PENEROKA FELDA DAPAT JUGA DUIT RAYA AKHIRNYA





Walaupun Azmin Ali sebelumnya mengatakan tiada duit raya untuk peneroka Felda dan kemudian Tun Mahathir Mohamad menyindir dengan berkata beliau tidak tahu sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, desakan pelbagai pihak akhirnya membuatkan kerajaan memberikan juga sedikit sumbangan sempena Aidil Fitri ini.
Turut bersuara agar kerajaan memberikan duit raya, meskipun sedikit kepada peneroka Felda bagi tahun ini ialah Anwar Ibrahim yang semalam disahkan sekali lagi oleh Tun Mahathir adalah penggantinya sebagai Perdana Menteri ke-8.
Untuk itu, bagi tahun ini, kabinet Rabu lalu telah memutuskan untuk memberikan duit raya sebanyak RM300 kepada peneroka Felda.
Pada masa yang sama, Felda juga diminta menyegerakan pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka yang terlibat.
Alhamdulillah…meskipun hanya sedikit, sekurang-kurangnya dengan adanya duit raya ini dapatlah para peneroka menyambut Hari Raya pada tahun ini dengan perasaan yang lebih gembira. (Shahbudindotcom 31/05/2019)