ADAKAH ANWAR TURUT DIJEMPUT SAMA



Pas telah mengesahkan kehadiran Presidennya, Hadi Awang ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati, Shah Alam.
Dengan kehadiran itu bermakna Hadi akan bersama-sama dengan Tun Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan amanat Melayunya di kongres tersebut.
Dalam waktu yang sama, UMNO difahamkan masih belum menerima sebarang jemputan daripada penganjur untuk menghadiri kongres itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada UMNO termasuk dalam senarai jemputan atau pun tidak.
Tetapi, jika Pas sudah dapat jemputan, hairan juga bagaimana UMNO yang merupakan parti Melayu terbesar masih belum menerima sebarang jemputan.
Atau mungkinkah UMNO sebenarnya tidak termasuk dalam senarai jemputan sama sekali?
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan bakal pengganti Perdana Menteri akan datang, turut tidak diketahui sama dijemput atau sebaliknya.
Mungkinkah beliau juga tidak dijemput?
Kalau ada sikap berpilih-pilih dalam jemputan, bagaimana nak membincangkan soal maruah Melayu di negara ini?
Terlebih dahulu mahu ditanya, di mana maruah penganjur dalam hal ini? (Shahbudindotcom 01/10/2019)