Banyak berita dan inisiatif menarik yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan sepanjang Julai lalu, yang mungkin anda terlepas pandang. Justeru, kami rangkumkan berita tersebut di sini.
1. Tabung Haji semakin kukuh di bawah kerajaan PH
Pelan rasionalisasi dan langkah penyusunan semula kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengukuhkan asetnya melebihi liabiliti.
Perkembangan itu menunjukkan situasi kewangan TH sudah hampir pulih seterusnya memberi manfaat kepada pendeposit TH.
Ia turut merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM440 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019.
TH juga merekodkan pendapatan berjumlah RM623 juta bagi tempoh dikaji dan jumlah asetnya juga melebihi jumlah liabiliti RM1.2 bilion.
2. Pengerusi NGO pro-UMNO mohon maaf, bayar ganti rugi pada Teresa Kok kerana kenyataan fitnah
Teresa Kok yang merupakan Menteri Industri Utama memfailkan saman fitnah pada 9 Januari lalu terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berhubung satu kenyataan fitnah.
Azwanddin memfitnah Teresa kononnya mempunyai hubung kait dengan syarikat One City yang ketika itu didakwa terlibat dalam insiden kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.
Dua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan kes tersebut di luar mahkamah.
Azwanddin juga bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf kepada Teresa yang akan diterbitkan di tiga surat khabar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily.
Azwanddin juga membayar sejumlah wang kepada Teresa, namun jumlahnya tidak didedahkan.
Kisah UMNO atau simpatisannya kalah fitnah di mahkamah atau akhirnya perlu cari jalan selesai luar mahkamah bukan perkara baru. Sebelum ini sudah banyak kes saman fitnah yang telah dimenangi pemimpin DAP.
3. Harga Streamyx turun
Sebelum ini rakyat mengeluh kerana harga Streamyx, iaitu salah satu paket jalur lebar yang ditawarkan Telekom Malaysia, tidak turun meskipun produk lain seperti Unifi yang mempunyai kelajuan yang lebih tinggi sudah turun harga selepas Gobind Singh Deo mengambil alih Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Streamyx masih menjadi pilihan kerana liputan Unifi masih belum meluas di seluruh negara. Pelan tersebut kebanyakannya masih digunakan di kawasan luar bandar.
Pakej jalur lebar dengan kelajuan 8Mbps yang sebelum ini berharga RM160 sebulan diturunkan kepada RM89 sebulan bagi pelanggan baharu. Sementara pelanggan sedia ada akan menikmati pakej saya dengan harga RM69 sebulan.
Semua ini membuktikan bahawa semangat kerajaan Pakatan Harapan selari dengan denyut nadi rakyat. Ini juga adalah kejayaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui Gobind dalam melaksanakan Pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang seterusnya membawa kepada penurunan harga-harga jalur lebar di negara ini.
4. Kit Siang kutuk pihak hina Nabi Muhammad
Jangan terkejut, ini adalah Lim Kit Siang yang hari-hari penyokong UMNO-PAS selalu fitnah kononnya anti-Melayu.
Jika benar fitnah tersebut, mengapa Kit Siang yang merupakan pemimpin veteran DAP mengutuk dalang yang menulis hantaran menghina Nabi Muhammad itu.
Bukan sekadar kecam perbuatan keji itu, Kit Siang juga gesa tindakan paling tegas dikenakan terhadap pihak yang terlibat.
5. Pinjaman mudah kelapa sawit
Mulai 15 Ogos ini, pekebun kecil persendirian yang mahu lakukan penanaman semua sawit boleh memohon dua skim pinjaman muda untuk ringkan beban kewangan mereka.
Dua skim itu adalah Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) membabitkan peruntukan dana sebanyak RM550 juta.
Kini, pekebun kecil persendirian mampu menarik nafas lega, kerana kerajaan Pakatan Harapan sememangnya prihatin terhadap nasib pekebun kecil. Dengan bantuan tersebut, mereka kini boleh memperluaskan tanaman dan seterusnya mengaut hasil yang lumayan.
6. Panggilan ke Befrienders kini percuma
Apa itu Befrienders? Befrienders merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Mulai Ogos ini, semua membuat panggilan ke Befrienders tidak akan dikenakan sebarang caj. Ini adalah usaha sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan lapan syarikat telekomunikasi.
Syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, TIME dotcom Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Webe Digital Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.
Kerjasama ini sebagai satu inisiatif bagi menangani isu kemurungan dan mempunyai niat membunuh diri dalam kalangan masyarakat Malaysia.
7. Perbicaraan kes Najib
Semakin banyak pendedahan yang kita dengar di mahkamah dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Roketkini.com