Menang di Sarawak atau hadapi kemaraan Umno – Pas
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen memberitahu penyokong PH di majlis malam Harapan Sarawak Baru di Kuching malam ini bahawa pakatan “harus menang” Pilihan Raya Sarawak 2021 untuk menghapuskan ancaman terbesar yang bakal dilemparkan kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Chong yang menggambarkan pilihan raya negeri sebagai “pertempuran abad ini”, berkata salah satu ancaman terbesar yang bakal didepani PH dalam pilihan raya umum akan datang ialah pakatan politik baharu Umno-PAS.
Chong mengatakan kerjasama Umno-PAS akan memberi ancaman yang sangat besar (kepada PH) di samping turut mengatakan “pakatan hina” itu tidak akan dapat merampas kuasa melainkan tanpa bantuan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Beliau berkata PH mesti mengalahkan “parti komponen ketiga bagi gabungan politik yang kotor ini”.
Terdahulu, beliau menaikkan semangat suasana penyokong PH dengan bersemangat memberitahu kerajaan GPS dengan kuat dan jelas “kami datang!”.
Makan malam itu turut dihadiri pimpinan utama PH termasuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu.
Dalam pada itu, Anwar yang turut berucap mengetengahkan isu pembalakan di Sarawak.
Beliau menyeru hadirin untuk menyokong Pakatan Harapan bagi membolehkan mereka menghentikannya.
“Bahkan, kita mesti mula semula menjana hutan dan merancang untuk mematuhi Perjanjian Paris (mengenai perubahan iklim).
Anwar turut menyeru penyokong yang hadir untuk menolah perkauman dan ketaksuban agama yang mula tersebar di semenanjung.
“Sarawak kena tolok mereka. Kita tak boleh berjaya sebagai jika kita tidak fikir mengjangkaui rumah kita, kaum dan agama kita.” katanya.