Saifuddin ‘ no komen’ isu gantikan Muhyiddin Yassin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengambil sikap kunci mulut mengenai spekulasi yang mengatakan beliau akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN).
Menurutnya, perkara itu berada di luar pengetahuannya dan beliau tidak mahu mengulas lanjut.
“Pasal rombakan Kabinet, portfolio di luar jangkaan atau pengetahuan saya.
“Kalau berlaku nanti saya bagi ‘special interview’ untuk jawab balik, saya tidak hendak ‘speculate’ yang itu dan saya harus hormat bidang kuasa Perdana Menteri,” katanya ringkas kepada media.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan akan berlakunya rombakan dalam Kabinetnya. bagaimanapun berkata, mungkin memikirkan untuk melakukan pertukaran portfolio.
Susul
an kenyataan itu timbul khabar angin Saifuddin yang kini merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bakal ‘dinaikkan pangkat’ ke KDN.
Selain Saifuddin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut dikatakan terlibat dalam rombakan itu, namun portfolio yang akan dipegang oleh dua pemimpin tersebut tidak dinyatakan secara jelas. – RF8 Media