Serangam komunis: Pembangkang burukkan kerajaan PH Melaka
Selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) lalu, pembangkang dilihat cuba memainkan pelbagai isu untuk mencemarkan imej pemimpin Pakatan Harapan (PH) di mata rakyat.
Gagal menjadi pembangkang yang baik, mereka mencipta pelbagai persepsi jahat bagi menarik kembali sokongan rakyat.
Terbaharu, Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan segelintir pembangkang bahawa pemilihan warna baju rasmi yang dipakai barisan exco kerajaan negeri sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat Negeri Melaka seakan-akan seragam komunis.
Memetik laporan Melakakini, Adly Zahari menjelaskan, pemilihan warna itu berkait dengan semangat kemerdekaan dan ianya juga merupakan warna pakaian digunakan tentera Melayu terdahulu.
“Warna kita pilih berdasarkan semangat kemerdekaan, setiap warna yang kita pilih itu memang ada kena mengena dengan merdeka kita.
“Warna ini adalah salah satu warna tentera dahulu, sebab kalau kita lihat askar Melayu yang awal menggunakan warna ini, jadi warna ini sebenarnya memberikan gambaran bahawa semangat itu harus kita kekalkan,” katanya
Adly sementara itu menyifatkan tindakan segelintir pihak menyamakan pakaian digunakan itu dengan pakaian tentera komunis seoalah-olah cuba mencuit keharmonian yang dinikmati sehingga sekarang.
Terdahulu, Yang Dipertua Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama barisan pimpinan kerajaan negeri hadir menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-62 di Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir pada 31 Ogos lalu.
Sebelum ini, seorang pemimpin mesra Umno, membuat permohonan maaf terhadap seorang pemimpin DAP kerana memfitnah pakaian digunakannya mirip pakaian diguna askar komunis.
Azwanddin Hamzah memilih penyelesaiaan luar mahkamah atas fitnah dibuatnya terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong. – RF8 Media