LAGI NEGERI SOKONG KEPIMPINAN ANWAR



Siapa yang mengajar buat petisyen ni sape? Yang buat petisyen pada Kak Wan dulu siapa? Bila timbul kes video semburit, siapa yg kumpulkan tandatangan membantah Presiden mengulas isu Azmin? Korang buat ok belaka. Kita orang baru nak kumpul sokongan Ketua-ketua  Cabang bukan nak bantah Azmin pun, cuma nak sokong Presiden je, itu pun korang dah meroyan? Tak nak sokong dok la diam-diam....hai tiru parti agama ka??

Negeri Sembilan, negeri yang mempunyai bakal PM ke 8, DSAI yang juga MP Port Dickson menyusul selepas Pahang semalam bagi menyatakan sokongan padu kepada Presiden parti yang dinobatkan sebagai PM ke 8.

Sokongan dari N.Sembilan amat kuat di mana dari 8 Cabang keseluruhan, 7 Cabang menyatakan sokongan padu kepada DSAI selaku Presiden parti dan PM ke 8. Cabang yang tidak bersama di dalam kenyataan sokongan ini adalah Cabang K.Pilah sahaja.

Tahniah kerana berani membuat keputusan tanpa dipaksa seperti yang disangka oleh Zuraidah.

WFAUZDIN NS

Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks