Dalam ucapan sewaktu majlis makan malam Harapan Sarawak Baru malam tadi, saya turut membangkitkan berkenaan isu penebangan hutan di Sarawak dan Sabah yang kian meruncing.
Saya tekankan bahawa kita mesti mempunyai kekuatan dan tekad politik yang jelas bagi menangani permasalahan ini.
Saya sempat berbincang dengan mantan Perdana Menteri BritainGordon Brown dan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gorebagi memohon bantuan dan dukungan terkait isu alam sekitar bagi memulihkan semula dan melindungi khazanah hutan di Sabah dan Sarawak.