Perjanjian Petronas sebut ‘wang tunai’, bukan royalti
Via WhatsApp
“Wang Tunai” yang akan dibayar ke Akaun Kerajaan Negeri daripada 5% nilai petroleum yang diperolehi di Kelantan.
Sebutkan nama apa jenis istilah pun, apabila duit itu jelas masuk ke akaun KN, ia adalah hasil Petroleum yang biasanya disebut Royalti.
Mb, Tmb, Exco, Ahli Parlimen Pas dh akui duit itu masuk ke Akaun Kerajaan Negeri Kelantan. Bukannya masuk ke akaun JPP seperti zaman Kerajaan BN dulu, yang disebut-sebut Wang Ehsan.
Duit dah masuk Akaun kamu, kamu boleh guna untuk uruskan Negeri kamu, tapi kamu masih lagi bermain istilah dan berperang istilah.
Sepatutnya jika Kerajaan Kelantan cerdik macam Terengganu, bentuk lah Jk Bersama Royalti Kelantan yang terdiri dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan, untuk usaha tambah lagi amaun yang patut diterima, bawa fakta-fakta dan dokumen, bukannya sibuk berceramah politik sahaja yang tahu.
Duit sudah masuk akaun. Tidak pernah berlaku dalam sejarah tuntutan Royalti 2008-2019. Reti bersyukurlah, Green Light dh Kerajaan Pusat bagi. Tolong lah Mb, Tmb, Exco cerdik mcm Kerajaan Terengganu.
Minta tolong juga, duit banyak tu dh masuk ke Akaun kamu, guna sebaik mungkin dan jangan pilih warna politik. Kami akan memantau perjalanan duit itu.
Syam Ghaz
#RoyaltiKelantan #RoyaltiMalaysia