KENYATAAN MEDIA




KENYATAAN MEDIA

PEMUDA AMANAH TERENGGANU KESAL DONG ZONG GAGAL MENJIWAI SEMANGAT NASIONAL, ANCAMAN KEPADA PERPADUAN NASIONAL

13 OGOS 2019

Pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan pengenalan tulisan jawi dalam silibus matapelajara bahasa melayu mendapat respon perbagai dari kalangan rakyat Malaysia. Faktor kaum juga dapat dilihat menjadi faktor penerimaan dan penolakan terhadap polisi baharu Kementerian. 

Walaupun banyak pihak cuba menjadi jaguh kaum masing masing dalam isu ini, nada yang berbeza beza dapat dilihat dalam kalangan pemimpin parti politik terutamanya DAP dan MCA. Beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Teo Nie Ching dilihat menerima kritikan keras dari kaum cina dan india apabila mereka memilih untuk mempertahankan pengenalan ini manakala pemimpin MCA lebih bermuka muka apabila menentang keras pengenalan tulisan jawi bila berhadapan masyarakat cina namun cuba ditonjolkan lebih terbuka dalam isu ini apabila berdepan masyarakat melayu. 

Namun, pihak yang paling ketara dan keras menentang pengenalan tulisan jawi dan khat dalam silibus pelajaran adalah Pertubuhan "Dong Jio Zong" atau lebih dikenali sebagai Dong Zong.

Pada 10 Ogos, Dong Zong telah melancarkan petisyen bantah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular atas alasan ia tidak diterima oleh komuniti bukan islam dan mendakwa ia bercanggah dengan Artikel 12 (3) Perlembagaan Persekutuan iaitu : "Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri."

Dakwaan Dong Zong yang menggunapakai Artikel 12 (3) merupakan tanda mereka adalah kumpulan yang gagal memahami bahkan membezakan apa yang disebut sebagai 'ajaran agama', dan apa yang dikenali sebagai 'sistem tulisan'. 

Ketakutan pada huruf atau ansara , kegagalan untuk memahami citra dan warisan Tanah Melayu telah memperlihatkan wajah sebenar Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan rasis sebagaimana disebut Perdana Menteri. 

Tulisan jawi telah berada di Kepulauan Melayu dan Tanah Melayu sejak tahun 1300 masihi dan hanya diakhir abad ke 19 tulisan rumi mula digunakan, namun hanya pada tahun 1966 Kementerian Pelajaran dibawah Khir Johari (UMNO) telah menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan bahasa pengantar kepada tulisan rumi. 

Sebelum tahun 1966, bahawa Jawi digunakan segala rasmi bahkan oleh kaum Cina, India di Tanah Melayu. Generasi yang mendapat didikan selepas penghapusan tulisan jawi telah menjadi generasi yang buta tulisan jawi, dan seterusnya hari ini menjadi begitu asing dalam kalangan rakyat Malaysia terutama kaum Cina dan India sehinggakan pemimpin kumpulan Dong Zong gagal membezakan antara tulisan/huruf dan ajaran islam. 

Kegagalan yang kita boleh simpulkan berpunca dari rasa takut yang tidak berasas ini sekaligus telah menjadi punca wujud perpecahan antara kaum di Malaysia apabila Dong Zong begitu gemar mengeluarkan kenyataan dan tindakan seolah olah mencabar warisan bangsa. 

Walaupun pertubuhan ini hampir seusia dengan kemerdekaan Tanah Melayu dan negara telah melalui perbagai proses pembinaan negara bangsa, namun Dong Zong masih membawa pemikiran sempit, Dong Zong tidak akan menjadi aset sebaliknya akan sentiasa menjadi liabiliti kepada negara, dan ancaman kepada perpaduan nasional.

Walaupun sentimen dan unsur perkauman yang telah timbul kesan dari propaganda pembangkang serta kedegilan Dong Zong kita berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik melalui siri penerangan dan dialog, Malaysia hari ini tidak memerlukan pendekatan keras dan dilihat bersifat memaksa, namun proses pendidikan harus tetap dilaksana dengan penuh hikmah dan tersusun.

Muammar Qaddafi Bin Mohd Nasir
Pengarah Komunikasi 
Pemuda AMANAH Terengganu