MGF19062019_PELANCARAN-PENGHADANG-HABA04
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin 
Nasution Ismail (dua kiri) diiringi Ahli Lembaga Pengarah SIRIM, Datuk Syed Hisham Syed Wazir (kanan) menunjukkan label pengesahan kod QR SIRIM pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan 2019 di KPDNHEP, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 19 JUN 2019.


PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kuasa menyiasat penyebaran video lucah mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Oleh itu, katanya,  parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jelas tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat motif penyebaran malah tidak mempunyai kuasa untuk melangkaui bidang kuasa pihak berkuasa.
“Agensi penyiasat di negara kita sangat autoriti dan kredibiliti, siapa ada kepakaran untuk menjalankan siasatan sebegitu.
“Kita dengar SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) ada kepakaran dan dan Jabatan Forensik Polis sedang siasat.
“Siapa dalam parti yang ada kepakaran professional secara khusus kepada PKR,” katanya dalam sidang media di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini.
Hadir dalam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang membincangkan mengenai hasil pelaksanaan skim harga maksimum di musim perayaan bagi Hari Raya Aidilfitri 2019 hari ini.
Justeru itu, Saifuddin mengulangi lebih baik untuk PKR menyerahkan tugas melakukan siasatan itu kepada  polis dan memerhati dari jauh.
“Sila letak diri anda dalam situasi saya. Boleh ketemukan Ketua Cabang Padang Besar duduk dengan Ketua Canang Padang Rengas untuk siasat.
“Kami tidak boleh sebab kita tidak kuasa,” katanya.
Saifuddin turut ditanya wartawan samada PKR boleh menyelesaikan masalah itu sendiri atau membawanya kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri.
“Kita akan bincang petang ini,” katanya lagi.
PKR petang ini akan mengadakan mesyuarat Biro Politik rata-rata akan membincangkan mengenai status Ketua Pemuda PKR Santubong, Sarawak, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengakui sebagai salah seorang lelaki dalam video lucah berkenaan.
Ini kali kedua mesyuarat itu diadakan selepas tersebarnya empat video lucah melihatkan lelaki mirip Mohamed Azmin dan Ketua Cabang Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdul Aziz. -MG