04 JUNE PAS BANTAH LATEEFA KOYA, 06 JUNE PAS SOKONG LATEEFA KOYA
W.FAUDZIN.NS
Tidak pelik kalau Pas bersikap demikian. Parti lebai ini memang terkenal dengan "flip flop" nya, jika tidak masakan parti ini boleh "bercemolot" dengan Umno setelah pernah menyatakan menentang Umno itu adalah jihad dan boleh mati syahid. Itu kita faham sebab dalam parti ini berbohong boleh sahaja asalkan menguntungkan parti tersebut.
Kita faham, kekhuatiran Pas kepada Lateefa Koya kerana bekas MPP Keadilan ini amat anti kepada Pas. Kebetulan pula Pas masih terkait dengan beberapa isu yang melibatkan beberapa pimpinan mereka dalam isu dedak Umno. Ini bukan auta, tapi fakta yang diakui sendiri oleh Nik Abduh melalui rakaman audionya, ditambah lagi perakuan oleh menantu Hadi sendiri iaitu "Din Ayam" sehingga berbalah dua orang ini.
Sudah tentu memuji Lateefa Koya adalah langkah paling baik berbanding dari terus menghentamnya. Kalau saya mahu lihat beberapa pemimpin Pas disiasat atau didakwa atas kes terima dedak dari Umno samada melalui skandal 1MDB atau apa cara yang salah sekalipun, sudah tentu saya juga turut mengalu-alukan perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua Pengarah SPRM.
Ada Menteri yang kata perlantikan beliau mematuhi undang-undang. Nampaknya mereka masih kabur mengapa ramai yang bantah perlantikan tersebut. Kita bukan bicara soal Lateefa Koya ini mampu mengorek salah laku pemimpin Pas atau beliau layak dari segi undang-undang.
Kita bantah dari segi kaedah yang Tun M gunakan. Kita ada jawatankuasa khas yang dibentuk di Parlimen. Kita ada Majlis Presiden dan juga Kabinet. Kita juga ada manifesto yang jelas tentang perlantikan beberapa jawatan penting seperti ini. Mustahil Tun M tidak hadam lagi manifesto tersebut. Mengapa beliau buat keputusan sendiri dan membelakangkan semua ini? Itu isunya.
Seandainya nama Lateefa Koya ini dibawa untuk dibincangkan, kemudian ianya dipersetujui bersama, sudah tentu tidak timbul isu dalam perkara ini. Sudah beberapa kali kita hanya memandang beberapa tindakan yang berlawanan dengan prinsip PH yang kita canangkan sebelum kita membentuk kerajaan. Apakah selama-lamanya kita hanya sekadar memandang sedikit demi sedikit prinsip kita dilanggar?
Kita sayangkan PH melebihi dari kita sayangkan Tun M. Tun M kita hormati kerana beliau diangkat untuk menjadi PM melalui kesepakatan di dalam PH. Kalau jawatan penting sebagai PM itu kita boleh berbincang dan persetujui bersama, mengapa Tun M tidak mampu lakukan kaedah yang sama?
Pembangkang pula jangan ingat bila kita tegur dan kritik Tun M bermakna kita akan menentang PH dan menyokong mereka. Silap besar jika beranggapan begitu. Kami mengkritik Tun M kerana kami mahu maruah dan prinsip PH terpelihara.
Kami bukan seperti walaun yang menjadi pak turut atau wala' tidak bertempat kepada Hadi. Hadi menipu pun walaun bertakbir.