Belanjawan 2020 iktiraf peranan anak muda
Hujah pembangkang menyatakan anak muda diabaikan dan undi mereka akan menolak Pakatan Harapan dari Putrajaya meleset.
Hal ini terbukti dengan pembentangan belanjawan semalam yang memperuntukkan begitu banyak bantuan kepada anak muda menganggur, insentif pekerjaan bagi menggantikan buruh asing dan peluang perniagaan kepada yang ingin menjadi usahawan.
Oleh yang demikian, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai ‘Belanjawan Anak Muda 2020’ yang mampu memacu perkembangan positif kepada golongan tersebut.
Beliau berkata banyak penambahbaikan dirancang kerajaan menerusi peruntukan Belanjawan 2020 termasuk suntikan dana khas berjumlah RM6.5 bilion untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan tahun depan.
“Pada masa sama, ia bukan sahaja tentang peluang pekerjaan baharu, kita juga lihat sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sangat dekat dengan anak muda khususnya yang berlatar belakang daripada keluarga B40 ada peningkatan RM200 juta.
“Ini tidak termasuk dengan kenaikan elaun anak-anak TVET di setiap intitusi TVET sebanyak RM100 sebulan. Inilah hala tuju yang kita mahukan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2020 hari ini.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, mengumumkan inisiatif MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
MalaysiaKerja terbahagi kepada empat program iaitu GraduanKerja (Graduates@Work), WanitaKerja (Women@Work), WatanKerja (Locals@Work) dan PerantisKerja (Apprentice@Work) yang disasarkan kepada pekerja dan majikan dengan menyediakan pelbagai insentif