPBM pada piliihan raya 2018 dengan majoriti 524 undi. Kerusi Tanjung Piai kosong berikutan kematian Farid pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.
Wee enggan memberi bayangan latar belakang calon mereka, mengatakan “calon ini tidak susah untuk kita hendak teka”.
Beliau meminta pemberita mengikuti acara BN di Tanjung Piai esok malam, selepas “solat Isyak”.
“Kalau saya beritahu hari ini sudah tidak suspen,” katanya.