Najib buat AMLA, Najib tak faham
Mohd Khairul
SPRM tak perlu buktikan itu duit 1MDB. SPRM HANYA PERLU SYAK ITU DUIT 1MDB DAH MEMADAI UNTUK TINDAKAN PENYITAAN DAN PERLUCUTHAKAN DI BAWAH AKTA AMLA INI.
Terdapat beberapa seksyen kejam dan zalim dalam Akta AMLA ini yg diluluskan Kerajaan BN dulu tetapi disalahgunakan oleh Kerajaan PH utk bertindak ke atas BN.
Kira senjata makan tuan lah ni…
Saya beri 2 contoh seksyen AMLA itu di sini:-
- Seksyen 45(1) Akta AMLA ini contohnya membenarkan setakat level Pegawai Penyiasat SPRM Gred 41 yang baru keluar Universiti untuk mengarahkan penyitaan akaun Bank mana2 entiti yang dia syak terlibat sebagai peralatan kesalahan penggubahan wang haram.
Maksudnya tak perlu Perintah Mahkamah pun. REASONABLE SUSPICIOUS pegawai Gred 41 adalah memadai untuk membekukan akaun seseorang.
- Seksyen 56(1) Akta AMLA membolehkan Pendakwaraya memohon perintah lucut hak ke atas duit dalam akaun yg telah di sita berkenaan WALAU PUN TIADA SEBARANG PENDAKWAAN DIBUAT KE ATAS PENJENAYAH YANG DISYAKI MENCUCI DUIT MENGGUNAKAN AKAUN TERSEBUT.
Walau pun pihak yang disaman di bawah seksyen 56(1) ini boleh melawan balik permohonan perlucuthak berkenaan, tetapi sebelum bicara selesai dlm tempoh 3 tahun, duit tu kena dipulangkan dulu kpd kerajaan.
Lepas 3 tahun, JIKA kerajaan kalah kes Mahkamah ini, barulah duit tu boleh dipulangkan semula.
Nampak tak?