‘Di Mekah tidak ada parti itu, tetapi Islam terjaga’
Tidak semua kenyataan pemimpin parti berlabel Islam adalah benar, kata Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Zolkharnain Abidin.
Menurut beliau, fokus parti berlabel Islam – tanpa menyebut nama – hanyalah mahu mendapat kuasa memerintah dan bukannya benar-benar ingin memelihara Islam.
“Sebab kalau nak jaga Islam, di Mekah tak ada pun parti itu, tapi Kaabah (Islam) tetap terjaga,” katanya.
Menurut , pemimpin parti tersebut juga manusia yang mempunyai nafsu walaupun memakai ketayap dan bergaya ulama.
“Mereka orang politik yang mahu kuasa. Apa saja yang memungkinkan mereka mendapat kuasa, walaupun putar belit, mereka akan buat.
“Misalnya, apabila pemimpin parti itu kata Islam sedang terancam, itu kata dia. Tak semestinya betul,” ujarnya dipetik dari Facebook beliau.
Menurut Zolkharnain lagi, pmimpin parti tersebut berkata sedemikian agar orang ramai membenci kerajaan Pakatan Harapan kononnya tidak menjaga Islam dan tidak lagi mengundi PH.
“Tujuannya ialah, apabila orang benci kerajaan sedia ada, dia harap orang ramai akan undi dia dan parti dia dalam PRU akan datang,” katanya.
Sehubungan itu, Ustaz Zolkharnain mencadangkan lebih elok parti tersebut berterus-terang mahukan kuasa dan jawatan.
“Daripada pusing-pusing lelong agama sana-sini, akibatnya agama rosak, negara rosak, bahkan cita-cita kamu pun tak tercapai, lebih baik cakap terus-terang,” tambahnya lagi. – RF8 Media